Sekali imbas, memang tidak dinafikan kedua-duanya mempunyai rupa paras yang tidak banyak berbeza antara satu sama lain. Malah, kedua-duanya mudah memberikan kerjasama dalam memberi pose menarik untuk pembaca NONA. Keakraban dua beranak ini terserlah dengan usikan manja Nourul Depp yang memuji kejelitaan yang dimiliki oleh anak gadisnya.
Ads
Membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda tidak pernah dikesalinya malah dia amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bergelar ibu pada usia yang masih muda. Walaupun jodoh bersama bekas suami tidak panjang, bagi Nourul kehadiran cahaya mata tunggal bersama bekas suami adalah anugerah terindah yang dimiliki olehnya. Walaupun telah berpisah, baik Nourul mahupun bekas suami memberikan komitmen tanpa berbelah bahagi mendidik permata hati mereka.
“Bergelar ibu pada usia yang masih muda pastinya memberi pelbagai cabaran buat diri saya. Tetapi saya anggap ia sebagai pengalaman berharga buat diri kerana dari usia muda saya berpeluang menjaga anak sendiri dan kini apabila Ayu sudah meningkat remaja, saya boleh berkongsi segalanya bersama Ayu.
Saya juga sudah boleh enjoy bila melihat Ayu boleh membantu saya menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Kadang-kadang, garang si Ayu mengalahkan ibu tiri,” ujar Nourul berseloroh mengenai anak gadisnya sambil disertai gelak tawa kedua beranak ini.
Malah, kisah kejayaan Ayu Nazirah Mohd Faizal memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dua tahun yang lalu membuktikan bahawa perpisahan kedua ibu bapa bukanlah halangan untuk membuktikan kecemerlangan akademik. Ayu merupakan seorang yang perfectionist.
“Sejak kecil, jika dia mahukan sesuatu, dia akan melakukannya sehabis baik. Dia juga merupakan seorang individu yang fokus terhadap perkara yang ingin dilakukannya serta konsisten dalam apa yang diingini. Saya selalu melihat Ayu amalkan bangun awal pagi untuk belajar. Ada ketikanya Ayu akan berjaga malam untuk menelaah. Jika dia stress, muzik sering menjadi penemannya. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,” ujar Nourul lagi.
Penyanyi kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini turut berkongsi minat yang sama dengan anak gadis kesayangannya. Memang bertuah memiliki anak perempuan, jadi Nourul dan Ayu sering berkongsi pengetahuan tentang fesyen, muzik dan alat solekan si ibu turut menjadi ‘pilihan’ buat Ayu Nazirah.
Ads
“Seronok bila Ayu sudah meningkat remaja ni kerana kami bagaikan bff!. Kami berkongsi cerita mengenai kehidupan seharian Ayu dan lebih seronok apabila kebanyakan pakaian saya sudah boleh digayakan oleh Ayu. Alat solekan saya juga sering menjadi pilihan Ayu. Ayu juga sudah pandai bergaya seperti mamanya,” ujar Nourul yang memberi kebebasan untuk anaknya membuat pilihan namun tetap memberi garis panduan dan nasihat buat puteri kesayangannya itu.
Menyentuh soal kecantikan di usia 41 tahun, Nourul percaya kulit yang cantik harus bermula dari pemakanan seseorang.
“Saya percaya untuk mendapatkan kulit yang cantik pemakanan perlu diberi perhatian. Saya amat prihatin soal pemakanan selain wajah perlu dibersihkan dengan sebaik mungkin apabila kerap mengenakan solekan yang tebal.
Ads
Malah saya dan Ayu amat gemar mengenakan masker wajah di waktu malam. Ia merupakan saat bonding sambil bercerita mengenai pelbagai perkara.” ujar Nourul lagi.
Mendirikan rumahtangga dengan Eric Daniel Depp, memberikan Nourul lebih menghargai faktor pemakanan seimbang agar tubuh dapat berfungsi pada tahap terbaik.
