Selepas tidak berjaya merangkul pingat di Olimpik Tokyo 2020, atlet terjun Nur Dhabitah Sabri menebus kekecewaan itu dengan membawa pingat emas buat negara dalam temasya Sukan SEA Hanoi semalam. Lebih manis, ia merupakan emas pertama buat Malaysia!
Ads
Dhabitah memberi khabar gembira itu selepas mengungguli saingan acara 1 meter papan anjal individu wanita. Penerjun berusia 23 tahun itu nyata sukar digugat apabila mengumpul keseluruhan 290.45 mata di Pusat Akuatik My Dinh.
Ketika ditemu bual media, Dhabitah sempat meluahkan rasa gembira selain mahu menjadikan kejayaan tersebut sebagai sumber inspirasi kepada barisan atlet yang lain.
“Saya harap dengan sumbangan ni boleh bagi semangat lagi kepada atlet lain untuk work hard and get gold medal. Because I know it’s not easy, but I hope dengan sumbangan ni saya boleh bagi mereka semangat.”
Ads
Mengikuti rapat di belakang Dhabitah ialah rakan sepasukannya, Kimberly Bong yang meraih perak dengan kutipan 230 mata.
Ads
Selain acara 1 meter papan anjal wanita, Dhabitah juga akan bergandingan bersama Dato’ Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10 meter platform seirama wanita susulan kekosongan ditinggalkan bekas penerjun, Datuk Leong Mun Yee yang bersara pada Disember tahun lepas.
Pada temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam ini, Dhabitah dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang kerana pencapaian atlet muda ini yang berjaya menampilkan aksi cemerlang di Olimpik Tokyo 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Uncle Kentang bukan suatu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Figura yang sering melakukan kerja amal tanpa mengira bangsa dan agama ini sama sekali tidak menyangka segala khidmat kebajikannya mendapat perhatian keluarga diraja Britain.
Sememangnya kemurnian jiwa Uncle Kentang membantu masyarakat mendapat tumpuan ramai. Sifat pemurahnya membantu masyarakat termasuk menyediakan perkhidmatan van jenazah, ambulan dan teksi 10 sen secara percuma.
Siapa sangka, aktivis masyarakat yang mempunyai nama sebenar, Kuan Chee Heng ini bakal menerima anugerah “Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II di atas segala usaha dan pengorbanannya membantu mereka yang memerlukan.
“Sebenarnya penghargaan tersebut adalah untuk anda semua. Tanpa anda, kita tidak dapat membantu orang. Saya dengan rendah diri memaklumkan penghargaan itu bukan untuk saya sendiri tetapi ia adalah hak anda semua dan rakyat Malaysia yang telah ‘gila’ menderma, membantu dan memberikan sokongan kepada semua inisiatif kita,” demikian tulisnya dalam entri di laman Facebook milik peribadinya.
Uncle Kentang dijadualkan menerima penganugerahan tersebut di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur sempena hari lahir Ratu Elizabeth II pada 12 Jun ini.
Dermawan yang berusia 58 tahun itu menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima anugerah dan penghormatan tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2018. Tahniah! Uncle Kentang.
Turut menerima anugerah tersebut sebelum ini ialah Doktor ‘Teddy Bear’, Dr Madhusudhan Shanmugam; Pengasas gerakan ‘Zero Waste Malaysia’, Khor Sue Yee dan Aurora Tin; serta penyelidik penyu air tawar, Dr Chen Pelf Nyok.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan ketika usia kandungan memasuki trimester pertama. Meskipun dianggap satu kelaziman di kalangan wanita hamil namun anda harus ambil tahu tahap pendarahan yang dialami.
Ibu hamil terutama yang menjalani prosedur IVF atau rawatan seumpamanya berisiko tinggi mengalami pendarahan ringan atau spotting iaitu warna darah merah hingga kecoklatan. Mungkin disebabkan dua embrio yang terlekat tetapi tidak kekal hingga menyebabkan pendarahan.
Pun begitu, terdapat juga situasi pendarahan yang menjadi tanda lebih serius seperti keguguran. Walau apa pun penyebab pendarahan tersebut, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor.
APAKAH PUNCA PENDARAHAN?
Ada beberapa faktor yang mencetuskan pendarahan faraj kepada ibu-ibu hamil. Antaranya termasuk:-
Hormon yang mengawal kitaran haid ketika anda sepatutnya datang haid yang dipanggil pendarahan penembusan. Mungkin boleh mengalaminya lebih daripada sekali.
Telur yang disenyawakan telah terlekat pada lapisan uterus atau dipanggil pendarahan implantasi.
Ketumbuhan pada dinding rahim atau fibroid.
Jangkitan serviks atau faraj.
Permukaan serviks terengsa disebabkan hormon kehamilan.
Penyakit Von Willebrand atau penyakit keturunan yang disebabkan darah sukar membeku.
Terdapat sesetengah kes pendarahan pada awal kehamilan sebagai tanda keguguran atau kehamilan ektopik iaitu kehamilan luar rahim. Punca pendarahan yang lebih jarang berlaku ialah kehamilan molar.
Kehamilan ini terjadi apabila embrio tidak membesar dengan sempurna hingga sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Jika anda disahkan kehamilan molar ia perlu digugurkan segera.
LANGKAH PENGAWASAN
Tiada cara untuk menangani pendarahan faraj secara khusus. Perkara pertama yang perlu anda lakukan jika mengalami keadaan ini adalah dengan menghubungi pihak hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Seterusnya, menjalani pemeriksaan bahagian dalam faraj dengan melakukan imbasan ultrasound. Prosedur imbasan ini boleh mengenalpasti sekiranya terjadi kehamilan luar rahim atau memeriksa keadaan bayi di dalam kandungan.
Seandainya doktor masih tidak dapat mencari punca permasalahan tersebut beberapa ujian rutin seperti darah dan air kencing akan diuji untuk memantau tahap hormon kehamilan.
ADAKAH BAYI BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT?
Usah terlalu khuatir kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan tetapi masih dapat meneruskan kehamilan dengan sihat. Spotting juga lazimnya akan berhenti dengan sendiri.
Walau bagaimanapun, dapatkan rawatan dan nasihat selanjutnya daripada doktor untuk memastikan tiada simptom lain yang boleh menjejaskan kandungan. Ibu hamil juga disaran agar berfikiran positif terhadap pendarahan ringan seperti yang dinyatakan di atas kerana kebiasaannya ia hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan bayi mahupun nyawa anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengumuman Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah tentang kemungkinan sesi persekolahan bakal dibuka semula, mendapat pelbagai reaksi.
Ada yang kelegaan, ada juga ibu bapa yang merungut bimbang dengan keselamatan anak-anak yang bakal kembali ke sekolah. Meskipun sekadar ura-ura dan kerajaan masih belum menetapkan tarikh pembukaan semula sekolah, namun kita pastilah mahu bersedia lebih awal demi keselamatan pasca COVID-19.
“Dari segi kes harian, jika kita dapat (angka) dua digit yang lebih rendah, atau satu digit, dan mengekalkannya hingga 9 Jun, mungkin kita dapat membuka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” kata beliau dalam sidang media harian baru-baru ini.
Tambah Dr Noor Hisham, mereka perlu menunggu sehingga minggu pertama Jun sebelum membuat sebarang keputusan bagi meneliti kesan akibat sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
PERSEDIAAN IBU BAPA
Memikirkan persiapan anak-anak sekolah rendah yang masih belum matang, mampukah mereka menjaga diri, mengamalkan SOP dan mempraktikkan amalan kebersihan dengan betul?
Mengapa tidak diteruskan saja sesi pembelajaran digital dan akses penyampaian ilmu melalui siaran TV Pendidikan? Bukankah ia lebih selamat untuk murid dan guru-guru?
Mungkin itulah persoalan demi persoalan yang bermain di fikiran ibu bapa.
Pun begitu, kita perlu memahami bahawa teknik pembelajaran secara bersemuka, lengkap aktiviti dan bimbingan guru lebih menjamin kefahaman murid. Masalah capaian Internet juga menjadi satu beban, selain faktor ketidakupayaan semua ibu bapa menjalankan homeschooling di rumah.
PAKAI VISOR
Demi keselamatan anak-anak kita, mungkin visor dari Polaroid Eyewear ni patut menjadi sebahagian ‘uniform’ baru mereka.
Dilancarkan melalui koleksi Stay Safe, visor pelitup wajah ni direka untuk perlindungan maksimum tanpa mengetepikan ciri keselesaan.
Koleksi ini didatangkan dalam dua pilihan iaitu StaySafe 1 dan StaySafe 2 yang diperbuat daripada bahan PPE (Professional Protection Equipment) terbaik dalam standard pembuatan PPE dunia.
Visor ini dihasilkan di Santa Maria di Sala dan Brembate di Sopra, kedua-duanya di Itali oleh Safilo Group.
Kaca mata keselamatan Polaroid ini direka untuk perlindungan mata pemakainya, tak kira sama ada anda pekerja kesihatan di hospital, pekerja industri pembuatan, pekedai, untuk berjoging atau ke pasar raya.
Untuk koleksi StaySafe 1, permukaan visor diperbuat daripada polycarbonate (PC), manakala pad hidung daripada polyamide (PA). Ia boleh dilaras mengikut kesesuaian, khususnya golongan dewasa atau kanak-kanak di atas 10 tahun. Ia boleh dipadankan dengan pelitup hidung yang biasa dipakai.
Untuk koleksi StaySafe 2 pula, visor mask profesional ini mampu melindungi seluruh kawasan mata, hidung dan mulut daripada jangkitan luaran. Selain ciri identikal di atas, ia juga dilengkapi band getah dan sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak dari usia 4-10 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...