Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari kelahiran ke-38 buat Yang Berbahagia, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra. Beliau meninjak usia 38 tahun pada tanggal 6 Jun lalu.
Meniti usia lewat 30an, keanggunan dan kejelitaan isteri Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra ini tetap menyerlah.
Che Puan Sofie bergelar isteri kepada Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019 dan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Pasangan diraja ini menimang cahaya mata sulung mereka yang juga bayi lelaki pada 17 Julai 2023. Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di Instagram, anakanda kesayangan yang diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra ini kian membesar sihat dan comel.
Tengku Muhammad Johan Petra juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Malah bakal meniti usia setahun tidak lama lagi. Kehadiran Tengku Muhammad Johan Petra pastinya menambah seri rumah tangga Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweden menarik perhatian ramai kerana raut wajahnya yang cantik dan peribadi lemah-lembut. Bahkan beliau dilihat selesa menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Melayu dan pandai memasak.
This website uses cookies.