Baru-baru ini selebriti cantik ini telah mengumumkan wajah dan nama anak kelimanya di laman media sosial milik peribadinya. Comel sungguh, macam ada lesung pipit di pipi.
Bayi lelaki yang diberi nama Abu Bakr bin Mohd Nazri itu telah dilahirkan pada 15 Mei yang lalu sekali gus merupakan anak ketiga menerusi perkahwinan keduanya bersama pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu.
Sari Yanti dan Jep Sepahtu telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari 2017 dan sebelum ini dikurniakan seorang puteri, Dariya Inara, 3 tahun dan seorang putera, Muhammad Khidir, 1 tahun. Melalui perkahwinan terdahulu, Sari Yanti sudah memiliki dua orang putera, Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.
Sesungguhnya rezeki anak itu bukan kuasa kita untuk menentukannya. Sari Yanti merupakan antara wanita yang paling bertuah kerana dikurniakan rezeki hamil walau sudah membuang salah satu tiub fallopian.
Masih terngiang lagi kata-kata Sari Yanti saat pertemuan kami dahulu ketika mengandungkan Dariya Inara, “Alhamdulillah saya ingatkan susah nak mengandung lagi setelah membuang tiub fallopian sebab tiub fallopian tinggal satu sahaja,” tutur selebriti cantik ini yang terpaksa membuang sebelah tiub fallopian akibat mengandung luar rahim.
Walaupun pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali semasa perkahwinan keduanya ini, namun, kalau sudah rezeki pasti ia menjadi milik pelakon filem aksi perlumbaan kereta, Impak Maksima ini.
Ketika menceritakan keadaanya sewaktu mengandungkan anak kelimanya, “Bagi saya setiap kandungan itu berbeza. Of course, setiap kandungan adalah berbeza sebab kita pun semakin tua bukan semakin muda. Jadi, memanglah terasa agak penat tambahan pula saya memang jaga anak-anak sendiri tanpa pembantu.
Saya memang agak sibuk lagi-lagi Khidir masih kecil lagi. Tapi, alhamdulillah masih sihat dan bertenaga buat kerja rumah dan tak adalah sampai terbaring tak boleh buat kerja rumah. Morning sickness
tu, macam muntah-muntah tu biasalah.Cumanya sebab mungkin kali ini sibuk menguruskan anak-anak terutama Khidir sebab dia kecil lagi. Macam tak sempat nak rasa penat tu sebab sibuk sangat tau tau saja dah bertukar hari,” tutur Sari Yanti yang kelihatan berseri-seri bergelar ibu kepada lima orang cahaya mata.
This website uses cookies.