Selalunya ibu hamil dilarang daripada melakukan kerja-kerja berat atau lasak, bimbang akan memberi risiko terhadap bayi dalam kandungan.

Namun lain pula kisahnya bagi wanita hamil, Kama Haidir yang tular setelah mengungguli acara lasak Spartan Stadion baru-baru ini. Bulan calang-calang wanita!

Ads
Sarat Hamil Tak Halang KAMA HAIDIR Ungguli Sukan Lasak, Bukan Calang-Calang Wanita!
Kama Haidir.

Kemunculanya dalam beberapa video di laman sosial berjaya meraih tumpuan ramai. Walau kini sedang sarat hamil (trimester ketiga), Kama berjaya menamatkan cabaran dalam masa 1 jam 10 minit 38 saat dengan 17 daripada 20 halangan.

Secara tak langsung, Kama telah memberikan inspirasi serta semangat buat wanita.

Sarat Hamil Tak Halang KAMA HAIDIR Ungguli Sukan Lasak, Bukan Calang-Calang Wanita!
Sarat Hamil Tak Halang KAMA HAIDIR Ungguli Sukan Lasak, Bukan Calang-Calang Wanita!“Terima kasih jurulatih dan rakan-rakan di @fitnesswarrior.my yang selalu mengingatkan agar berhati-hati supaya saya selamat. Larian 5 kilometer dan 20 halangan ditambah lagi dengan kehamilan 28 minggu bukanlah perkara yang mudah.

“Tetapi dengan persediaan sejak awal iaitu sebelum hamil dan tidak henti melakukan latihan crossfit telah membantu saya kekal cergas hingga kini. Tidak lupa rakan-rakan dan jurulatih yang sentiasa memberikan panduan A sampai Z,” titip Kama yang merupakan seorang personal trainer kick boxing dan gym instructor.

Sarat Hamil Tak Halang KAMA HAIDIR Ungguli Sukan Lasak, Bukan Calang-Calang Wanita!Mengimbau semula pertandingan yang disertainya pada 24 September lalu, wanita hebat ini berkata hanya 3 halangan daripada 20 halangan tidak dapat dilengkapkan.

“Marshall di @spartanracemalaysia risau sangat kerana saya mengandung, dengan halangan yang banyak, saya hanya tidak dapat menyempurnakan tiga sahaja. Yang lain tapau habis,” kongsi Kama melalui hantaran di Instagram.

Sarat Hamil Tak Halang KAMA HAIDIR Ungguli Sukan Lasak, Bukan Calang-Calang Wanita!Menurutnya, tiket penyertaan cabaran berhalangan itu terlebih dahulu dibeli pada tahun lalu iaitu sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan kali ketiga.

Berikutan penundaan, acara itu ditangguhkan sehingga ke tahun ini. Namun dengan semangat dan kekuatan, Kama meneruskan penyertaan biarpun selepas mengetahui dirinya hamil.

Sarat Hamil Tak Halang KAMA HAIDIR Ungguli Sukan Lasak, Bukan Calang-Calang Wanita!Memetik kata-katanya kepada SinarPlus, Kama yang mempunyai latar belakang pengajian dalam Sains Sukan ini juga bekas atlet Silat Olahraga yang mewakili negeri Johor pada tahun 2007 hingga 2010. Menurut Kama, penglibatannya dalam sukan adalah sejak di bangku persekolahan lagi.

“Sukan adalah darah daging saya. Selepas tamat diploma pada tahun 2014, saya bertugas sebagai jurulatih kecergasan sehingga kini,” jelas Kama.

Justeru, tidak hairanlah wanita kecil molek ini aktif dan lincah meskipun berbadan dua. Tidak seperti kelaziman wanita hamil yang mengelak aktiviti fizikal berat, Kama dilihat melakukan latihan intensiti tinggi seperti mengangkat berat, zumba dan crossfit.

Sarat Hamil Tak Halang KAMA HAIDIR Ungguli Sukan Lasak, Bukan Calang-Calang Wanita!Ibu kepada dua cahaya mata ini mendedahkan dia telah mendapat saranan dan pemeriksaan daripada doktor.

Ads

“Saya melakukan pemeriksaan kandungan di klinik swasta, membuat ujian imbasan untuk memantau perkembangan bayi. Alhamdulillah doktor memaklumkan kandungan dalam keadaan sihat. Maka, saya meneruskan latihan dan senaman seperti biasa.

“Tetapi senaman-senaman ini telah diubah suai mengikut pergerakan, kemampuan dan intensiti. Ia tidak membahayakan diri,” jelas Kama.

Sarat Hamil Tak Halang KAMA HAIDIR Ungguli Sukan Lasak, Bukan Calang-Calang Wanita!Ujarnya, jika dahulu beliau mampu berjalan laju namun kini boleh berlari sederhana perlahan dan mengawal pernafasan dengan baik.

Malah wanita hebat ini turut disarankan pakar agar mengurangkan berat beban dengan menggunakan dumbell bersaiz 7kg hingga 10kg berbanding 15kg sebelum ini.

“Lakukan mengikut kemampuan dan tidak memaksa diri. Alhamdulillah badan saya OK dan bayi dalam kandungan sihat. Ia juga dapat mengurangkan stres ketika hamil.

Ads

Sarat Hamil Tak Halang KAMA HAIDIR Ungguli Sukan Lasak, Bukan Calang-Calang Wanita!“Sebelum hamil, saya seorang yang sangat Sebelum mengetahui diri hamil, saya menyertai Strongfit Woman di Johor. Pertandingan yang sangat ‘hard core’ tetapi disebabkan saya sudah dilatih untuk menjadi lasak, Insya-ALLAH bayi dalam kandungan akan selamat dengan izinNya,” tutur Kama.

Beliau berkata sebenarnya ramai atlet wanita aktif bersenam biarpun sedang hamil kerana aktiviti kecergasan memberikan banyak manfaat kepada tubuh.

“Kenapa perlu hentikan aktiviti yang menjadi hobi, minat serta gaya hidup anda apabila hamil? Apa pun pastikan bayi dan diri anda sihat. Jika tidak, dapatkan rehat secukupnya dan buat latihan yang sederhana.

Sarat Hamil Tak Halang KAMA HAIDIR Ungguli Sukan Lasak, Bukan Calang-Calang Wanita!“Saya memilih untuk meneruskan latihan demi mengekalkan momentum supaya selepas bersalin mampu terus berlatih seperti biasa. Saya juga berharap bayi dalam kandungan kekal sihat, insya-ALLAH,” katanya.

Kama berharap agar perkongsiannya di laman sosial dapat memecahkan persepsi ibu-ibu mengandung yang sebenarnya boleh lakukan aktiviti lasak tetapi harus ada panduan yang betul, persiapan awal dan rapi dalam pelbagai sudut.

Apa yang penting mengetahui tahap kecergasan dan kesihatan diri. Usah paksa jika ada masalah kesihatan dan tanya pada yang pakar.

Sumber: SinarPlus

Kredit Foto: Instagram Kama Haidir

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI