Satu-Satunya Jenama Tempatan & ‘Modest’ Kolaborasi Dengan Barbie, Vivy Yusof Cetus Fenomena dUCk Lagi!

Tahniah Vivy Yusof dan team The dUCk Group atas kejayaan menjalin kolaborasi bersama syarikat antarabangsa Mattel menerusi salah satu produk ikonik mereka, Barbie!

Tak dinafikan, koleksi Barbie The Movie X dUCk kali ini mencetus fenomena dalam kalangan peminat karakter popular berkenaan.

Sekaligus membuatkan wanita dan golongan hijabi tak keruan memiliki produk menarik yang ditawarkan.

Ternyata Vivy selaku Pengasas bersama The dUCk Group memahami ‘selera’ pelanggan setia dan bijak memasarkan label mereka ke pasaran dunia. Apatah lagi jenama fesyen ‘modest’ ini kembali menjalin kolaborasi kali ketiganya dengan Barbie.

Foto Koleksi The dUCk Group
Foto Koleksi The dUCk Group
Foto Koleksi The dUCk Group

Lebih istimewa, dUCk satu-satunya jenama fesyen tempatan dan modest di dunia yang diberi peluang menjalin kolaborasi ini dalam menonjolkan sisi gaya hidup sofistikated!

Malah, koleksi kali ini juga mencipta sejarah tersendiri bagi dUCk yang mengambil masa 400 jam atau 50 hari untuk disiapkan.

Sementara itu, Vivy berkata dUCk dipilih sebagai label fesyen modest pertama yang mendapat perhatian Barbie untuk bekerjasama pada tahun 2019.

“Dua kolaborasi sebelum ini menerima sambutan amat baik. Namun kerjasama kali ini lebih mengujakan bersempena tayangan Barbie The Movie.”

Ketua Produk Pengguna Mattel bagi Asia Tenggara, Michelle Wan berkata dUCk memiliki pengaruh luar biasa dan kolaborasi bersama jenama ini cukup dinanti-nantikan.

Koleksi terhad Barbie The Movie X dUCk dihasilkan dalam pelbagai produk antaranya skaf, shopping bag dan Ready-To-Wear (RTW).

Foto Koleksi The dUCk Group
Foto Koleksi The dUCk Group
Foto Koleksi The dUCk Group
Foto Koleksi The dUCk Group

Ia mengambil inspirasi pengembaraan, self discovery dan self love menerusi perincian rekaan yang menampilkan ikon Barbie menarik dan comel.

Himpuan skaf koleksi ini turut terbahagi kepada square dan selendang iaitu Barbie Dreams, Best Day Ever, Hey Blondie, Let’s Beach, The President dan I’m Just Ken yang dilancarkan pada 20 Julai 2023 dalam kuantiti terhad.

Dalam pada itu, dUCk turut menghargai pelanggan setianya yang digelar sebagai ‘dUCkies’  untuk bersama-sama menyaksikan tayangan filem Barbie baru-baru ini.

Semoga kejayaan Vivy Yusof sebagai usahawan terus menyuntik inspirasi kepada golongan wanita dan perniagaan yang diusahakan menembusi pasaran antarabangsa.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/berkotak-kotak-buku-sampai-di-rumah-vivy-yusof-teruja-lancar-buku-sempena-birthday-ke-35/

 

 

Share
Published by
Suzi