Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun sama ada orang itu kaya atau miskin tetap akan ada ujiannya. Setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah.
Tidak mungkin orang beriman akan memperoleh pahala dan nikmat syurga tanpa sebarang ujian dan kesusahan. Cuma yang membezakan antara manusia adalah bentuk ujian yang diterima. Mungkin bagi sesetengah orang melihat ujian yang menimpa orang lain itu tidaklah dianggap ujian besar, namun orang yang melalui ujian itu yang lebih mengetahui.
Ads
NONA prihatin terhadap keadaan semasa adik Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau mesra dipanggil Naail, bayi berusia sembilan bulan yang mengalami mengalami masalah Spinal muscular altrophy (SMA) Type 1. SMA merupakan penyakit genetik yang berlaku mutasi pada gen neuron motor survival 1 (SMN1) iaitu protein penting pada saraf tunjang yang berfungsi mengawal otot badan.
Si kecil sukar untuk bernafas atau menelan air liur dengan menggunakan kudratnya sendiri. Malah si kecil juga mudah terdedah dengan risiko jangkitan pada paru-paru.
Menurut ibu Naail, Siti Norraihan Mohd Amin berkata, penderitaan Naail membuatkan dirinya semakin cekal, malah kasih dan sayangnya kepada anak istimewa itu semakin menebal. Berusia 30 tahun, SMA yang merupakan penyakit jarang jumpa itu dikesan oleh pakar selepas usia Naail mencecah empat bulan.
“Naluri seorang ibu, sememangnya amat kuat mengatakan ada yang ‘berlainan’ apabila melihat keadaan Naail. Ketika dia berusia dua bulan, nafas Naail laju, padahal ketika itu dia tidak demam, selesema atau batuk. Tidak sedap hati, saya membawanya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor beritahu ada jangkitan pada paru-paru dan terdapat kahak pekat yang sudah terkumpul lama di situ,” katanya yang menetap di rumah sewa di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Meskipun masalah yang dinyatakan itu sudah berjaya diatasi, namun keadaan Naail masih lagi tidak pulih sepenuhnya. Bahkan, pergerakan pada otot kaki semakin lemah. Ujian genetik melalui sampel darah turut dijalankan bagi mengenal pasti punca penyakit sebenar.
Pada masa sama, pakar sudah memberikan bayangan bahawa simptom yang dialami Naail serupa dengan pesakit SMA. Segala yang diramal menjadi kenyataan. Saat itu, akui Siti Norraihan, beliau sekeluarga sudah reda dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Ads
Naail terpaksa bergantung sepenuhnya dengan mesin pernafasan dan air liur atau kahak perlu disedut secara manual selang tiga jam bagi mengelakkan risiko jangkitan paru-paru daripada berulang.
Mengulas mengenai kos perubatan yang perlu dibiayai, Siti Norraihan mengakui, harga ubat yang diperlukan terlalu mahal.
“Setahu saya, nilainya mencecah lebih kurang RM9 juta hanya untuk satu suntikan sahaja,” katanya.
Ads
Disebabkan tidak mampu menampung kos tersebut, pasangan yang memiliki dua lagi anak yang masih kecil memilih untuk mendapatkan ubat risdiplam berharga RM40,400. Ubat tersebut bagaimanapun, hanya mampu bertahan untuk tempoh satu hingga dua bulan sahaja.
“Memang doktor ada cakap, jangka hayat pesakit SMA paling panjang pun dua tahun. Itupun jika tidak dibantu ubat sokongan yang disarankan. Sebab itu, kami memohon sumbangan ramai untuk membantu mencukupkan kos ubat,” katanya.
Menyedari keadaan Naail yang memerlukan penjagaan yang rapi, Siti Norraihan dan suaminya berusaha menyediakan kemudahan bilik dengan kelengkapan terbaik buat Naail bagi memastikan risiko jangkitan kuman pada paru-paru dapat dielakkan sebaik mungkin.
Jika anda ingin membantu pasangan ini menampung kos pembelian ubat, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 512334355235 atas nama Siti Norraihan Binti Mohd Amin.
Sumber: Sinar Plus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama cantik, sama padan. Bagaikan pinang dibelah dua. Tiba berita gembira tengah malam Jumaat apabila YB Nurul Izzah Anwar mengumumkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Yin Shao Loong.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat, 5 Ogos 2022 berwalikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita tentang perkahwinan kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan suami, seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute dikongsikan sendiri oleh Nurul Izzah di media sosial, sekitar tengah malam tadi.
“Pada petang 5 Ogos, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.” Nurul Izzah
Kredit: Pinography
Untuk rekod Nurul Izzah, 42, yang digelar Puteri Reformasi pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada Mei 2003 namun bercerai pada 2015.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13.
Didoakan semoga perkahwinan Nurul Izzah dan pasangan berkekalan hingga ke Jannah serta mendapat sakinah, mawaddah dan warahmah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“13 November saya ada menghantar rombongan merisik dan bertunang bersama keluarga ke rumah Fazura. Iya, kami sudah bertunang. Tapi tak ada majlis pernikahan.”
Malam 14 November pula hanya diadakan kenduri doa selamat dan bukanlah majlis pernikahan seperti yang digembar-gemburkan,” terang Fattah dalam sebuah majlis sidang media yang diadakan sebentar tadi.
Lakonan watak sebagai pasangan suami isteri dalam drama bersiri popular, Hero Seorang Cinderella ibarat ‘sumpahan’ yang menjadi realiti. Enggan lagi berteka-teki tentang status dirinya dengan Fattah Amin, Nur Fazura Sharifuddin akhirnya mengaku telah bergelar tunangan kepada ‘hero’ drama berkenaan sepuluh hari yang lalu.
