Ingin lari daripada kebiasaan, pereka duo terkenal Rizman Ruzaini memilih untuk merayakan sambutan ulang tahun kedua jenama tudung mereka iaitu RR Mono Scarves yang dibuat secara berperingkat.
Ads
Rizman, 39, atau nama sebenarnya Rizman Nordin berkata, antara yang menarik perhatian adalah pembukaan ‘pop-up store’ jenama RR yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur.
“Bulan ini adalah ulang tahun kedua untuk RR Mono Scarves daripada Rizman Ruzaini. Seperti tahun lalu, kami adakan sambutan secara besar-besar bagi meraikan pencinta skaf kami. Cuma, kali ini kami akan buat lain sedikit iaitu secara berperingkat. Peringkat pertama, kami buat ‘pop-up’ di KL East Mall yang mana kami akan melancarkan tudung terbaharu iaitu RR Geometrik.
“Kemudian kami juga akan menjalankan beberapa aktiviti termasuk diskaun khas untuk semua skaf dan baju yang boleh dipadankan dengan skaf itu.
“Acara kemuncak pula adalah sambutan ulang tahun skaf Rizman Ruzaini pada 29 Julai ini. Kami menjemput mereka yang sudah memiliki RR Mono Scarves dan istimewa untuk 200 yang pertama akan dapat tudung edisi khas Rizman Ruzaini secara percuma. Mereka hanya perlu pakai RR Mono Scarves ke acara tersebut” katanya.
Menurut Ruzaini pula, pihaknya berasa sangat gembira kerana jenama RR ini mendapat sokongan daripada peminat skaf.
“Sambutan baik diberikan kepada jenama kami membuatkan kami jadi lebih seronok. Kami di Rizman Ruzaini memang sangat mementingkan kualiti. Disebabkan itu, kebanyakan pembeli terus setia dengan jenama ini.
Ads
“Selain itu, kami sangat aktif mengeluarkan skaf dan boleh dikatakan, setiap bulan ada keluaran baharu. Apa yang kami lakukan ini supaya pelanggan dapat mengumpul pelbagai jenis skaf keluaran kami,” katanya.
Mengulas mengenai persaingan daripada jenama tudung lain, Ruzaini berkata RR Mono Scarves mempunyai pengikut tersendiri.
“Untuk persaingan, kalau di Malaysia ini adalah sihat sebab tiada berlawan antara satu sama lain. Saya fikir, jenama kami ada pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan ini adalah khas untuk mereka.
Ads
“Memang kami mengharapkan sokongan berterusan daripada pembeli. Kalau diikutkan skaf ini hanya dipasarkan secara dalam talian dan tidak lama lagi akan dijual di butik kami seluruh Malaysia. Hujung tahun ini kami akan buka sekali gus di lima tempat. Jadi, pembeli boleh lihat dan rasai secara dekat kualitinya.,” katanya.
Acara sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves di KL East Mall turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Ziana Zain dan Ernie Zakri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Madu, sememangnya diakui antara makanan paling berkhasiat dari alam semula jadi yang
mengandungi sumber antioksidan baik untuk kesihatan. Menyedari kelebihan madu untuk kesihatan secara keseluruhan, JF Best Solution Sdn Bhd memperkenalkan tiga produk madu utama di bawah jenama Madduna iaitu madu asli, madu sitrus dan madu habatussauda. Kesemua produk keluaran ini merupakan madu berkualiti tinggi yang berasal dari Mesir.
Menurut pengasas Madduna, Jadwa Abu Bakar atau mesra disapa Puan Jard, 48,
berkata, Madduna merupakan syarikat tempatan yang optimis memperkenalkan
pelbagai pilihan madu yang diimport dari Mesir.
“Madduna ditubuhkan sekitar 2022, tapi mula diperkenalkan kepada umum sekitar
Ogos 2023. Sejak kecil lagi saya sering diajar oleh ibu bapa untuk mengamalkan
madu kerana khasiatnya cukup luar biasa.
“Antara kebaikan madu asli keluaran Madduna adalah dapat membantu masalah
perut kembung, cirit-birit, sembelit, kekejangan dan ulser.
“Selain itu, rangkaian produk Madduna dapat mengurangkan tekanan darah tinggi,
meningkatkan daya ingatan, merawat masalah kulit dan anti penuaan, mengurangkan
kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan dan sakit kepala serta madu Madduna mengandungi fosfat, zat besi, vitamin dan antioksidan yang dipanggil
“pinocerin” yang hanya terdapat dalam madu,”katanya.Menurut Puan Jard, dia berharap Madduna akan mendapat tempat di hati orang ramai
sebagai makanan tambahan wajib harian setiap rumah.
“Kami nak bantu rakyat Malaysia mengamalkan madu dari kecil supaya kita boleh
hidup dengan gaya yang lebih sihat selain mengelakkan diri dijangkiti virus kerana
dunia sekarang terlalu banyak penyakit dan penting untuk kita tingkatkan imuniti
badan dengan Madduna.
“Sebagai permulaan target Madduna adalah untuk menjual 10,000 kotak sebulan dan
kami sedang membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin menjana
pendapatan lumayan untuk sertai pasukan Madduna sebagai ejen dan stokis sah.
“Produk Madduna terbukti asli dan berkualiti tinggi. Malah kami juga sudah mendapat
pengiktirafan sijil dari Kementerian Kesihatan Mesir dan disahkan halal,”katanya.
Sebagai permulaan untuk menembusi pasaran di seluruh negara, Madduna mengajak orang ramai untuk menyertai peraduan video selfie #BeeMaddunaBeHealthy yang menawarkan hadiah utama RM1,000 di platform Instagram. Lima pemenang saguhati akan mendapat set madu Madduna bernilaiRM250 setiap seorang. Syarat peraduan boleh didapati di laman Instagram @maddunaofficial.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak kedua. Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, kandungannya sudah masuk lima bulan dan dia dijangka bersalin awal Disember depan.
“Memandangkan kini saya sedang menjalani penggambaran, saya berterima kasih kepada semua pihak yang memahami keadaan saya. Walaupun bukan semua tahu saya sedang hamil, tetapi saya terharu dengan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.
Ayda membuat pengumuman istimewa itu bersama suaminya, Nabil Mahir ketika menghadiri sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya, Bukan Cinta Sempurna di Pavilion Bukit Bintang pada Selasa.
Selain Ayda, drama terbabit turut dibintangi Amar Baharin, Fadlan Hazim, Shah Iskandar, Hanna Aqeela, Neera Azizi dan ramai lagi.
Ayda Jebat turut berkongsi posting di Instagram miliknya bagaimana dia ‘membuka rahsia’ kehamilannya kepada Nabil dan keluarga ketika sambutan Aidilfitri lalu. Kini, usia kandungan Ayda sudah memasuki angka 5 bulan dan dia turut menitipkan pesanan buat para peminatnya untuk mendoakan perjalanan kehamilannya kali ini.
“Minta semua doakan Ayda dan kandungan sentiasa sihat. Terima kasih dan sayang semua,” ujarnya.
Terdahulu, Ayda Jebat pernah merancang untuk hamil anak kedua selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Keputusan tersebut diambil kerana ingin mengelakkan jarak usia yang terlalu jauh antara anak-anaknya kelak. Dia dan suami, Nabil Mahir meletakkan hasrat untuk memiliki tiga orang cahaya mata dalam keluarga mereka.
“Tidaklah banyak tetapi memang sudah rancang untuk memiliki anak seramai dua atau tiga orang,” ujar Ayda Jebat.
Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Elemen mewah menjadi paksi utama kepada kegemilangan Melium Group yang bertaraf antarabangsa. Ia sentiasa komited dalam menawarkan pengalaman membeli belah yang terbaik di samping menyediakan pelbagai pilihan premium bagi lebih 100 jenamanya yang bertaraf dunia termasuk butik-butik eksklusif.
Butik flagship Lanvin pertama di Pavilion Kuala Lumpur menampilkan rangkaian busana eksklusif sesuai untuk semua acara bermula daripada formal sehinggalah ke kasual, tidak kira usia. Pastinya jenama tersohor ini bakal melengkapkan gaya sang maskulin yang bercita rasa moden.
KOLEKSI
Bukan sekadar rekaannya yang unik malah koleksi warnanya juga memukau pandangan. Apa yang penting jenama terkenal ini sentiasa mengekalkan standard material bagi menjaga kualiti serta integriti produk.
Di bawah peranan kreatif Lucas Ossendrijver, Lanvin mengilhamkan gaya buat lelaki yang kosmopolitan serta sofistikated. Nilai estetika yang eksklusif cukup sebati dengan jenama Lanvin di mana ia menyerlahkan aura gaya seorang lelaki kota. Segala keperluan fesyen lelaki boleh diperoleh di sini termasuk koleksi sut, kemeja, jaket, seluar serta aksesori kecil.
DEKORASI
Butik berkeluasan sekitar 2,040 meter persegi ini menampilkan perincian yang mencerminkan tradisi Perancis iaitu tempat jenama Lanvin diasaskan. Melihat kepada dekorasinya, Lanvin ternyata punya trend mengikut cita rasa masa kini.
Elemen mewah dipadukan bersama sentuhan minimalis moden mencetuskan sebuah keseimbangan yang cukup harmoni. Hiasan dalaman yang berteraskan kontemporari menyerlahkan lagi nilai eksklusif butik ini.
Berkonsepkan gaya hidup moden yang serba ringkas, butik Lanvin menyuntik elemen segar serta santai buat para pengunjungnya. Penggunaan rona hitam khususnya pada kerangka pintu masuk butik menyerlahkan elemen eksklusif dan maskulin. Dekorasinya juga bercirikan rekaan yang inovatif dan artistik yang disenangi ramai.
Tersusun kemas setiap koleksi ready-to-wear buat tatapan para pengunjung. Turut dilengkapi dengan lampu chandelier yang menjadi antara fokus utama di butik Lanvin. Manakala susun atur produknya yang rapi memberikan keselesaan. Berkunjunglah ke butik Lanvin bagi merasai pengalaman beli-belah yang eksklusif di samping layanan terbaik. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...