ANGELINA JOLIE Buka Mata Dunia Turun Padang Lawat Mangsa Banjir Di Pakistan

Pelakon Hollywood terkenal Angelina Jolie sudah lama diketahui sebagai seorang selebriti yang aktif dalam aktiviti humanitarian atau misi kemanusiaan. Walaupun Anjelina seorang artis berkelas dunia yang sering kali sibuk dengan aktiviti seninya, Angelina Jolie pasti akan turun padang dan memberikan bantuan bagi mereka yang memerlukan.

Terbaru, Angelina yang juga duta khas Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian menarik perhatian antarabangsa apabila turun melawat Pakistan yang kini berhadapan dengan krisis banjir yang teruk. Menurut Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC), dia melawat secara dekat kawasan yang dilanda banjir dan berkomunikasi secara langsung dengan masyarakat yang terkesan.

Kredit foto: ABC News

Kelibat Angelina turut menarik perhatian antarabangsa ketika beliau mengunjungi daerah Dadu di wilayah Sindh pada Selasa, dan bertemu mangsa banjir, lapor saluran televisyen Pakistan.

Lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana banjir itu berikutan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun. Jumlah kematian melepasi 1,550, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, dan kira-kira 13,000 lagi cedera.

Utusan khas kepada Pesuruhjaya Tinggi  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga sanggup menempuh bahaya dengan mengunjungi Dadu di Pakistan, antara lokasi paling teruk dilanda banjir yang telah menenggelamkan satu pertiga kawasan di negara Islam itu.

Angelina tiba di Pakistan pada Selasa untuk membantu penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di negara itu dan melawat kawasan berbeza mangsa yang terjejas.

“Saya benar-benar bersama anda (rakyat Pakistan) dalam mendorong masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan lebih banyak bantuan,” tambahnya.

 

Share
Published by
Wan Firdaus