Pempengaruh media sosial yang juga selebriti masakan terkenal, Khairul Aming akhirnya tampil bersuara sejak namanya terpalit dengan kontorversi melibatkan pengurusnya yang dikatakan ‘lebih sudu dari kuah’.
Menjengah ke laman Twitter, Khairul Aming mengakui dia terlepas pandang kerana mempercayai sepenuhnya sahabat yang dipertanggungjawabkan sebagai pengurus yang mengatur segala komunikasinya dengan mana-mana pihak yang ingin berurusan.
“Saya personally nak mohon maaf dengan semua pihak yang pernah berurusan dengan pengurus saya sebelum ini.
“Dia adalah sahabat saya dan saya sangat mempercayainya untuk kemdalikan perkara ini tanpa betul-betul crosscheck kualiti kerjanya. Akhirnya ramai yang ada pengalaman buruk dengan dia selama ini,” tulis Khairul Aming.
“Berkenaan isu itu, berikut langkah-langkah ke hadapan untuk penambahbaikan.
“Saya telah memadam semua contact pengurus daripada media sosual. Buat masa ini saya sendiri akan menguruskan segala pertanyaan sehingga ada pengganti baru.
“Buat masa ini saya akan berhenti membuat video untuk klien termasuk produk makanan, restoran atau seminar dan lain-lain. Saya ingin menumpukan terhadap perkara yang saya suka buat sejak tujuh tahun yang lalu iaitu video memasak,”tulisnya.
“Ramai yang nasihatkan saya untuk asingkan persahabatan dengan bisnes dan saya setuju benda ini yang paling sukar sebab saya bermula dari bawah dengan kawan-kawan. Saya akan ambil maklum dan buat tindakan yang perlu.
“Sekali lagi saya mohon maaf keopada semua pihak yang terlibat selama ini. Saya belajar banyak hari ini dan akan cuba pebaiki lagi lain kali. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya.
Kredit Foto: Instagram Khairulaming
This website uses cookies.