Satu-Satunya WANITA Antara 50 Muslim Paling Berpengaruh Dunia, PRESIDEN SINGAPURA Ini Suntik Inspirasi

Selepas menjadi wanita Melayu pertama dilantik sebagai PRESIDEN Singapura kini Halimah Yacob mencipta sejarah apabila berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai antara 50 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia selama lima tahun berturut-turut.

Foto: Instagram @halimahyacob
Foto: Instagram @halimahyacob

Presiden kelapan Singapura ini naik satu tangga daripada 37 ke 36 pada tahun ini berbanding di kedudukan ke-45 sewaktu pertama kali disenaraikan pada tahun 2018 seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian. Kagum sungguh dengan pencapaian wanita yang berusia 67 tahun ini.

Foto: Instagram @halimahyacob
Foto: Instagram @halimahyacob

Ibu kepada lima orang anak ini merupakan Speaker Parlimen Singapura ke-9 bermula sejak Januari 2013 ke Ogos 2017. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.

Halimah Yacob juga merupakan seorang ahli parlimen mewakili Parti Tindakan Rakyat selama 14 tahun bermula dari tahun 2001 ke 2015.

Foto: Instagram @halimahyacob
Foto: Instagram @halimahyacob

Kemuadian, isteri kepada Mohammed Abdullah Alhabshee ini dilantik sebagai Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan dari tahun 2011 hingga ke 2013.

Foto: Instagram @halimahyacob
Foto: Instagram @halimahyacob

Berikut adalah beberapa fakta tentang tugas-tugas presiden.

  • Presiden Singapura adalah Ketua Negara.
  • Sebelum 30 November 1991, Presiden adalah ketua negara dengan peranan sebahagian besar menghadiri upacara-upacara mewakili Singapura. Pada 30 November 1991, Perlembagaan Republik Singapura telah dipinda untuk menjadikan pejabat Presiden sebagai pejabat pilihan dengan kuasa budi bicara yang berkaitan dengan perlindungan rizab negara dan pelantikan kakitangan utama dalam sektor awam dan beberapa syarikat Kerajaan.
  • Secara umum, peranan dan tanggungjawab Presiden boleh dikategorikan seperti berikut:
Perlembagaan
Presiden Singapura bertindak sebagai penjaga berhubung dengan hal-hal tertentu seperti penggunaan rizab negara. Dia tidak mentadbir negara – yang jatuh kepada Perdana Menteri dan anggota kabinet lain yang menjalankan kuasa eksekutif kerajaan dan bertanggungjawab kepada parlimen.
Ceremonial
Kuasa presidensi terletak pada beberapa fungsi upacara. Presiden juga mewakili Singapura pada peringkat tertinggi dan membantu mempromosikan hubungan dua hala dan hubungan rakyat antara Singapura dan negara-negara lain yang baik.
Komuniti
Presiden boleh menggunakan pengaruh kedudukannya untuk menyokong penyebab amal dan sosial. Presiden juga boleh memainkan peranan menyatukan dengan menggalakkan, mengartikulasikan dan mewakili nilai-nilai yang menyatukan rakyat Singapura sebagai sebuah negara.
Foto: Instagram @halimahyacob
Foto: Instagram @halimahyacob
Foto: Instagram @halimahyacob
Semoga lebih ramai wanita yang melakar sejarah demi menyuntik inspirasi kepada wanita lain untuk terus sukses.
Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed