Happy anniversary buat Neelofa dan Haris! Diam tak diam, usia perkahwinan pasangan selebriti popular ini menginjak usia dua tahun. Kian bahagia melayari alam rumah tangga bersama-sama, Neelofa dan Haris juga semakin rancak merencana empayar perniagaan mereka iaitu Nunha.
Selamat bergelar suami isteri pada tanggal 27 Mac 2021, tidak dinafikan rezeki pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz ini semakin melimpah ruah.
Buktinya pada Februari lalu, mereka dilantik sebagai duta bagi syarikat Omrah Travel dan selamat mengerjakan ibadah umrah di samping anak tersayang.
Bersempena ulang tahun perkahwinan kedua, Neelofa menerusi Instagram miliknya berkongsi momen indah majlis pernikahannya dan Haris yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dua tahun lepas.
Hanya berkongsi kapsyen ringkas 27.3.2021, perkongsian usahawan ini meraih ribuan tanda suka dan dibanjiri dengan ucapan tahniah serta syukur daripada peminat tersayang.
Mengimbas kembali hari bahagia Neelofa dan Haris, pasangan ini tampil memukau dalam persalinan indah serba putih bertemakan dekorasi indah RekaTeemor yang menggunakan himpunan bunga-bungaan segar berwarna putih.
Neelofa menerima mas kahwin daripada suaminya dalam bentuk sebentuk cincin dan dihadiri ahli keluarga, saudara mara dan kenalan rapat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran kedua-dua ibu bapa mereka iaitu Dato’ Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta Dato’ Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
Dua tahun melayari hidup berumah tangga, kehidupan Neelofa dan Haris lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal yang genap mencecah usia setahun pada 29 Januari lepas.
Mereka turut dijangka menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila Neelofa baru-baru ini mengesahkan dia sedang hamil anak kedua.
Semoga ikatan suci yang terbina di antara Neelofa dan Haris berkekalan hingga ke syurga.
This website uses cookies.