Ads
Home Berita “Saya Bukan Wanita Sempurna”- DATIN SERI UMIE AIDA Izinkan Suami Kahwin Lagi,...

“Saya Bukan Wanita Sempurna”- DATIN SERI UMIE AIDA Izinkan Suami Kahwin Lagi, Rela Bermadu!

Ads

Seboleh-bolehnya wanita di luar sana akan elak bermati-matian untuk bermadu, tapi tidak bagi pelakon serba boleh Datin Seri Umie Aida yang memberi keizinan kepada suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

 

Ads

“Saya Bukan Wanita Sempurna”- DATIN SERI UMIE AIDA Izinkan Suami Kahwin Lagi, Rela Bermadu!

 

Menerusi satu posting terbaru di laman instagram peribadinya, Umie memuat naik foto berserta kapsyen yang menyatakan kerelaan hati beliau untuk bermadu kerana menganggap dirinya bukan seorang wanita sempurna.

 

“Saya Bukan Wanita Sempurna”- DATIN SERI UMIE AIDA Izinkan Suami Kahwin Lagi, Rela Bermadu!

 

“Pagi ni me (saya) bangun tidur dan bercakap dengan abang (suami), jangan buat perkara tak elok, kalau nak terus kahwin, me izinkan.

Terkejut beruk abang, dia cakap me merepek! Me cakap me bukan isteri yang sempurna. Entah lah kenapa me boleh cakap macam begitu tapi yes, me izinkan dan me nak abang tahu itu”, tulis Umie di laman instagramnya itu.

Ads

“Saya Bukan Wanita Sempurna”- DATIN SERI UMIE AIDA Izinkan Suami Kahwin Lagi, Rela Bermadu!

Rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan perkahwinan beliau bersama suami walaupun diuji dengan pelbagai cubaan seperti masih tidak dikurniakan cahaya mata lagi. Iya lah, Nona faham setiap pasangan suami isteri pastinya menantikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga mereka namun lewat dikurniakan zuriat bukan satu kelemahan tapi ia sebenarnya rezeki yang datang daripada Allah SWT. Semoga Umie dan suami terus sabar menanti kehadiran zuriat dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Umie dilihat sebagai seorang isteri yang sangat setia dan sentiasa berada di sisi suami walau apa pun yang terjadi terhadap suaminya itu. Khairuddin pernah direman selama enam hari berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September 2015 apabila beliau lantang mendesak siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilakukan.

Ads

Selain itu, suaminya itu adalah ahli Umno pertama yang membuat laporan polis dan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu 1MDB selain beberapa laporan lain di luar negara.

Sebelum itu, pada Januari 2015, rumah Khairuddin, yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang di Mont Kiara telah dilelong dan Khairuddin turut dilaporkan telah diiystihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Khairuddin yang merupakan Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Umie dan Khairuddin mendirikan rumah tangga pada Mac 2010 di Mekah. Sehingga kini, pasangan ini masih belum menimang cahaya mata, namun Umie membesarkan dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy.

sumber: astrowani

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI