Sambut Ulang Tahun Ke 2 Perkahwinan, ATTA HALILINTAR & AUREL HERMANSYAH Pilih Suasana Romantis & Dikelilingi Bungaan Segar!

Pejam celik, rumah tangga Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah sudah memasuki angka 2 tahun. Pasangan yang memilih melangsungkan pernikahan ketika wabak Covid-19 rancak melanda seluruh dunia itu ternyata bersyukur dapat meraikan ulang tahun perkahwinan kali ini dalam suasana romantik dan mencipta memori indah buat mereka berdua.

Melihat perkongsian Atta dan Aurel di laman Instagram mereka, pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan ke 2 dalam suasana romantis di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Kelihatan kedua-duanya menikmati suasana makan malam sambil diiringi dua orang pemuzik yang mengalunkan irama romantik yang bersesuaian dengan mood pasangan tersebut.

Bukan itu sahaja, Atta turut menghadiahkan isteri tersayang jambangan bunga yang bersaiz mega rona ungu istimewa buat ibu kepada Ameena Hanna Nur Atta ini.

Untuk rekod, pasangan ini memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Raffles, Jakarta pada 3 April 2021. Mereka telah dinikahkan sendiri oleh bapa Aurel yang juga penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.

Pada majlis pernikahan, Atta menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 (Rupiah 342,021) serta alat kelengkapan solat buat isteri tercinta.

Menariknya, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi turut menjadi salah seorang saksi pernikahan Aurel dan Atta selain Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto. Majlis pernikahan Aurel, 23, dan Atta, 27 turut mencipta sejarah apabila ia disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan, RCTI.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan  seorang anak perempuan, Ameena Hanna Nur Atta. Nama Ameena diinspirasi dari nama ibu Nabi Muhammad SAW, Hanna bererti kebahagiaan untuk keluarga, Nur dari nama Aurel agar bercahaya, Atta dari nama ayahnya.

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

 

 

 

 

 

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu