Bukan saja Elisya Sandha yang sarat hamil anak sulung, seorang lagi pelakon cantik iaitu Tasha Shilla yang kini sedang hamil anak kedua.
Memang ketara sangat seri ibu mengandung tu, nampak manis dan bahagia je Tasha Shilla sekarang. Maklumlah, bakal terima ‘ahli baru’ dalam keluarga kecilnya tak lama lagi.
Bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi, pelakon cantik ini berkongsi di akaun Instagramnya baru-baru ini tentang pengalaman mengandung kali kedua yang agak berbeza.
Menurut Tasha, kali ini dia rajin untuk bersiap dan bersolek. Malah, perasaan itu membawa kepada keinginan untuk berlakon. Keinginannya itu tercapai apabila berpeluang berada di set penggambaran biarpun cuma lima hari.
“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Thank you @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsignature #26weekspregnant “
Menjengah di ruangan komen, peminat serta rakannya memuji dan tak lupa mengucapkan tahniah buat Tasha.
“Congrats babe @tashashilla!”
“Baby gegirl suka make up nak cantik selalu haha congrats sepasang nanti one boy one girl insyaAllah”
“Pompuan ni baby…moga dipermudahkan & selamat ibu & anak”
“Tasha dah memang cantik, touch up ke, tak touch up ke, tetap cantik. Take care mommy!”
“Cantik sangat..semoga dipermudahkan urusan Tasha..alahai mcm sebut nama anak sulung sendiri yang 9 tahun”
Tasha bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 dalam satu majlis sederhana di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Dengan sekali lafaz pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah.
Dia bertuah kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab, memahami serta ringan tulang. Anak sulung mereka, Raees Zander Muhammad Atiq kini berusia 1 tahun.
Kredit Foto: Instagram @tashashilla