“Kembali tidur untuk melanjutkan mimpi, atau bangun tidur untuk mewujudkan mimpi.”

Ads

Itu antara petikan kata-kata jutawan terkenal, Haliza Maysuri yang merupakan pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd. Maksudnya penuh tersirat, usah terus leka dengan apa yang kita ada sekarang.

“Saya Berniaga Nak KAYA Supaya Boleh Bayar Zakat Yang Banyak & Kongsi Manfaat” JUTAWAN Bawal ExclusiveTak dinafikan sejak penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan terhadap ekonomi dunia. Kebanyakan peniaga meluahkan rasa bimbang dan cemas apabila keadaan ini menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Namun sebagai usahawan yang sudah banyak melalui pelbagai cabaran getir terutama ketika mula-mula berniaga, Haliza sentiasa tenang dan positif sepanjang berdepan dengan pandemik ini.

“Saya Berniaga Nak KAYA Supaya Boleh Bayar Zakat Yang Banyak & Kongsi Manfaat” JUTAWAN Bawal ExclusiveKONGSI TIP PERNIAGAAN
Selain gemar berkongsi hobi memasak di Instagram peribadinya, Haliza juga sering berkongsi nasihat dan tip-tip perniagaan khas buat para peniaga di Malaysia. Baru-baru ini Haliza ada menitipkan 8 cara bagaimana untuk bangkit semula dalam perniagaan seterusnya kembali berada di landasan kejayaan.

  1. Harus ada matlamat dan hala tuju syarikat. 5-10 tahun akan datang syarikat harus capai target contohnya dari menyewa kedai kecil, melangkah setapak lagi dengan menyewa butik yang lebih besar dan berterusan dengan membeli bangunan sendiri.
  1. Jangan sesekali ‘merompak’ syarikat sendiri. Contohnya membeli barangan mewah dengan menggunakan duit syarikat. Sebaiknya, jadikan duit itu sebagai modal pusingan perniagaan bagi menjadikannya lebih besar lagi.
  1. Jangan ‘tidur’ terlalu lena dalam perniagaan. Walau sudah selesa sentiasalah tanamkan dalam diri yang perniagaan ini baru saja bermula. Jika terlalu leka dan tidur terlalu lena kita sendiri yang sebenarnya membuka peluang kepada pesaing untuk menguasai pasaran kita.
  1. Sentiasa memahami kehendak pelanggan dan melayan sama rata setiap pelanggan dengan keikhlasan serta kejujuran. Kadang-kadang pelanggan kekal berpuluh tahun dengan kita adalah disebabkan layanan dan keikhlasan kita itu.
  1. Selalu upgrade diri dalam mencari ilmu dan merangka strategi terkini.
  1. Nawaitu kena betul. Niatkan “Saya berniaga demi anak-anak agar mereka hidup selesa, saya berniaga nak kaya supaya boleh bayar zakat yang banyak seterusnya boleh berkongsi manfaat bersama orang lain.”
  1. Hati kena bersih. Jangan dengki dengan perniagaan orang yang lebih hebat. Itu rezeki dia. Rezeki kita Allah dah tetapkan.
  1. Untuk berjaya dan kekal berjaya dalam tempoh yang lama, kita kena suka lihat orang lain bahagia dan berjaya. Kena suka setulus hati. Sokong sungguh-sungguh! Tidak bermuka-muka. Ketika kawan-kawan, adik beradik, kenalan lama, kenalan baru atau mereka yang baru kita kenal sedang meraikan kejayaan, kita support dengan cara kita. Raikan dengan jiwa telus dan tulus. InshaaAllah, kejayaan lebih mudah menghampiri kita.

Pengalaman berniaga di pasar malam serta pernah memiliki gerai kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur telah membina jati diri usahawan Bumiputera berusia 42 tahun ini.

Ads

“Saya Berniaga Nak KAYA Supaya Boleh Bayar Zakat Yang Banyak & Kongsi Manfaat” JUTAWAN Bawal ExclusiveSelama 21 tahun Bawal Exclusive kukuh di pasaran, bukan satu tempoh yang singkat. Pelbagai rintangan diharungi Haliza dan suami, Mohd Rosli Awang demi meletakkan label ekslusifnya itu di tahap gah bukan hanya di Malaysia bahkan luar negara.

“Saya Berniaga Nak KAYA Supaya Boleh Bayar Zakat Yang Banyak & Kongsi Manfaat” JUTAWAN Bawal ExclusiveWalaupun bergelar jutawan namun Haliza sentiasa menjadi seorang yang merendah diri. Ini kerana Haliza mengakui dirinya tidaklah terlalu hebat kerana berpendapat ramai lagi usahawan Malaysia yang lebih hebat darinya.

Ads

“Saya Berniaga Nak KAYA Supaya Boleh Bayar Zakat Yang Banyak & Kongsi Manfaat” JUTAWAN Bawal Exclusive“Inilah saya seadanya, saya tidaklah hebat kerana ramai usahawan Malaysia yang lagi hebat dari saya, tapi saya dewasa dengan pengalaman. Moga pengalaman yang selalu saya kongsikan akan memberi manfaat kepada usahawan baru yang nak bermula, ataupun yang sedang jatuh nak bangkit semula.

“Saya Berniaga Nak KAYA Supaya Boleh Bayar Zakat Yang Banyak & Kongsi Manfaat” JUTAWAN Bawal ExclusiveTeruskan rutin harian bangun seawal pagi kerana anda antara insan terpilih sebagai calon usahawan berjaya dunia akhirat, InshaaAllah.”

Kredit Foto: Instagram @halizamaysuri

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI