Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sememangnya memiliki pakej lengkap seorang Permaisuri. Bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik, peribadi yang lembut dan merendah diri bahkan baginda juga seorang permaisuri berpendidikan tinggi.
Tanggal 22 Mac 2022 merupakan ulang tahun keputeraan Tuanku Zara ke-49. Baginda ialah anak bongsu daripada empat beradik yang diputerakan di Ipoh, Perak. Dua tahun lalu ketika ulang tahun keputeraan ke-47, Baginda berkenan membuka akaun Instagram rasmi Tuanku Zara Salim.
Tuanku Zara bertemu jodoh dengan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah pada 17 Mei 2007 ketika baginda berusia 34 tahun.
Perkahwinan Baginda berdua dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Putera Baginda Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diputerakan pada 14 Mac 2008. Manakala puteri Baginda yang diberi nama Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Nazira Safya pula diputerakan pada 2 Ogos 2011.
Menelusuri latar belakang pendidikan Raja Permaisuri Perak ini, memetik laporan portal Orang Perak, Tuanku Zara mendapat pendidikan di SMK Convent Ipoh dan pernah mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis serta mewakili negeri Perak dalam sukan renang. Selain aktif dalam bidang sukan, baginda juga cemerlang dalam akademik.
Ketika berusia 22 tahun, Tuanku Zara menerima Ijazah Kejuruteraan Kimia kelas pertama di University of Nottingham, United Kingdom pada Julai 1995. Selepas menamatkan pengajian, Baginda berkhidmat di syarikat petroleum negara Petronas selama enam tahun.
Pengalaman Baginda yang amat luas dalam bidang kejuruteraan menjadikan Baginda salah seorang wanita Malaysia yang diberi kepercayaan menyandang jawatan penting dalam projek berskala besar.
Ads
Mendekati latar belakang Tuanku Zara, ayahanda Baginda iaitu Datuk Seri William Stanley Walker Davidson atau Salim Davidson ialah seorang peguam terkenal di Malaysia. Manakala ibunda Baginda pula ialah Datuk Seri Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabuddin yang merupakan kerabat diraja Kedah di sebelah bonda baginda.
Tuanku Zara merupakan cicit kepada Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan anakanda cucunda saudara kepada Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.
Ads
Ternyata, Tuanku Zara memiliki keperibadian dalaman dan luaran yang menawan. Malah, kemunculan Baginda dalam istiadat mahupun majlis-majlis rasmi sering mencuri perhatian kerana penampilan Raja Permaisuri Perak ini yang anggun dan elegan.
Kredit foto: Instagram Perak Diraja, Malay Royalties
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melewati usia 46 tahun, kejelitaan Datin Seri Zizie Izette seakan tidak memudar. Sebaliknya isteri Datuk Seri Bung Moktar ini tampil lebih anggun dengan gaya memukau. Tanggal 30 Disember lalu, Datin Seri Zizie menyambut ulang tahun kelahiran. Lebih istimewa, ia diraikan bersama anak kembar lelaki kesayangan yang lahir pada 29 Disember.
Menerusi perkongsian di media sosial abangnya iaitu Samzy Fuzette, majlis sambutan hari lahir personaliti ini dan anak lelaki diadakan penuh meriah. Turut kelihatan dalam majlis berkenaan ialah suami tercinta, ibunda dan keluarga tersayang.
Datin Seri Zizie Sambut Birthday Dengan Anak Lelaki Kembar
Aktres cantik ini kelihatan bergaya santai T-shirt sedondon rona hitam dengan Datuk Seri Bung. Ia cukup bertepatan dengan tema mengenai bola sepak bersempena hari lahir anak kembar lelaki tersayang iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang kini berusia tujuh tahun.
Kalau tengok penampilan jelitawan ini pasti ramai tidak menyangka kakak Shaheizy Sam ini sudah pun mencecah usia lewat 40an.
Apatah lagi selebriti tersebut juga aktif menjalani gaya hidup sihat dan rajin bersenam. Semangat pelakon filem Sama Tak Serupa ini mengekalkan susuk tubuh langsing berjaya membuatkan dirinya kelihatan awet muda seperti anak dara.
