Setelah dua tahun beraya secara norma baharu, tahun ini kita berpeluang merayakan Syawal penuh meriah. Kemeriahan 1 Syawal dengan sambutan glam raya mencipta suasana. Solekan indah usah dilupa!

Ads

Sambutan glam raya dengan pesona elegan menerusi solekan polos jika diadun dengan sempurna penampilan lebih berkilau untuk kesan glamourous dan menggoda.

Sambutan Glam Raya Dengan Pesona Elegan, Solekan Polos Bangkit Mood AidilfitriĀ 

  • Sebelum memulakan solekan bersih wajah terlebih dahulu dan pakai mask untuk efek wajah yang lembap. Kemudian sapu penyegar dan pelembap serta sembur spray mist kepada kulit wajah. Sapu bedak asas yang menyamai rona wajah dan jika mempunyai kulit yang tidak sekata atau bintik-bintik di bahagian muka sembunyikan dengan penyamar noda. Selepas itu, oles bedak debu untuk memberi kesan yang lebih semulajadi.
  • Solekan mata merupakan aspek yang penting dalam solekan. Warna lembut atau pastel sebagai warna asas paling sesuai untuk kebanyakan orang. Sapu rona yang sedikit gelap di sudut luar mata untuk menampakkan mata lebih dalam dan menyerlahkan lagi bentuk mata. Kemudian sapu pengalit mata agar mata lebih galak. Sapu di sepanjang garis mata atas dengan garisan nipis, tebal di sepanjang mata dan garisan bulu mata. Kemudian sapu maskara dengan pergerakan zig zag.
  • Solekan kening juga penting dalam memperindah wajah seseorang. Teknik yang betul untuk melukis kening tanpa mencukur adalah rapi kening menggunakan berus terlebih dahulu. Kemudian lukis kening menggunakan pensil kening mengikut bentuk yang sesuai dengan wajah. Tebal atau nipis boleh mengikut keinginan masing-masing. Akhir sekali berus kening dengan menggunakan maskara kening.
  • Sapuan pemerah pipi tidak perlu terlalu banyak. Sapu pemerah pipi hanya cukup untuk menonjolkan tulang pipi. Sapu pemerah pipi mengunakan berus khusus di atas tulang pipi atas dan dibawa ke arah garis rambut. Bronzer dipakai buat menampilkan keseluruhan riasan wajah lebih mempesona.
Sambutan Glam Raya Dengan Pesona Elegan, Solekan Polos Bangkit Mood AidilfitriĀ 
Anastasia’s Beverly Hills Satin Lipstick

1. Anastasia’s Beverly Hills Satin Lipstick

Sambutan Glam Raya Dengan Pesona Elegan, Solekan Polos Bangkit Mood AidilfitriĀ 
Gucci Natural Finish Liquid Foundation

2. Gucci Natural Finish Liquid Foundation

Sambutan Glam Raya Dengan Pesona Elegan, Solekan Polos Bangkit Mood AidilfitriĀ 
Innisfree Airy Eye Shadow Palette

3. Innisfree Airy Eye Shadow Palette

Ads
Sambutan Glam Raya Dengan Pesona Elegan, Solekan Polos Bangkit Mood AidilfitriĀ 
Nudestix Nudies Matte

4. Nudestix Nudies Matte

Sambutan Glam Raya Dengan Pesona Elegan, Solekan Polos Bangkit Mood AidilfitriĀ 
Too Faced Christmas In The City! Limited Edition Makeup Collection in Rome

5. Too Faced Christmas In The City! Limited Edition Makeup Collection in Rome

Ads
Sambutan Glam Raya Dengan Pesona Elegan, Solekan Polos Bangkit Mood AidilfitriĀ 
Dermalogica Clear Start Clearly Matte Skincare Kit

6. Dermalogica Clear Start Clearly Matte Skincare Kit

Baca juga; Media Sosial Lombong Emas Raih Pahala Berganda Jika Kena Cara, Datuk Prof Muhaya Huraikannya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI