Tanggal 10 Ogos 2023 menandakan bertambahnya usia Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Paling menarik, aksi spontan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah ‘wish birthday’ buat suami terkejut!
“Setahun meningkatnya umur. Semoga Allah izinkan dipenuhi mawaddah rahmah sakinah dalam iman dan taqwa.” Datuk Seri Dr Wan Azizah
Dalam satu klip video yang dikongsikan di media sosial, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkongsi detik manis tersebut kepada rakyat.
Kelihatan Datuk Seri Dr Wan Azizah sedang menunggu ketibaan suaminya dalam satu majlis keraian. Beliau mula melambaikan tangan dan menghulurkan salam apabila kelibat suaminya mula kelihatan.
Ketika Wan Azizah mahu bersalam, Anwar bertindak meletakkan tangannya pada bahagian belakangnya.
Kedua-duanya kelihatan sangat gembira apabila bersemuka antara satu sama lain. Hal ini jelas dilihat melalui raut wajah mereka yang tersenyum bahagia ketika menatap wajah-wajah masing-masing.
Seterusnya, klip video tersebut memaparkan gambar pasangan tersebut bersama cucu-cucunya, yang mana wajah mereka dikaburkan di dalam klip terbabit.
Gambar tersebut diiringi audio ucapan selamat hari lahir daripada cucu-cucunya yang sangat comel dan menyentuh jiwa.
“Selamat hari lahir Papa Tok. Kami sayang anda sangat-sangat.”
Tetap segak di usia 76, didoakan semoga PMX sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.
Terkenang kelembutan Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika kami bertamu ke kediamannya seketika dulu. Jom tonton temu bual eksklusif ni…
Ratu Pop Latin, SHAKIRA Cekal Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal & Aktivis Kemanusiaan
Suaranya bertenaga, padu dan mengalirkan energi luar biasa. Apatah lagi saat melantunkan lagu Waka Waka (This Time for Africa) yang pernah bergema ketika Piala Dunia 2010. Shakira, wanita Colombia yang mesra dengan gelaran Ratu Pop Latin kini berusia 45 tahun.
Memulakan kerjaya nyanyiannya sejak remaja, debut pertama Shakira Isabel Mebarak Ripoll bersama Sony Music Colombia bermula seawal usia 13 tahun. Album pertamanya berjudul Magia (1991), namun album yang benar-benar berjaya menjulang namanya adalah Pies Descalzos (1995).
Nama Shakira mula menembusi pasaran lagu-lagu Inggeris pada tahun 2001 melalui albumnya, Laundry Service. Siapa sangka, sejak itu suara gemersik Shakira mula mendunia dan terjual lebih 13 juta salinan di seluruh dunia.
Wanita kelahiran Barranquilla, Colombia dan mempunyai warisan darah Lebanon itu juga kerap menerima pelbagai anugerah penghargaan menerusi Grammy dan Billboard.
Bermula daripada kejayaan itu, kerjaya Shakira terus melonjak melalui album-album terkenal seperti La Tortura (2005), Hips Don’t Lie (2006), Beautiful Liar (2007), Waka Waka (This Time for Africa) (2010), Loca (2010), dan Chantaje (2016). Beliau juga sering menduduki carta tertinggi dalam barisan lagu-lagu hit global.
Pun begitu, kemasyhuran dan populariti yang meniti hidup Shakira sama sekali tidak menjadikan ibu anak dua itu alpa. Sebagai ibu tunggal, kehidupan Shakira sering berputar di sekeliling anak-anaknya, Sasha dan Milan yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan pemain bola sepak, Gerard Pique.
Pasangan tersebut dikatakan berpisah selepas Pique menjalin hubungan sulit dengan wanita lain. Walau bagaimanapun, kini Shakira terus cekal menjalani kehidupan bersama anak-anak sambil menjaga bapanya yang sakit.
Malahan, Shakira tekad bergelar aktivis kemanusiaan melalui yayasan miliknya, Pies Descalzos Foundation atau Barefoot Foundation yang didirikan pada tahun 1997.
AKTIVIS
Yayasan ini merupakan sebuah badan amal yang bertujuan menyalurkan bantuan pendidikan bagi kanak-kanak kurang kemampuan di Colombia dan Amerika Latin. Barefoot Foundation memiliki lima buah sekolah yang menyediakan pendidikan dan makanan untuk lebih 4,000 kanak-kanak.
IShakira merupakan seorang individu yang sangat mementingkan pendidikan. Lebih-lebih lagi melihatkan situasi negara Colombia yang mencatatkan kadar kemiskinan tegar yang tinggi. Keadaan hidup yang sukar turut mendesak banyak kanak-kanak ketinggalan dalam pelajaran.
“Percayalah, dapat melihat seorang anak diberi peluang untuk terus belajar dan melanjutkan pendidikannya adalah satu perasaan yang sukar digambarkan. Lebih hebat dari mendapatkan anugerah Grammy.” Shakira
Shakira juga sering melakukan advokasi pendidikan kerana baginya, ia merupakan kekuatan transformasi yang dapat mengubah bukan hanya pada orang yang belajar, tetapi juga orang di sekelilingnya.
“Dengan memberikan pendidikan kepada kanak-kanak, banyak kesan positif yang akan dilahirkan. Antaranya pertumbuhan ekonomi, pembangunan dan kestabilan hidup.
Jika kita mahukan sebuah dunia yang damai, kita harus meningkatkan pelaburan dalam bidang pendidikan.” Shakira
Selain itu, Shakira juga merupakan seorang Goodwill Ambassador dari UNICEF sejak tahun 2003. Beliau membantu meningkatkan kesedaran dunia terhadap kanak-kanak yang rentan.
Pada tahun 2017, Shakira mendapat penghargaan kehormat dari World Economic Forum, yakni Crystal Award atas kerja-kerja kemanusiaannya.
Penghargaan tersebut lazimnya diberikan kepada tokoh-tokoh terkemuka yang memberi inspirasi dalam bidang kepimpinan atau membawa perubahan yang inklusif dan berkelanjutan.
“Walaupun Dah Bercerai Jangan Bercerita NEGATIF Tentang Ayah Mereka!” ZIANA ZAIN
Ziana Zain yang sedikit masa dahulu menggemparkan industri apabila memfailkan perceraian bersama suami yang telah dikahwininya selama 20 tahun. Semua pasangan suami isteri mengharapkan rumah tangga kekal hingga ke hujung nyawa namun siapa kita untuk menolak takdir. Benar kata orang kita hanya mampu merancang namun Yang Maha Esa yang menentukan segala-galanya.
Ziana baharu sahaja melalui episod duka dalam rumah tangganya, namun kekuatan yang dimilikinya bukan calang-calang. Mencungkil rahsia kekuatan dalam dirinya sehingga berjaya melepasi dugaan tersebut, “Sebenarnya kekuatan itu datang setelah beberapa lama kita mengharungi hidup. Hidup dalam masyarakat bergaul dengan pelbagai lapisan kehidupan telah menyuntik semangat yang luar biasa dalam diri saya. Apabila saya garapkan kisah duka saya bersama pengalaman orang lain membuatkan kita lebih kuat.
Sudah semestinya apabila kita menatap dan mengamati wajah anak-anak satu persatu, secara tidak langsung membuatkan kita lebih kuat. Melihat wajah mereka telah mengumpul satu kekuatan untuk membahagiakan anak-anak. Saya selalu cakap dengan diri sendiri apa juga yang terjadi dalam kehidupan itu adalah dugaan hidup dan sekiranya kita lepas semua ujian, there will be something big for us, insyaallah.
Apabila berhadapan dengan anak-anak mengharungi kemelut ini bukan mudah tetapi sebagai ibu apa yang penting adalah sentiasa berterus-terang dengan anak-anak tentang situasi yang berlaku dan jangan bercerita perkara negatif kepada mereka. Saya selalu katakan kepada mereka, apa sahaja yang berlaku dalam keluarga ini merupakan permulaan kehidupan mereka. Jika kita berjaya mengharunginya insyaallah benda lagi besar akan ada di hadapan kita boleh mengharunginya bersama-sama dan selalu reda serta bersyukur kepada Allah SWT. Paling penting jangan lupa sentiasa minta padaNya.
foto: Instagram @iamzianazain
Ini kerana Allah SWT sahaja yang tahu isi hati kita dan semat dalam hati dan minda bahawa setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya dan Allah nak memberi sesuatu yang besar kepada kita. Kita pun tak tahu tetapi selalu yakin yang Allah SWT doakan kebahagiaan kepada diri kita dan juga orang lain. Kerana kita hidup ini dalam dunia bukan seorang, sering berdoa dan yang penting kita berbalik kepada Allah SWT,” ungkap ibu kepada empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19 tahun, Muhammad Ammar, 14 tahun, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun, ini.
Wanita yang kini sudah berusia 50 tahun terus optimis meneruskan kehidupan bersama anak-anak tercinta dan kelihatan telah move on. “Sebagai wanita biasa, jujur saya katakan bukan mudah untuk move on. Ada wanita yang terpaksa tunggu bertahun-tahun dan ada juga hanya mengambil masa yang singkat sahaja.
Bagi saya setiap rencana hidup kita sudah di tulis oleh Allah SWT dan bila sampai masanya Allah SWT kata masa untuk move on, ini merupakan gerak dariNya. Saya selalu bersyukur dan sering meminta kepada Yang Maha Esa untuk diberi kekuatan dan dikurniakan keberkatan hidup. Apabila kita berdoa dan selalu meminta serta reda dengan ketentuan Ilahi, insyaAllah we can move on,” tuturnya.
Nasihat Ziana buat untuk wanita yang dibelenggu dengan masalah rumah tangga terutama yang mengalami penderaan domestik agar mencari jalan keluar dengan meminta pertolongan daripada saluran yang betul. Tambah Ziana terdapat banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang boleh memberi bantuan kepada wanita yang mempunyai masalah. Jangan malu untuk bertindak kerana bukan kita seorang sahaja mempunyai masalah. Kuatkan semangat dan paling penting mencari saluran yang betul.
Kekal Cantik & Bertenaga Di Usia 64, Sikap Positif HETTY KOES ENDANG Cetus Inspirasi
Lagi dua minggu program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bakal melabuhkan tirainya. Pasti ramai yang merindukan juri tetap yang kekal cantik & bertenaga ini.
Aksi lucu dan komen bernas daripada Hetty Koes Endang yang mesra disapa dengan panggilan Bonda sentiasa dinanti-nantikan oleh peminatnya. Selain itu, penghibur legenda Indonesia ini sering ‘belanja’ lagu-lagu popularnya dalam program yang dihoskan Nabil Ahmad bersama Jihan Muse ini.
Hetty Koes Endang turut bergandingan dengan dua orang juri tetap mengadili peserta selama 10 minggu program berlangsung iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.
Melihat telatah ibu kepada empat orang anak ini mungkin sikap positif dan kasih sayang serta restu daripada suami tercinta yang membuatkan Hetty Koes Endang kekal cantik & bertenaga.
“Harus selalu happy dan optimis langkahkan kaki mu terus ke depan dengan yakin, jangan selalu menoleh ke belakang,” tulis Hetty Koes Endang dalam laman media sosial milik peribadinya.
Wanita yang suka ketawa ini juga beruntung kerana suaminya Dr. Yusuf Erwin Faisal sering menemani di saat terikat dengan tanggungjawab kariernya. 30 tahun melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini sesungguhnya kelihatan benar-benar romantis.
“Assalamualaikum. Salam sihat, salam bahagia, salam sejahtera untuk semua sahabat bunda. Allhamdulillah papa selalu mendampingi bunda di saat bunda di back stage maupun saat bertugas menjadi Juri. Doakan bunda dan papa sihat-sihat ya,” tulisnya.
Selama menetap di Kuala Lumpur untuk program Gegar Vaganza sudah tentu Hetty Koes Endang merindui cucu sulungnya. Ia boleh dilihat apabila nenek kepada Arlo Astrodistira Arsanda ini kerap memuat turun gambar cucu kesayangan di ruang media sosialnya.
Anak perempuan Hetty Koes Endang, Afifah Qomariah Yusuf telah selamat melahirkan anak lelaki pada 11 Ogos 2021 dengan berat 3.11 kilogram.
Afifah dan suaminya, Faldo Arsanda berkahwin pada 21 November 2020 di Jakarta dengan sekali lafaz. Sebelum itu pasangan sama cantik sama padan ini telah bertunang sekitar bulan Jun 2020.