Ili Sulaiman Perkenal Stemaboat & Grill Hala di Rumah!

Peminat program memasak pasti terhibur melihat personaliti yang ditampilkan oleh Ili Sulaiman tatkala menyediakan pelbagai menu istimewa di dapur. Sering berkongsi menu istimewa di program televisyen mahupun laman Instagram miliknya, jangan tak tahu Ili Sulaiman kini melangkah setapak lagi dalam dunia perniagaan berasakan food & baverage dengan memperkenalkan @ILIPOTDELIVERY, steamboat & grill halal pertama di Malaysia!

IKLAN
Foto: Ig @ilisulaiman

Meraikan tarikh penting sempena ulangtahun perkahwinannya semalam, Ili Sulaiman turut memperkenalkan buah tangan terbaharunya iaitu Ili Pot Delivery istimewa untuk penggemar hidangan steamboat dan grill di Malaysia.

Foto: @ilisulaiman

Lebih istimewa, ia menampilkan hidangan steamboat dan grill halal pertama di Malaysia yang menggunakan konsep penghantaran ke rumah! Secara rasminya, peminat hidangan steamboat dan grill boleh menempah hidangan istimewa ini bermula 9 November lalu.

Dilahirkan dari darah campuran English-Chinese dari sebelah ibu dan Sri Lanka-Melayu dari bapanya, Ili dibesarkan dalam lingkungan pelbagai budaya dan makanan yang pelbagai. Atas pengaruh tersebut, tidak hairanlah mengapa dia sememangnya amat dekat dengan dunia kulinari dan antara hidangan kegemarannya termasuklah hidangan steamboat dan grill.

“Sejak kecil, nenek sudah membiasakan saya dengan suasana di dapur. Memandangkan keluarga kami sering berkumpul untuk makan bersama-sama, jadi saya sudah terbiasa dengan menikmati pelbagai menu yang dimasak sendiri di rumah dan hidangan gerasaskan steamboat dan grill juga merupakan hidangan yang sering menjadi pilihan kami sekeluarga,” ujar Ili ketika ditanya mengenai inspirasi mewujudkan @ilipotdelivery.

“Saya pasti hidangan berasaskan steamboat dan grill ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kebiasaannya, hidangan berasaskan steamboat dan grill hanya dapat dinikmati di restoran sahaja. Tetapi kali ini, ia boleh dinikmati di rumah bersama keluarga dan semua ahli keluarga boleh merasai peluang memasak sendiri hidangan dalam keselesaan kediaman masing-masing.

Apatah lagi dalam situasi negara sedang berhadapan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di kebanyakan negeri, jadi peluang untuk menikmati hidangan berasaskan steamboat di luar adalah mustahil. Jadi, anda nikmati sahaja hidangan istimewa bersama keluarga di rumah dengan menempah di www.ilipotdelivery.com. Mudah bukan,” ujar Ili yang melalui proses R&D selama beberapa bulan untuk memperkenalkan hidangan steamboat dan grill yang halal ini.

Mesti anda terfikir, untuk menikmati hidangan steamboat dan grill di rumah memerlukan peralatan grill dan mangkuk steamboat bukan? Usah bimbang kerana setiap pakej di dalam @ilipotdelivery menyediakan peralatan steamboat dan grill tersebut.

Perkahwinan campur kedua ibu bapanya membentuk pelbagai citarasa terhadap makanan dalam diri Ili. Malah, Ili sendiri juga melalui perkahwinan campur menambahkan lagi rencah dalam kehidupannya mengembara soal makanan!

“Dengan satu langkah mudah, log  masuk ke laman web  www.ilipot.com.my   dan anda boleh menempah set hidangan steamboat dan grill yang lengkap termasuklah mangkuk sup steamboat, grill, burner, alas meja plastik dan hidangan steamboat dan grill pilihan anda. Ili Pot membuat penghantaran dari jam 12 tengah hari ke 12 tengah malam untuk membolehkan anda menikmati hidangan steamboat dengan 5 jenis sup, 4 jenis perapan, 2 sos istimewa dan pelbagai pilihan hidangan steamboat dan grill yang istimewa.”

Antara perisa sup yang disediakan termasuklah Saranghae jjigae berasakan citarasa Korea, Mi So Spicy, Chanko Nabe (tidak pedas) Creamy Chicken and Garlic (tidak pedas) dan Thom Yum. Manakala sos perapan pula termasuklah sos teriyaki, Spicy Korean, Thai BBQ dan sos istimewa rahsia Ili Sulaiman! Malah, pada 14 November ini sempena sambutan Deepavali, dapatkan coconut candy secara percuma dengan setiap pembelian!
Tempahan sudah boleh dibuat di laman web dan layari Instagram @ilipotdelivery untuk menikmati hidangan istimewa bersama keluarga dari kediaman rumah anda!