28 Mac lalu genap 39 tahun usia Fasha Sandha! Walau menginjak usia lewat 30an, penampilan anggun dan wajah cantik pelakon popular ini tetap menjadi bualan peminat.
Ads
Dikurniakan raut wajah sempurna dan tubuh langsing, Fasha antara selebriti yang rajin mengamalkan gaya hidup sihat dan gemar bersukan di samping suami tercinta yang juga pelakon, Aidil Aziz.
Menyambut ulang tahun kelahiran ketika bulan Ramadan, Fasha diraikan bersama ahli keluarga tersayang di sebuah restoran.
Dapat berbuka puasa bersama-sama dan menyambut hari lahir, aktres filem Cicakman ini tampil berjubah putih lengkap berselendang. Terserlah keayuan ibu tiga cahaya mata ini!
Menerusi momen yang dikongsikan di media sosial, Fasha dihadiahkan empat biji kek hari lahir dan turut kelihatan ialah adik perempuannya yang juga pelakon, Elisya Sandha.
Ads
Fasha seterusnya diraikan dalam majlis sambutan hari lahir penuh meriah yang disertai beberapa rakan artis serta kelab peminat ‘We Love Fasha Sandha Fan Club’ di sebuah hotel di Subang Jaya.
Pada majlis tersebut, Fasha anggun dalam persalinan merah jambu Larney dan bergaya sedondon bersama suami tercinta.
Ads
Fasha Sandha bergelar isteri kepada Aidil Aziz pada 30 Mac 2019. Sebelum ini aktres filem Anak Mami Kembali ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada tahun 2016.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Hasil perkongsian hidup bersama Aidil, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kini setiap orang mempunyai handphone untuk keperluan harian. Bukan sahaja generasi milenium tidak boleh hidup tanpa gajet malah golongan veteran juga tidak ketinggalan.
Gajet sudah menjadi item keperluan yang akan di bawa ke mana-mana saja. Sebelum tidur mesti meneliti Instagram, Facebook, Snapchat atau mengedit gambar. Malah sebaik sahaja bangun tidur terus meneliti notifikasi sebelum mula bersenam.
Tidak ada salahnya gila gajet tetapi tahukah anda kebiasaan terlalu menghadap gajet boleh menyebabkan kulit kusam dan cepat tua. Tidak percaya? Perhatikan apa yang dilakukan secara tidak sengaja bersama gajet dan solusi mengatasi masalah cepat tua dengan gajet.
(a) Terlalu lama menunduk
Ketika melayari Internet atau melihat sosial media di telefon pintar, anda sering menunduk. Jika menunduk terlalu lama dan dilakukan saban hari selama berjam-jam akan membuat kulit leher berkedut dan membentuk lipatan. Jika umur masih terlalu muda tetapi kulit leher sudah berlipat dan berkedut pasti mengundang rasa malu dan hilang keyakinan diri. Bukan itu sahaja tabiat ini mengundang penampilan kurang menarik, otot leher menjadi kaku dan mata cepat penat.
Apa yang boleh dilakukan:
Kerap membuat regangan di bahagian leher, muka dan mata. Jangan biarkan otot di kawasan sekitar ini kaku dan penat. Selain itu, boleh memelihara kecantikan kulit leher dengan menggunakan produk khusus untuk leher. Anda boleh menggunakan topeng atau mask di kawasan leher untuk meningkatkan jumlah sel-sel untuk regenerasi kulit serta meningkatkan kadar lembapan kulit leher. Terdapat juga ekstrak buah-buahan yang boleh merangsang pengeluaran kolagen di bahagian kulit leher.
(b) Kemunculan mata panda
Apa yang sering dilakukan ketika tersekat di jalan raya? Selfie, edit gambar atau bermain candy crush? Jangan tipu diri sendiri, paling tidak anda akan stalk Instagram rakan atau artis pujaan. Apa yang dilakukan tidak baik untuk mata kerana daya tumpu diarah kepada gajet yang kecil itu. Terlalu lama menatap skrin telefon pintar akan membuat ketajaman mata semakin menurun, mata cepat kering, merah dan penat. Tahukah anda apabila mata menjadi kering akan mempengaruhi kelembapan kulit di sekitar mata.
Gelombang biru terpancar melalui telefon pintar atau gajet lain boleh mengganggu ritma tidur tanpa sedar. Berjaga malam sambil memaksa mata memberi tumpuan pada skrin gajet akan mewujudkan mata panda.
Apa yang boleh dilakukan:
Pastikan mata berehat selepas 20 minit menghadap gajet. Anda boleh juga melakukan senaman mata seperti melihat pokok-pokok hijau yang paling jauh di mata. Selain itu jangan lupa menyapu krim mata untuk memberi lembapan di kawasan kulit sekitar mata. Istilah mata panda apabila kawasan kulit sekitar mata menghitam, kulit kering dan berkedut. Hyaluronic acid (HA) boleh membantu memberi lembapan dan mengurangkan kedutan.
