Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Dengan Imej Baru, Cantiknya JIHAN MUSE Berhijab!

Alhamdulillah, nampak makin ayu dan berseri-seri Jihan Muse sejak mengenakan hijab. Sedang menikmati percutian di Jepun bersama keluarga, penampilan terbaru Jihan yang dikongsikan di laman Instagramnya baru-baru ini nyata mengejutkan ramai pihak. Bahkan di kalangan rakan-rakan artis pun, ramai yang memuji gaya muslimah pelawak wanita terkenal ini.

Baru selesai menyertai Misi Dapur Kasih buat Sulawesi pada penghujung Januari lalu bersama Fara Fauzana dan Zara Zya, isteri Ungku Hariz ini sekali lagi menjadi perhatian dengan berita ‘penghijrahan’ tersebut. Mana tidaknya, tahu-tahu saja Jihan dah bertudung. Syukur alhamdulillah.

Jihan di samping suami

Meskipun tampil dengan imej baru, tapi ibu kepada Ungku Arsalan Haq sedikit pun tak kekok menggayakan hijab. Lilitan yang membaluti kepalanya juga nampak cantik terletak dan kemas. Tak ubah macam wanita yang dah lama pakai tudung.

Lebih manis, penghijrahan Jihan ini berlaku ketika anaknya menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Tak kisahlah sama ada dia sengaja memilih tarikh tersebut untuk berubah atau sekadar kebetulan… janji selebriti ini berani berubah ke arah kebaikan.

Jihan dalam pada itu turut berharap agar penampilan barunya ini tidak menjejaskan  kerjaya lakonan dan pengacaraan yang diceburinya selama ini selain berharap ia diterima masyarakat termasuk syarikat produksi.

Rata-rata rakan artis dan peminat yang gembira melihat perubahan Jihan meluahkan rasa syukur dan mengharapkan supaya wanita hebat ini terus istiqamah mengenakan hijab.

Tak sabar rasanya nak tengok Jihan kembali beraksi di kaca TV dengan imej tersebut. Moga dengan penghijrahan Jihan ini dapat membuka pintu hati selebriti dan wanita lain untuk turut sama menutup aurat.

 

Kredit : Instagram Jihan Muse

 

 

Share
Published by
Suzi