Alahai, tak sangka Datuk Lee Chong Wei romantik orangnya! Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pada November ini, ada ucapan manis dititipkan jaguh badminton negara khas buat isteri tercinta Datin Wong Mew Choo. Istimewanya, selepas tujuh tahun bergelar suami isteri dan dikurniakan dua anak… inilah pertama kalinya Datuk Lee Chong Wei berkongsi sisi romantis secara terbuka kepada peminat.
Yang pasti insan paling bertuah tahun ini tentunya Datin Wong Mew Choo kerana selain menerima kata-kata indah daripada suami tersayang, beliau juga akhirnya dapat menikmati fasa bulan madu biarpun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Tumpang bahagia!
Memetik ucapan Datuk Lee Chong Wei di Instagram, dapat digambarkan yang lagenda sukan berusia 36 tahun ini sedang meniti detik bahagia di samping keluarga. “There was
a time. A long time ago. She was there. Sometimes looking at me. Sometimes ignoring me. A naive me was too shy to ask for her phone number, too stupid to know a girl’s mind.
As dumb as I may be, one of my teammates is dumber. He told me to pluck rose petals to see if she liked me. I said I didn’t have the money. He said pluck shuttlecock feathers. I followed. Baru I tahu shuttlecock 16 feathers.
Lebih 16 tahun kemudian, dia kini adalah ibu kepada dua anak saya. Happy 7th wedding anniversary my wife. Saya lelaki paling bertuah di dunia apabila awak setuju untuk menjadi isteri saya. Maaf kerana tidak dapat bersama buat masa ini kerana komitmen kerja. Ramai yang menganggap saya bertuah kerana berjaya memenangi pelbagai kejuaraan. Hakikatnya, saya rasa lebih bertuah kerana berjaya memenangi hati awak.”
Sebagai mengotakan janji kepada Datin Wong Mew Choo untuk pergi honeymoon sebaik mengumumkan persaraan pada Jun lalu, Datuk Lee Chong Wei akhirnya memenuhi hajat berkenaan dengan membawa isteri tercinta ke Maldives, Santorini dan Rome, Itali. Meskipun dapat kembali menghangatkan kasih sayang sesama mereka… namun akui Datuk Chong Wei, dia dan isteri tidak mampu tinggalkan kedua-dua anak mereka terlalu lama kerana rindu.
Ujarnya, “Seindah macam mana dunia luar pun, tak seindah negara sendiri bersama anak-anak tersayang. Honeymoon kali ini memang mantap, tapi hati bini dan saya dah mula rindu kat Malaysia terutama kedua-dua anak dan nasi lemak.”
Datuk Lee Chong Wei yang dilahirkan pada 21 Oktober 1982 berkahwin dengan Datin Wong Mew Choo yang juga bekas pemain badminton negara pada tanggal 10 November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Kingston Lee dan Terence Lee masing-masing berusia enam dan empat tahun.