Tahniah buat Datuk Sheila Majid yang selamat menyambut menantu sulung baru-baru ini! Anak lelaki kepada penyanyi tersohor itu, Megat Abdul Majid Aziz Roslan sah bergelar suami kepada Nik Nuralia Dato’ Nik Fauzi dengan hanya sekali lafaz pada 13 Februari lalu.
Ads
Majlis pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre pada pagi Ahad tersebut diadakan secara tutup dalam suasana norma baharu namun tetap meriah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Datuk Sheila berkongsi momen kemeriahan majlis anak tersayang dengan memuat naik foto dan video ijab kabul pasangan mempelai. Dewan resepsi Megat dan Nuralia dihias indah dengan garapan rona putih.
Pada majlis itu, pengantin lelaki menghadiahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.
Terdahulu, Megat dan Nuralia melangsungkan pertunangan pada 21 Disember 2020 dan mengambil masa setahun lebih untuk disatukan memandangkan situasi pandemik Covid-19.
Difahamkan juga majlis pernikahan mereka terpaksa ditangguhkan beberapa kali. Salah satu sebabnya ialah kerana pasangan berkenaan diduga positif Covid-19 baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, Datuk Sheila melahirkan rasa teruja dan gembira menerima menantu sulung dan mengharapkan agar pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan sebaiknya. “Saya berdoa agar Megat dan Nik Nuralia sentiasa dirahmati dan dibimbing Allah SWT. Semoga ikatan ini diberkati dan berjaya di dunia dan akhirat.”
Ads
Megat Abdul Majid merupakan anak kedua Datuk Sheila Majid daripada perkahwinan pertamanya dengan penerbit dan produser, Roslan Aziz.
Perkahwinan kedua Datuk Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali dengan panggilan Acis dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila.
Sumber : Astro Awani
Kredit foto: Instagram Datuk Sheila Majid
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jutaan tahniah buat atlet para negara, Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya ‘menghadiahkan’ emas sulung di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada 28 Ogos lepas. Jaguh powerlifting tersebut mewakili Malaysia dalam kategori lelaki 72 kilogram.
Menerusi acara tersebut Bonnie bukan hanya menjuarai emas bahkan mencatat kejayaan berganda buat rakyat Malaysia dengan memecahkan rekod Paralimpik sebelum ini.
Terdahulu, rekod acara powerlifting kategori berkenaan dipegang atlet dari Iraq iaitu Rasool Mohsin dengan angkatan 227 kilogram. Namun Bonnie yang berusia 22 tahun berjaya mengatasi rekod tersebut dengan mencatat angkatan seberat 228 kilogram.
Menelusuri latar belakang Bonnie, atlet ini dilahirkan di Sarawak pada 3 Jun 1999 dan mula menjalani latihan sukan powerlifting pada tahun 2014 ketika berusia 15 tahun. Memetik biografi Bonnie dalam portal Olympics.com, dia mengikut jejak langkah bapanya iaitu Gustin Jenang yang merupakan bekas atlet para powerlifting.
Bapa Bonnie sebelum ini pernah bertanding di Kejohanan Dunia Kuala Lumpur 2010. Sementara abang Bonnie, Bryan Junancey Gustin juga aktif menyertai sukan di peringkat antarabangsa.
Setahun selepas bergiat aktif dalam sukan ini pada tahun 2015, Bonnie yang ketika itu berusia 16 tahun membuat keputusan nekad untuk berhenti sekolah demi memberi sepenuh tumpuan kepada karier sukannya.
Bonnie membuat penampilan sulung sebagai atlet para powerlifting di peringkat antarabangsa pada tahun 2017. Dua tahun kemudian, dia berjaya memenangi pingat emas kategori 65 kilogram di 2019 World Championships Nur-Sultan, Kazakhstan.
Pada tahun yang sama juga Bonnie dipilih sebagai Atlet Para Terbaik 2019 oleh Sportswriters Association of Malaysia.
Syabas dan tahniah buat Bonnie! Moga kejayaan yang diraih menjadi suntikan inspirasi buat rakyat Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Reen Rahim baru-baru ini sudahpun melangsungkan upacara akad nikah dan seterusnya bersanding pada 24 Disember lalu. Dan pada Ahad lepas, dia sekali lagi diraikan menerusi majlis menyambut menantu di sebelah keluarga suaminya.
Namun apa yang menarik perhatian warga maya, meskipun pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini merupakan seorang selebriti terkenal, Reen Rahim dilihat tidak kisah diraikan bersama adik iparnya dalam sebuah majlis kenduri ala kampung nyata mencuri tumpuan ramai. Manakan tidaknya, Reen dilihat langsung tidak kekok diraikan bersama-sama orang kampung belah suaminya.
Ramai warga maya memuji sikap rendah diri Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim yang tetap ceria diraikan dalam satu majlis berkonsepkan desa dalam suasana sederhana tetapi tetap meriah.
Berkongsi kemeriahan sambutan majlis tersebut di Instagramnya, Reen dan suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, dilihat menggayakan busana songket berwarna hijau zamrud, manakala adik iparnya dan isteri menyarung songket berwarna maroon. Kedua-dua mempelai nyata secocok dan perarakan pengantin masuk dilihat cukup gamat sekali.
Dalam video berkenaan turut menyaksikan pasangan pengantin sedang berarak ke khemah perkahwinan yang memperlihatkan Reen tersenyum berjalan sambil memaut lengan suami.
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Reen Rahim yang cukup merendah diri dan tersenyum gembira bergambar dan sempat bermesra dengan peminat walaupun berkongsi majlis dengan adik iparnya. Malah Reen sempat menulis di Instagram nya dengan kepsyen “Sederhana Itu Indah”.
Apa-apa pun NONA memang puji lah sikap humble Reen nih! Selamat berbahagia Reen dan suami, semoga kekal ke Jannah hendaknya! ♥️
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan terkenal dan pengasas produk kecantikan NOIR, Eriyca Baiduri baru-baru ini selamat bersalin seorang anak lelaki hasil dari proses in vitro fertilization (IVF). Menjangkau usia hampir dua bulan, nama pemilik eriyca Baiduri Abd Rashid ini baru-baru ini mengumumkan nama anaknya adalah Ahmad Kayden.
Selepas hampir dua bulan bersalin, Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 33, berkata, dia dan suami sepakat memilih nama berkenaan yang membawa maksud kekuatan. “Kami memilih nama Ahmad Kayden yang membawa maksud kekuatan,” jelas Madammu pada Mstar.
Madammu juga sempat berterima kasih kepada semua pengikutnya yang sentiasa mengikuti perkembangan dan perjalanan kehamilannya sepanjang proses persenyawaan in-vitro (IVF). “Terima kasih kerana mengikuti Journey IVF mummy dari awal sehingga ke hari ini. I Love u alls.”
Pada 9 jun lalu, usahawan terkenal terkenal itu mengumumkan dirinya selamat melahirkan anak pertama di sebuah pusat perubatan terkemuka di ibu kota. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Madammu menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Menurut sumber, proses kelahiran Ahmad Kayden berjalan dengan lancar dan mengambil masa 40 minit untuk dilahirkan.
Untuk informasi, Eriyca mendirikan rumahtangga dengan Tukang Penasihat NOIR, Azri pada 2015. Suaminya itu merupakan duda dan memiliki 3 orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...