Sambut Anniversary Pertama & Birthday Ke-46 Tahun, SAIDA TARUDIN Kongsi Momen Bahagia

12 dan 13 Disember merupakan tarikh paling bermakna dalam hidup Siti Norsaida Tarudin atau Saida yang merupakan seorang penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6.

Ini kerana pada 13 Disember 2022 genaplah usia Saida yang ke-46 tahun. Kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza ini sememangnya cukup dikenali dengan kecantikan asli serta rahsia awet mudanya.

Manakala 12 Disember 2022 pula, Saida meraikan ulang tahun perkahwinannya yang pertama bersama suami tercinta, Mohd Nooraizal Rasip.

Terserlah sinar kebahagiaan di raut wajah Saida dengan perkahwinan ketiganya. Mohd Nooraizal Rasip merupakan pengurus kanan bahagian operasi di salah sebuah syarikat kewangan.


Pastinya, Disember tahun ini menjadi bulan istimewa serta memberi kebahagiaan buat ibu anak empat ini kerana dapat meraikan kedua-duanya serentak. Apatah lagi dengan kehadiran suami di sisi.

Memuat naik gambar di Instagram berserta ungkapan manis, Saida berterima kasih kepada suami kerana menerima dirinya seadanya serta mengharapkan hubungan mereka berkekalan sampai ke syurga.


Selamat ulangtahun perkahwinan sayang @dragonleo11. Terima kasih menerima saya seadanya. Insyallah hingga ke jannnah. AMIN.”

Kata-kata Saida dibalas oleh suaminya di ruangan komen: –

“Alhamdulillah. Lovely year & more to come

Para pengikut dan peminat Saida turut menitipkan doa serta harapan agar pasangan ini kekal bahagia selamanya.


Semoga Saida kekal bahagia bersama suami serta anak-anak.

Kredit Foto: Instagram Siti Norsaida Tarudin

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad