Mengimbau kemeriahan Aidilfitri lalu, ingat lagi tak Nona ada menganjurkan sebuah peraduan iaitu Ceria Raya Nona & Casio Exilim?
Peraduan yang berlangsung pada 1 Jun hingga 15 Julai 2017 tersebut telah menerima banyak penyertaan yang kreatif, gambar-gambar raya dan OOTD menarik serta slogan yang sungguh bermakna menerusi laman sosial rasmi Nona di Facebook dan Instagram.
Namun ternyata rezeki memihak kepada gadis dari Kampung Gajah, Perak ini apabila terpilih sebagai pemenang utama sebuah kamera Casio Exilim EX-TR80 berharga RM4,099.
Noor Izwani Mohd Salim, 25, yang ditemui semalam menyatakan kegembiraannya yang tak terhingga. “Saya gembira sangat. Tak sangka usaha hiking di Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak dengan baju kurung dan bawa majalah Nona tu berbaloi!”
Menceritakan detik-detik tersebut, sambil tersenyum dia menjawab, “Sebenarnya mak saya memang peminat setia majalah Nona. Bila dia beli, saya pun tumpang sekaki sebab dalam majalah kesayangan ni ada banyak info, fesyen dan resipi. Malah tiap tahun pun kami buat biskut raya sambil rujuk resipi dari majalah Nona.
Saya pergi hiking tu pada 30 Jun 2017 dan sebelum tu, saya memang ada impian nak panjat bukit dengan berbaju kurung. Kebetulan saya dan kawan-kawan pun memang bercadang nak beraya atas bukit untuk rasai kelainan Syawal.
Tambah bersemangat bila tengok majalah Nona ada buat peraduan Ceria Raya Nona & Casio Exilim ni. Tak susah langsung bawa majalah sebagai pembakar semangat. Walaupun keadaan nak panjat batu yang tinggi membuatkan saya gayat, tapi saya tempuh juga kerana sukakan cabaran,” jelasnya.
Memang jelas terlihat riak gembira di wajahnya. Kalau tak percaya, tengoklah sendiri. By the way, tahniah buat Noor Izwani dan semoga selepas ini lebih ramai pembaca Nona yang dapat juga memenangi pelbagai hadiah yang dianjurkan oleh kami. Norzalina Mohd Alias
https://www.youtube.com/watch?v=gJfWviBtHpA