Tahniah Vivy Yusof! Pastinya ramai yang berkongsi rasa bangga apabila usahawan Malaysia meraih kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa.
Lebih manis, pengiktirafan yang diterima Vivy bukan saja mengangkat martabat wanita malah mengubah persepsi masyarakat antarabangsa mengenai wanita Muslim dan berhijab.
Menerima pengiktirafan dalam kategori usahawan, pengasas bersama dan Pengarah Kreatif Kumpulan, FV Group ini tersenarai dalam Business of Fashion (BOF) 500 kerana kejayaannya sebagai salah satu industri ‘modest fashion’ paling berpengaruh di Asia Tenggara.
Lebih membanggakan, namanya turut sebaris dengan usahawan, pereka fesyen dan penggiat industri fesyen serata dunia termasuklah ikon fesyen Itali, Giorgio Armani, aktres terkenal Bollywood Deepika Padukone, Simon Porte Jacquemus dan ramai lagi.
Diraikan dalam BOF Gala sempena Paris Fashion Week Spring/Summer 2023 di Paris pada 1 Oktober lalu, Vivy tampil menawan dalam persalinan pereka fesyen tempatan Rizman Ruzaini.
Seakan tidak percaya dengan pencapaian yang diterima, Vivy berbangga dapat membawa jenama tempatan ke peringkat lebih tinggi.
“Dreaming. I’m dreaming! I’m so proud to represent modest fashion at the BOF gala and even prouder to wear one of Malaysia’s most beloved fashion designers Rizman Ruzaini. Paired it with The dUCk scarf and bag.
Is this even real?! Not only am I on the list this year, BOF also selected me as one of the EIGHT cover stories alongside Giorgio Armani, Jacquemus, Deepika and Emma Grede! I’m still on cloud nine now, let me stay here for a while ok.”
Dari seorang pempengaruh, Vivy terus melakar pelbagai kejayaan saban tahun menjadi modest fashion mogul dan bercita-cita tinggi dalam mempromosikan bisnes serta jenama keluarannya dalam pasaran dunia.
Dalam pada itu, Vivy juga terpilih sebagai penghias muka depan BOF 500 tahun 2022 bersama tujuh individu berjaya lain dan kisah kejayaannya akan dipaparkan mulai 3 Oktober.
BOF 500 mula diperkenalkan pada September 2013 dengan mengangkat 500 individu paling berpengaruh dalam industri fesyen global. Ia terdiri daripada lapan kategori iaitu pereka fesyen, eksekutif, media, retailers, usahawan, the creative class, models and muses
dan catalysts.Di samping kejayaan BOF 500, Vivy turut bakal melancarkan buku sulungnya iaitu The First Decade pada Disember ini yang menceritakan mengenai pengalamannya sepanjang 10 tahun bergelar usahawan.
This website uses cookies.