Menerusi kenyataan sidang media yang berlangsung jam 6 petang tadi, kedua-duanya kelihatan sudah bersedia menjawab segala pertanyaan daripada rakan-rakan media yang hadir.
Sementara itu, Fazura turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir wartawan yang mengambil gambar serta suasana rumah neneknya hingga tersebar di media sosial. Katanya, ia tidak wajar dan seperti tidak menghormati privasi keluarga mereka.
Fattah dan Fazura dalam pada itu mengakui sedang dalam proses urusan pernikahan dan berharap ia akan berjalan lancar dalam masa terdekat.
Segala urusan berkaitan pernikahan dan resepsi akan dikendalikan oleh syarikat pengurusan masing-masing memandangkan kedua-duanya terikat dengan jadual kerja yang padat.
Ringkasnya, pernikahan mereka akan diadakan dalam masa terdekat. Majlis resepsi pula bakal berlangsung sekitar tahun depan dan dua buah majlis resepsi akan diadakan untuk keluarga dan media, manakala satu lagi untuk para peminat mereka.
Ternyata, desas-desus yang bertiup kencang sejak minggu lalu telah terjawab hari ini. Pelakon Fattah Amin, 27 dan Fazura, 34 bukan berkahwin secara rahsia sebaliknya hanya majlis merisik dan bertunang telah diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga serta kawan-kawan terdekat demi memberi ruang privasi kepada kedua-dua belah pihak.
Fattah dan Fazura sambil ditemani keluarga masing-masing telah berlepas mengerjakan umrah pada 15 November lalu dan selamat tiba di tanah air petang tadi.
Semoga dengan pengakuan ini memberi perkhabaran gembira buat para peminat Fattah Amin dan Fazura yang sentiasa mendoakan pasangan ini menjadi suami isteri yang sah. Jom dengarkan temu bual Nona bersama Fazura tentang jodoh serta ciri-ciri lelaki pilihannya selama ini! Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, baru menginjak usia dua tahun dah ada beg mewah Birkin! Luar biasa pemberian hadiah rapper terkenal Amerika Syarikat, Offset ini sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Kulture Cephus pada 10 Julai lalu. Mana tidaknya, harga pasaran bagi sebuah beg Birkin berkenaan dianggarkan berharga dari USD8,000 atau bersamaan lebih RM34 ribu. Kecil-kecil lagi mampu bergaya dengan barangan mewah. Di Malaysia, yang bekerjaya dan berusia 30 tahun ke atas pun masih ‘berkira-kira’ dan belum tentu mampu memiliki beg tangan ini.
Rata-rata peminat teruja menonton video perkongsian Offset di Instagram dan menyifatkan dia seorang bapa yang penyayang kerana sanggup berbelanja besar untuk anak. Namun, tidak kurang juga yang mengecam pemberian rapper tersebut kerana beranggapan ia sesuatu yang membazir dan tidak diperlukan oleh kanak-kanak yang baru berusia dua tahun. Apatah lagi, segelintir daripada mereka menyatakan nilai beg berkenaan melebihi pendapatan bulanan masyarakat golongan pertengahan.
Bagaimana pun, sebagai ibu kepada Kulture dan isteri Offset… Cardi B yang juga rapper Amerika Syarikat menyokong pemberian suami tercinta. Memetik laporan Insider, Cardi B berkata, “If I’m fly and Daddy’s fly, then so is the kid. If I’m wearing Cha-nay-nay, my kid’s having the same-same, you know what I’m saying? It’s not up to what the kids like. If it was the kids, they’d be outside in diapers. I’m not mad that Daddy bought baby a Birkin. She’s gonna match Mommy.”
Sementara itu, Offset yang memberi hadiah beg Birkin berwarna merah jambu kepada Kulture turut memuatnaik posting berikut. “Late is better then never I Birkin my baby.” Menerusi video yang dikongsikan penyanyi ini kelihatan anak kecil mereka teruja membuka kotak jingga Hermes lebih-lebih lagi apabila mendapati hadiah tersebut ialah warna kegemarannya.
https://www.instagram.com/p/CCr7_g-Byr6/
Dalam video yang dimuatnaik Cardi B di laman Instagramnya, kelihatan majlis sambutan hari lahir yang diadakan pada 11 Julai lalu berlangsung secara besar-besaran dan meriah! Memandangkan situasi seluruh dunia masih terdedah dengan jangkitan Covid-19, pasangan rapper ini tidak ketinggalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengadakan majlis dengan menyediakan kelengkapan seperti mask, sarung tangan, cecair pembasmi kuman selain termometer untuk memeriksa suhu badan.
Apa yang menarik ialah mask yang diberikan kepada tetamu turut tertera nama anaknya, Kulture. Tidak cukup dengan itu, halaman rumah diserikan dengan hiasan belon pelbagai saiz dan warna, photo booth, booth ais krim, cotton candy, candy bar dan bermacam-macam lagi. Malah, terdapat tarikan gelongsor gergasi khas buat anak-anak tetamu untuk bermain.
https://www.instagram.com/p/CCfGG4en0WM/
Pun begitu, Insider turut melaporkan beg tangan Birkin pemberian Offset bukanlah hadiah paling mewah yang pernah diterima Kulture. Pada ulang tahun kelahiran kanak-kanak berkenaan yang pertama, Cardi B telah menghadiahkan seutas rantai leher berlian yang dipercayai bernilai USD100 ribu atau sekitar lebih RM426 ribu!
Erin Malek, seorang selebriti Malaysia yang terkenal dengan bakat lakonan dan kecantikannya, sering menjadi inspirasi ramai wanita dalam menjaga kecantikan kulit.Kini lebih menumpukan perhatian...