Sambut Birthday Ke-27, Kejelitaan AMELIA HENDERSON Kacukan India-Scotland Jadi Perhatian!

Happy Birthday Amelia! Baru-baru ini selebriti jelita, Amelia Henderson menyambut ulang tahun kelahiran ke-27. Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, Amelia memuat naik foto sambutan hari lahir di samping keluarga tersayang dan kenalan rapat.

Daripada perkongsian tersebut kelihatan wajah gembira Amelia meraikan detik istimewa bersama rakan-rakan di atas kapal di Pelabuhan Klang, Selangor. Dia yang mengenakan busana indah rekaan Rizman Ruzaini tampil memukau pada hari sambutan.

Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath

Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson dilahirkan pada 20 Oktober 1995. Ibunya, Jaya Rudralingam berketurunan India dan Sri Lanka yang juga doktor gigi.

Manakala bapanya pula, Graham L. Henderson keturunan Scotland dan seorang arkitek. Amelia memeluk Islam dan pernah mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar. Bagaimanapun berpisah pada tahun 2018.

Dia mula aktif berlakon sejak tahun 2006 lagi dan menjadi model iklan ketika baru berusia setahun. Selain itu, Amelia turut pernah menyumbang suara dalam beberapa siri kartun animasi termasuk Talentime, Barbie and The Three Musketeers dan Sing Along with Barbie.

Di samping itu, wajah Amelia juga membintangi banyak drama tempatan antaranya Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi, Pengantin 100 Hari, Jangan Benci Cintaku dan Cinta Non Grata.

Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath

Di sebalik wajah cantik dan tubuh ideal dimilikinya, Amelia mendedahkan dia aktif dengan rutin tarian. “Saya tak mempunyai apa-apa rahsia untuk kekal cergas tetapi saya suka menari. Hampir kebanyakan masa dihabiskan dengan menari.

Tarian membuat saya kekal cergas dan bertenaga. Jika mempunyai masa yang terluang saya akan berenang dan menaiki tangga berbanding mengambil lif.

Saya seperti kanak-kanak yang lain dahulu dihantar oleh ibu bapa untuk belajar ballet. Saya mula menari ballet sejak usia tiga tahun dan mula serius dalam tarian apabila usia menjangkau 13 tahun.

Ketika mula serius menari saya memberanikan diri menyertai The Dancer Society Classical Solo Ballet Competition. Tidak sangka menjadi juara dan saya ditawarkan biasiswa ke Australia.

“Memang sejak kecil saya suka menari dan keluarga tidak pernah memaksa untuk terjun dalam dunia tarian ini.

Sebenarnya tarian sangat sukar untuk dipelajari. Jika menari tanpa minat yang mendalam pasti sukar untuk mengapai tahap tertinggi dalam bidang ini. Peperiksaan untuk lulus dalam tarian juga sukar.

Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath

Tidak ada istilah belajar untuk lulus dalam tarian ini. Kini saya boleh menguasai tarian ballet

, latin, ballroom, tap dan jazz dengan baik.

Tarian banyak mempengaruhi kehidupan seharian saya. Ballet adalah sukan yang sangat mementingkan disiplin. Disiplin yang tinggi ketika mempelajari tarian terutama ballet mengajar saya menjaga masa dan disiplin diri.

Malah, ballet menjadikan postur tubuh saya kelihatan lebih cantik. Selain itu tarian ballet membantu saya kekal aktif dan cergas. Walaupun tarian ini nampak lembut dan berirama namun, kita perlu cekal dan bertenaga untuk melakukannya. Saya akan sentiasa menari sampai bila-bila.”

 

Share
Published by
Suzi