“Saya amat mementingkan pengambilan pemakanan kesihatan serta pengambilan air yang secukupnya untuk kesihatan tubuh badan. Saya kekal aktif kerana mempunyai tenaga dari pemakanan kesihatan yang diamalkan. Selain itu, saya juga kerap bersenam supaya badan sentiasa kekal cergas dan aktif. Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan perlu cergas dan aktif,” ujar Nourul yang sememangnya gemar menjalani gaya hidup aktif.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Cabaran seorang bapa, di mana pun, waktu bila pun, sama… iaitu menjadi seorang yang bertanggungjawab,” ringkas pesanan YB Dr Maszlee Malik kepada Majalah Nona tentang makna menjadi ‘bapa’ pada musim pandemik.
Sebagai mantan Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, banyak usaha beliau yang sering mendapat perhatian masyarakat.
Golongan guru khasnya sering berkongsi keluhan dengan Dr Maszlee di media sosial, yang sedari sejak dulu lagi prihatin terhadap nasib pendidik di Malaysia.
Beliau sebagai wakil rakyat yang bergerak seperti ‘seorang bapa’ juga tidak ketinggalan menyelami masalah yang menimpa ‘keluarga besarnya’. Selain isu ekonomi, Dr Maszlee begitu gigih mengetengahkan masalah capaian Internet yang perlahan sehingga menjejaskan kelancaran pembelajaran anak-anak di rumah.
Cerita tentang Hari Bapa menjadi topik wawancara Majalah Nona dan Dr Maszlee Malik dalam video di bawah…
BERTANGGUNGJAWAB
Dr Maszlee Malik merupakan suami kepada Dr Hamidah Mat, iaitu seorang pensyarah di Open University Malaysia (OUM). Perkahwinan mereka mengurniakan empat cahaya mata iaitu Nusaybah, Sumayyah, Rufaydah dan Mujaddid.
Terkenal dengan hobi suka membaca, lelaki budiman berusia 46 tahun ini turut menerapkan minat terhadap buku itu kepada anak-anaknya. Selain itu, mereka juga menjadikan agama sebagai panduan hidup sepanjang masa.
Amalan solat berjemaah antara yang menjadi kemestian mereka pada musim pandemik. Waktu berkumpul itu juga dimanfaatkan untuk memberi tazkirah kepada keluarganya mengenai kehidupan seharian.
Semoga amalan Dr Maszlee menjadi contoh kepada ayah ayah lain yang membaca. Sempat juga beliau berpesan kepada para followers Majalah Nona yang masih mempunyai ayah, supaya menghargai mereka sementara masih ada!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Mempunyai ibu seorang penyanyi popular di Indonesia banyak mendorong Amabel Odelia untuk mempunyai ilmu tentang bidang muzik.
Anak kepada penyanyi Ruth Sahanaya ini semakin mencuri perhatian. Selain parasnya yang cantik, berbakat dalam bidang muzik juga satu kelebihan buat dirinya.
Amabel Odelia merupakan lulusan Bachelor Degree Music Performance dari Australian Institute of Music dah baharu sahaja selesai majlis graduasi bulan lalu. Sayangnya, dia menolak untuk melanjutkan kuliah di Amerika kerana memilih untuk mengikuti jejak sang ibu, berkarier di dunia hiburan di Indonesia.
Amabel Odelia merupakan anak sulung Ruth Sahanaya dan suaminya, Jeffry Waworuntu. Anak sulung ini dilahirkan pada 14 Ogos 2000 dan kini sedang meniti alam dewasa yang cantik dan sering mencuri tumpuan di laman Instagram miliknya.
Sejak menamatkan pengajian di peringkat rendah, Amabel Odelia menetap di Sydney Australia sehingga tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda baru-baru ini.
Selepas empat tahun menetap di Australia, kini Amabel Odelia sudah pulang ke Indonesia. Selain itu, anak gadis Ruth Sahanaya ini juga telah mementaskan sebuah persembahan teater muzikal berjudul Teater Salihara di Jakarta oktober lalu.
Penyanyi bertaraf lagenda Indonesia itu baharu sahaja usai mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) November lalu menerusi konsert solonya Fabulous Friday Ruth Sahanaya. Penyanyi yang berusia 56 tahun itu telah memukau lebih 500 penonton pada malam tersebut dengan lagu-lagu popularnya antaranya termasuklah Kaulah Selagalanya, Keliru, Bersama Dirimu, Tak Kuduga dan banyak lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum tengok pasangan usahawan muda, Belle Al-Yahya dan Carl Samsudin. Mana tidaknya, mereka bukan saja dirahmati sebagai keluarga bahagia bahkan dikurniakan rezeki yang luas sejak menubuhkan empayar, Bella Ammara. Dari sekadar memasarkan produk Muslimah.. kini kedua-duanya sudah mempunyai cabang perniagaan dalam kosmetik dan kecantikan iaitu Sugar Belle Cosmetics, Naara Belle Face Spa dan BA Beau. Rancak betul pasangan ini merencana masa depan pada usia muda. Hebat!
Selain kerja keras dan sokongan yang tidak berbelah bagi, rupa-rupanya ada sesuatu yang menarik tentang suami isteri ini sehingga ‘dikirimkan’ Allah SWT rezeki dalam perniagaan dan kebahagiaan berpasangan.
“Macam mana Belle selalu rasa nak berubah jadi isteri yang lebih baik dari sebelum ni adalah sebab suami Belle adalah orang yang sentiasa ingin berubah jadi insan yang lebih baik. Belle sendiri lihat perubahan hidup dia dari dulu hingga sekarang sangat berbeza.
Makin lama makin nampak dia dekat dengan Tuhan. Dan sebab tu jugalah Belle terikut untuk berubah menjadi lebih baik. Setiap hari kita kena berazam untuk jadi lebih baik dari semalam. Tak perlu tunggu tahun baru untuk berubah.”
Sesungguhnya, tidak akan pernah rugi bagi mereka yang sentiasa mengingati dan mengutamakan Dia Yang Satu dalam segala hal. Pasti terselit ganjaran buat mereka sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak.
Menyifatkan suami tercinta seorang yang sangat berhemah dalam berbelanja, pendedahan ibu dua anak ini tentang pasangan hidupnya tersebut nyata mencetus inspirasi. “Dia memang bukan seorang yang boros dan suka membeli. Tak ingat bila last dia beli baju baru. Sebab tu Belle la yang selalu belikan untuk dia. Kalau tak, memang asyik ulang baju yang sama je.
Dia selalu utamakan orang sekeliling dulu lepas tu baru fikir pasal diri sendiri. Benda yang dia happy adalah bila dapat bantu orang. Kadang-kadang sampai lupa makan.
Setiap hari Belle doa semoga Allah SWT sentiasa makbulkan doa dia sebab Belle tahu kebanyakan doa dia adalah untuk orang lain. Siapa student dia mesti tahu yang Carl selalu ajar untuk selalu doakan kejayaan orang lain,” ujarnya.
Allahu, murni sungguh niat pasangan ini. Patutlah mereka dimurahkan rezeki dalam kerjaya dan keluarga. Hidup di dunia ini bukanlah tentang diri kita semata-mata. Ada ‘tugas’ yang perlu dilaksanakan demi kesejahteraan semua.
Moga perniagaan dan kehidupan Belle sekeluarga terus diberkati di dunia dan akhirat kelak. Ambil kebaikan yang ditonjolkan mereka sebagai inspirasi dan panduan untuk kita sama-sama menjadi insan yang lebih baik. Bukan saja pada negara tetapi juga bangsa dan agama.
Kredit : Instagram Belle Al-Yahya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...