Gaya Hidup

Sanggup Beli Bra Murah Sebab TAKNAK MEMBAZIR, Ini Sebabnya Anda Perlu Percaya Pada Bra Mahal & Berkualiti!

Ramai wanita sering membuat kesalahan ketika memilih bra. Biasanya wanita membeli bra mengikut design yang cantik, mempunyai fungsi push up agar payudara kelihatan besar dan tidak kurang juga mahu mewujudkan lurah yang menggiurkan.

Tapi tidak ramai yang tahu faktor utama perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukur lilit tulang rusuk dan saiz payu dara. Sebenarnya bra tidak boleh dipakai terlalu ketat atau terlalu longgar. Apabila longgar, payudara tidak disokong sepenuhnya. Manakala jika terlalu ketat boleh mengakibatkan sakit belakang atau punggung.

Pemilihan yang salah juga boleh mengganggu pengaliran darah seterusnya meningkatkan risiko kanser payudara. Semak senarai ini bagi mengetahui sama ada anda telah membeli bra yang betul atau salah.

(1) Tidak selesa

Rasa tidak selesa memakai bra adalah seperti tali bra tenggelam di atas bahu. Ini berlaku kerana mangkuk coli yang digunakan terlalu kecil. Rasa tidak selesa muncul apabila bra berdawai mencengkam payudara. Ini juga kerana mangkuk yang dipakai terlalu kecil. Payudara yang terlalu rapat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa juga adalah kerana salah memilih bra. Ketidakselesaan ini boleh menyumbang kesakitan di bahagian belakang, leher dan bahu.

(2) Ukuran yang betul

Anda mungkin pernah mengukur saiz bra yang betul tetapi ketika berumur 17 dahulu. Namun, sehingga sekarang masih memakai saiz yang sama. Hampir semua pengeluar pakaian dalam memberi pelanggan mencuba dahulu bra tetapi tanpa nasihat daripada yang pakar tentu tidak dapat saiz yang betul.

(3) Beli bra yang murah

Mengikut statistik, setiap wanita memiliki sekurang-kurangnya 19 helai bra tetapi hanya memakai empat bra yang selesa. Biasanya bra yang mahal mempunyai reka bentuk khusus dan selesa berbanding bra murah. Manakala bra murah tidak mempunyai pakar untuk mengira saiz bra yang sesuai. Membeli bra tanpa mencuba dahulu adalah cara yang salah kerana setiap rekaan mempunyai mangkuk dan tali bra yang berbeza.

(4) Beli bra yang cantik

Ada di antara anda yang merasakan bra yang mahal adalah membazir. Biar membeli bra yang cantik tetapi murah, itu kata mereka. Nah, sebaik-baiknya keluarkan duit untuk membeli bra yang baik dan sesuai mengikut keperluan. Cantik tidak semestinya elok!

(5) Membasuh bra di dalam mesin basuh

Tidak kira anda memakai bra yang betul atau tidak tetapi mencampak bra di dalam mesin basuh boleh mengubah reka bentuk asalnya. Ambil masa sedikit dengan membasuh bra dengan tangan dan sabun yang lembut agar bra tahan lama. Jangan jemur terus di bawah cahaya matahari untuk mengekalkan ketahanan bra tersebut.

(6) Memakai bra yang sama selamanya

Mungkin anda memakai bra yang betul tetapi asyik memakai bra yang sama sepanjang masa. Ini akan mempercepatkan jangka hayat bra tersebut. Mungkin tali bra menjadi cepat longgar dan tidak anjal dan cangkuk mudah tertanggal. Pastikan sekurang-kurangnya ada empat bra untuk dipakai secara bergilir-gilir.

(7) Perubahan tubuh

Selaras dengan peredaran masa, tubuh anda juga turut berubah. Saat akil baligh, mengandung, merancang keluarga, peningkatan usia dan stres fizikal tubuh juga berubah. Payu dara anda boleh membesar dan mengecil mengikut perubahan tubuh. Oleh itu, tukar bra mengikut perubahan tubuh anda.

(8) Tidak puas hati dengan saiz payudara

Anda mahu kelihatan seksi seperti model pakaian dalam tetapi tidak mempunyai payu dara yang besar? Oleh itu sengaja memakai bra yang lebih kecil agar kelihatan seksi. Sebenarnya dengan memakai bra yang betul boleh kelihatan seksi tetapi ada tekniknya!

Share
Published by
Hamizatul Maizan