(c) Skrin gajet punca jerawat
Kadang-kadang sukar dipercayai bahawa gajet menjadi punca jerawat. Tetapi ini adalah hakikat sebenarnya. Anda menyentuh skrin telefon pintar atau gajet lain ratusan kali sehari dan ia diletakkan di pelbagai tempat malah ada yang menjadi teman setia ketika di dalam tandas. Gajet jarang sekali dibersihkan atau nyahbakteria, setuju kan? Ditambah lagi dengan mulut manusia penyumbang utama bakteria. Kombinasi dua elemen ini memindahkan bakteria ke wajah dan jerawat akan muncul.
Apa yang boleh dilakukan:
Amalkan membersihkan skrin telefon pintar setiap hari. Anda boleh juga menghilangkan jerawat dengan membuat rawatan wajah khusus untuk membuang jerawat. Jika tidak mahu membuat rawatan di spa atau klinik boleh melakukan sendiri dengan membeli krim mengeringkan jerawat. Baca dengan teliti kandungan krim tersebut dan sesuai dengan jenis kulit. boleh juga menggunakan madu dan lemon untuk mengecutkan jerawat secara semula jadi. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi anda yang membesar menonton drama Cili Padi, sudah pasti anda cukup mengenali susuk wanita ini. Anne Ngasri, dahulunya pelakon cilik yang cukup dikenali dengan teletah dan gayanya yang bersahaja. Kini berusia 39 tahun, sudah pastinya ramai merindui untuk menyaksikan beliau kembali beraksi di kaca TV.
Namun, dari karier seni ke dunia politik, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri kini semakin ligat mengalas amanah diberikan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia.
Mengakui minat berlakon masih menebal, namun buat masa sekarang, baru-baru ini beliau menerbitkan sebuah karya, filem hasil kerjasama syarikatnya dengan Darling Ngasri. Diarahkan oleh pengarah Amor Rizan, filem ini sedang hangat ditayangkan.
Menurut sumber Sinar Plus ketika ditemui ketika pelancaran filem Jemputan Ke Neraka, Anne Ngasri sempat ditanya rahsia awet muda malahan wajah Anne yang seakan tidak langung dimamah usia.
“Sembilan bulan tak ambik nasi!” Itu respon ibu kepada enam cahaya mata ini bila ditanya rahsia kecantikannya. Malah menurut sumber tersebut lagi, Anne mendedahkan telah mengurangkan pengambilan nasi dan lebihkan minum air putih selain protein seperti ambil ayam, ikan dan sayur.
Hasilnya, Anne Ngasri kelihatan tak tumpah seperti anak dara malah beliau berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang 11 kilogram. Di ruangan kepsyen setiap kali dia membuat hantaran, warga maya pasti akan memuji kecantikan dan wajah muda dirinya.
Hidup tanpa warna umpama melihat sebuah kanvas putih, kosong. Ia perlu diwarnai agar hidup ini ada serinya. Tahukah anda, setiap warna mempunyai kesan dari sudut psikologi? Contohnya kombinasi dekorasi ruang makan dan pilihan warna sedikit sebanyak memberi kesan terhadap selera makan.
Sebab itulah pemilihan warna untuk dekorasi restoran mahupun kafe sangat penting bukan saja untuk menarik perhatian pengunjung bahkan membangkitkan selera mereka. Mungkin ini boleh menjadi alternatif buat mereka yang mempunyai masalah kurang selera makan.
Berikut 3 warna yang boleh anda cuba terapkan di ruang makan bertujuan agar nafsu makan meningkat.
KUNING
Warna ini dianggap baik serta membawa pengaruh positif untuk meningkatkan nafsu makan sekiranya berada dalam ruang makan. Sememangnya warna kuning mempunyai pesonanya yang tersendiri di samping memberikan kesan ceria dan semangat. Warna kuning juga mampu memberikan impak positif untuk meningkatkan nafsu makan. Selain itu, warna ini juga menjadikan suasana di ruang makan menjadi lebih hangat sehingga ketika makanan dihidangkan anda akan terus berselera untuk menikmatinya.
JINGGA
Warna berikutnya ialah jingga. Ronanya yang terang sememangnya membuka selera. Ia mengingatkan kita buah oren/limau yang rasanya sangat sedap terutama jika dibuat jus. Biasanya warna jingga dipadankan dengan warna coklat untuk mencetuskan ambient yang hangat dan intim di ruang makan.
Namun jika anda mahu nuansa makan yang santai dan ringkas maka kombinasi warna jingga dan putih atau kelabu boleh jadi pilihan. Anda boleh mendekor ruang makan dengan hiasan buah oren agar nuansa warna jingganya kian terasa. Selain cerah dan berwarna, jingga juga memberi kesan positif untuk meningkatkan nafsu makan.
MERAH
Warna merah menjadi identiti kepada definisi semangat. Warna merah punya pesonanya yang tersendiri. Selain mempunyai aura berani serta elegan, warna merah juga sesuai untuk diaplikasikan di ruang makan. Ia biasanya akan mencetuskan impak elegan dan mewah. Secara psikologinya warna merah juga mampu meningkatkan nafsu makan.
Kredit Foto: pinterest.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...