Datin Seri Zizie Anak Pelakon Khaty Fauziah
Beliau merupakan anak kepada pasangan Allahyarham Abdul Samad Jamaan dan pelakon veteran, Fauziah Khatijah Musa atau lebih dikenali sebagai Khaty Fauziah.
Mengenali figura ini, Datin Seri Zizie Izette seorang public figure yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti namun ibu anggun ini seorang yang low profile dan disenangi.
Jelitawan ini berkahwin dengan Datuk Seri Bung Moktar pada 9 Jun 2010. Mereka turut dikurniakan lima anak iaitu Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Semoga kehidupan Datin Seri Zizie dan suami serta anak-anak sentiasa berada dalam keadaan baik dan bahagia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alicia Schmidt yang pernah digelar atlet terseksi di dunia akhirnya berjaya menembusi ke persaingan semifinal Kejohanan Eropah 2022 di Muchen, Jerman kelmarin. Menyarung nombor badan 400, kejayaan dikecapinya itu merupakan salah satu momen paling istimewa dalam kariernya. Ini dikongsi sendiri oleh Alicia menerusi hantaran di Instagramnya yang dilihat mempunyai 3.2 juta pegikut.
“Tembusi pusingan separuh akhir, itulah matlamat saya. Dan hari ini saya dapat beraksi sekali lagi di hadapan semua penonton tuan rumah. Hari ini benar-benar salah satu momen paling spesial untuk saya,” tulis Schmidt.
Alica yang berumur 23 tahun ternyata bangga dapat mewakili Jerman dalam acara larian 400 meter (m) selepas gagal memberikan aksi terbaik di Kejohanan Dunia di Eugene, Oregon baru-baru ini.
Bagi yang tidak mengenali Alicia Schmidt, ini adalah antara beberapa fakta menarik tentang atlet jelita ini.
Pada tahun 2017, Alica Schmidt pernah diberi gelaran sebagai gelaran atlet paling seksi di dunia oleh majalah Australia Busted Coverage.
Berasal dari Jerman dan lahir di Berlin pada tahun 1998, Alicia mula mendapat perhatian selepas terlibat dalam acara larian gantian di Tokyo 2020 dalam pertandingan lari 4 x 400 meter dan campuran 4 x 400 meter.
Alica Schmidt mengemari sukan larian sejak usia kecil lagi. Keupayaannya menarik perhatian Thomas Kremer, pelatih sprint profesional yang menyuruh ibu bapanya mendaftarkan Alica dalam kejohanan larian. Pada usia 7, Alicia sudah mula menyertai pelbagai pertandingan larian.
Alica Schmidt pernah ditawarkan untuk menghiasi sampul depan majalah Playboy, namun dia menolak kerana fokusnya adalah dalam bidang sukan dan larian.
Dek kejelitaan dan keanggunannya, Alicia pernah tampil berjalan sebagai model di pertunjukan fesyen HUGO BOSS di Milan Fashion Week Spring/Summer 2022.
6. Sudah berpunya. Alicia dikhabarkan sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Fredi Richter.
Terpegun melihat kecantikan ratu sehari, selebriti terkenal Ainul Aishah yang dirias jurusolek Ady Razak dan didandan Ckay Liow. Berseri-seri, terserlah keanggunan Ainul menjelang hari bersejarahnya!
Berusia 37 tahun, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Khalid Redzuan, Ahad lalu.
Ainul atau nama sebenarnya, Ainul Aishah Azizun berkongsi momen indah majlis ijab
kabulnya bersama ahli perniagaan itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di
Instagram.
Sambil menyatakan rasa syukur, pelakon drama Semerah Cinta Humairah itu turut
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang meraikan majlis raja seharinya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, atas berkat doa semua urusan majlis kahwin kamidipermudahkan dan berialan dengan lancarnya.
I am so thankful for everything, i am finally a wife to the most loving man.
I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day.
This memories will last forever in my heart & i would like to say thank you to everyone involved in making my wedding a very special one.” Ainul Aishah
Sementara itu, Khalid turut menitipkan dedikasi
sama menerusi laman Instagram miliknya.
“Two families joined by love. Thank you all for the generosity, love and support you have all shown in making this day finally happen. We truly appreciate you.” Khalid
Imbas kembali, Ainul dan Khalid menjalinkan
hubungan cinta sejak April 2017. Kemudian pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada Mac tahun lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.