Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.
Ads
Malah pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Malah lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.
Terbaharu, dilancarkan pula Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ berharga RM25 pada 3 Mac lalu dalam satu majlis glamor bertemakan Timur Tengah di Glam Hall, Damansara dengan sentuhan dekorasi, Mahligai Creative.
Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama dan duta ‘kecil’ jenama inai berkenaan, set ditampilkan akan diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai 6 Mac ini.
“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.
“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga rahmah’ berkenaan.
“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” kata Che Ta.
Ads
Tambah Che Ta lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tak kira status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.
“Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” kata Che Ta.
Ads
Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.
“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua.
“Untuk butiran lanjut boleh ke laman sosial, @Mazaville di platform Instagram dan TikTok,” kata Anas.
Pada acara gilang gemilang penuh mega itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.
Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit. Pada majlis sama, Anas turut mengumumkan kejutan hadiah hari lahir ke 50 tahun 9 Mac ini buat Che Ta berupa tajaan pakej mengerjakan umrah bernilai RM100,000!.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Desas-desus anak kepada bekas Perdana Menteri (PM) iaitu Nina Sabrina bakal berkahwin tidak lama lagi makin hangat diperkatakan. Ini selepas empunya diri memuat naik dan berkongsi gambar terbaharu di media sosial yang memaparkan dirinya mengenakan T-Shirt putih tertera I’m The Bride dan selempang ‘Bride to Be’!
Menerusi perkongsian itu, Nina dikelilingi kenalan rapat yang meraikan dirinya yang akan bergelar isteri sekali lagi.
Bukan itu saja hantaran kakak kepada penyanyi Dafi ini yang menyertakan tanda pagar ‘Goodbye Single Nina’ menguatkan lagi dakwaan mengenai status dirinya.
Kongsi Nina, “I’m beyond blessed to have these ladies in my life. Thank you for a weekend filled with so much love and laughter, I am already missing all the kecoh-ness.
I truly pray that Allah will always keep us close and protect our friendship. I grew up without a sister, so Allah is really kind to have sent them to me. Love you ladies very much. #goodbyesinglenina.”
Terdahulu Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen, Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 namun mengumumkan perpisahan mereka sejak Ogos 2023.
Hasil perkongsian hidup selama hampir sedekad itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Jeanelle Nika Mandagie.
Bagaimana pun kedua-duanya masih bersahabat baik sampai sekarang.
Mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik dan menyihatkan dapat membantu menurunkan tekanan darah. Dengan mengamalkan rutin-rutin harian yang menyihatkan mampu mencegah berlakunya tekanan darah tinggi.
Di samping itu, kebiasaan melakukan perkara-perkara yang menyihatkan juga membantu menurunkan risiko serangan jantung akibat hipertensi yang serius sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada ubat.
Lakukan 5 rutin sihat ini agar tekanan darah anda sentiasa berada di tahap normal.
AKTIF BERGERAK
Bersenam merupakan salah satu cara paling efektif bagi menurunkan tekanan darah. Jangan beri alasan tiada masa kerana bersenam sangat mudah dilakukan. Berjalan kaki di taman atau naik turun tangga sudah cukup untuk mengaktifkan diri anda.
2. KAWAL STRES
Stres berlebihan boleh mengakibatkan pembuluh darah menjadi sempit seterusnya meningkatkan tekanan darah walaupun sekejap. Justeru, kawal stres anda sebaik mungkin. Contohnya dengan bersenam, beriadah dengan rakan-rakan, pergi bercuti atau mengamalkan teknik pernafasan dalam bagi menenangkan fikiran.
3. KURANGKAN BERAT BADAN
Mengurangkan berat badan juga efektif untuk menurunkan tekanan darah. Jika senaman ringan masih tidak cukup untuk mengurangkan berat badan, anda boleh mencuba latihan di gim, berjoging, berbasikal, berenang atau yoga. Bagi anda yang bukan perokok pula, jauhi asap rokok bagi mengelakkan kesan buruknya terhadap kesihatan kerana menjadi perokok pasif.
4. MASAK SENDIRI DI RUMAH
Kebiasaan memasak sendiri di rumah sangat penting jika anda mahu menurunkan tekanan darah. Secara tidak langsung anda dapat memastikan makanan yang dimasak diolah dengan bahan-bahan yang berzat dan berkualiti. Bermula hari ini biasakan memasak di rumah berbanding beli di luar. Anda boleh mencuba resipi-resipi yang mudah dan cepat.
5. BANYAK MAKAN SAYUR & BUAH
Buah dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan serat, vitamin, kalium, antioksidan dan magnesium. Pola makan yang kaya dengan buah dan sayuran dapat membantu menurunkan tekanan darah.
6. BERHENTI MEROKOK
Berhentilah merokok demi mengekalkan tekanan darah normal. Jika anda seorang perokok tegar mulakan langkah untuk berhenti dengan mengurangkan jumlah rokok setiap hari sehinggalah anda berjaya sepenuhnya.
7. LIHAT LABEL MAKANAN
Kurangkan pengambilan makanan bergaram setiap hari. Pastikan anda membaca info pada setiap label makanan sebelum membelinya.
Kredit Foto: www.freepik.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini kita perlu ambil kesempatan untuk memohon keampunan daripada Yang Maha Esa. Ustaz Don kongsi amalan sunnah yang rugi kalau kita tak amalkan. Oleh itu, mari kita amalkannya.
Coretan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ini sememangnya menyentuh hati. Kita hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan.
Ada kala kita mungkin telah melampaui batas dengan imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.
Namun kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya terlalu besar dan sentiasa membuka pintu taubat kepada kita. Sempena Ramadan pada tahun ini marilah kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ustaz Don kongsi tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke manapun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...