Penularan pandemik Covid-19 terus menjangkiti orang ramai tanpa kira pangkat, warna kulit mahupun agama. Terbaharu, selebriti cantik Datin Paduka Eina Azman mendedahkan dia disahkan positif wabak itu di samping suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser dan dua pembantu rumah.
Besar ujian yang dihadapi Datin Paduka Eina sepanjang Ogos lepas. Pada 17 Ogos lalu, dia telah menjalani prosedur pembedahan di Hospital Prince Court. Difahamkan Datin Paduka Eina pernah buat biopsy sebanyak 4 kali sejak tahun 2016 hingga sekarang.
Namun sakit yang ditanggung masih tidak hilang dan semalam, 31 Ogos pula dia sekali lagi diduga dengan perkhabaran positif Covid-19.
Datin Paduka Eina selepas jalani pembedahan pada pertengahan Ogos lepas
Kongsi Datin Paduka Eina, “Salam semua. Dukacita saya ingin maklumkan saya, suami dan 2 bibik saya Bik Mega dan Bikna didapati positif Covid-19. Macam nak gugur jantung ni bila dapat result.
Sebab saya selalu buat covid test. Even last week saya dan suami baru saja buat covid test sebelum buat surgery and result yang keluar negatif. Saya tak tahu macam mana dalam seminggu saya boleh kena.
Sedih ya amat bila terpaksa tengok Aubrey dan Karl covid test dengan menangis. Saya memang tak sampai hati tengok. Sementara tunggu result, hati ni risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat Aubrey dan Karl or bibik-bibik? Macam mana nak handle?
Ads
Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana. Tapi alhamdullilah nasib baik Aubrey dan Karl negative dengan kakak saya Wenny Azman.
Sekarang saya dah mula demam panas dan dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas dan oksigen dia turun naik. So every 2 days kami kena pergi hospital untuk jumpa doktor untuk monitor dan X-Ray.”
Lebih sayu, mereka disahkan positif penyakit berjangkit tersebut bersempena ulang tahun perkahwinan ke-7 pada 31 Ogos.
Ads
“Hari ni pula our anniversary jadi pula macam ni. Ya allah memang speechless. Apa pun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati yang terbuka. Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa.
Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya. If anyone yang ada experience dengan Covid tolong share kalau ada apa-apa petua yang boleh kami amalkan.
Anyway Happy Anniversary Sayangku Datuk Paduka Kaiser. Tiada apa yang I minta hanya doa I nak you sihat semula macam biasa. Stay strong we can do this together.”
Ads
Datin Paduka Eina sudah menerima vaksin Covid-19 pada 25 Mei lepas di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
Datin Paduka Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman kini berusia 26 tahun dan bergelar isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser pada 31 Ogos 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Moga Datin Paduka Eina dan seisi keluarga serta pembantu rumah segera sembuh.
Kredit: Instagram Eina Azman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramadan al Mubarak bakal menjelma. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita bakal bertemu dengan bulan penuh keberkatan ini. Namun, kali ini suasananya sangat berbeza kerana buat pertama kali tiada bazar Ramadan dan solat tarawih berjemaah di masjid ekoran lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bermakna, tiada juga jamuan moreh.
Selalunya bazar Ramadan umpama pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman manis yang disediakan untuk berbuka. Ketika ini apa saja yang teringin pasti akan dibeli hanya kerana seharian berpuasa sekaligus mengabaikan amalan makan secara sihat.
Kenapa perlu makan secara sihat sepanjang bulan Ramadan? Ini adalah penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Jika masalah ini berlaku boleh mengganggu tumpuan kita yang sedang berpuasa.
MAKAN SECARA SIHAT
Makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang walaupun di bulan puasa. Semua kumpulan makanan perlu diambil mengikut Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu, ambil air secukupnya sama ada dalam bentuk minuman atau sup.
HIDANGAN SIHAT BERBUKA PUASA
Rata-rata gemar berbuka puasa dengan minuman dan kuih-muih manis. Bagi mengelakkan makan secara berlebihan, ambil makanan ringkas terlebih dulu ketika berbuka puasa. Ini juga mengelakkan ketidakselesaan sistem penghadaman. Mengikut sunnah, lebih afdal mengambil kurma sebagai makanan pertama ketika berbuka. Kurma kaya dengan tenaga dan serat.
Pengambilan makanan pedas dan berempah juga tidak digalakkan ketika berbuka puasa. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan perut di siang hari. Berikut contoh cadangan menu yang bagus diambil sepanjang Ramadan:
BERBUKA
3 biji kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih.
MAKAN MALAM
1½ cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah.
MAKAN LEWAT MALAM (MOREH)
Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.
SAHUR
Amalan bersahur penting semasa berpuasa bagi membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur tidak digalakkan.
Semasa bersahur digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi ketika bersahur.
Pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan. Contoh makanan untuk sahur yang boleh diambil seperti berikut:
SAHUR
1½ cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, ½ cawan sup sayur campur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong dan 1 gelas susu rendah lemak Atau 1 cawan bijirin sarapan dengan ½ gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong
Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya, dalam kerancakan bakal bertanding sebagai calon Ahli Parlimen dalam Pilihan Umum (Pemilu) 2024, Kris Dayanti menerima khabar gembira apabila anak sulungnya Aurel Hermansyah mengesahkan dirinya kini hamil cahaya mata kedua.
Pasangan selebriti tersohor Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah baru-baru ini berkongsi khabar gembira bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Atta dan Aurel yang melangsungkan pernikahan pada 3 April 2021 itu mengumumkan berita gembira itu di akaun media sosial masing-masing minggu lalu. Malah, usia kandungan Aurel kini sudah mencecah usia empat bulan.
Aurel merupakan anak sulung penyanyi dan ahli politik Indonesia, Kris Dayanti hasil perkahwinan petama dengan Anang Hermansyah, sementara Atta pula seorang YouTuber dan usahawan berjaya di negara itu.
Baru-baru ini, Kris Dayanti telah mendaftar untuk mencuba nasib sebagai calon Ahli Parlimen dalam Pilihan Umum (Pemilu) 2024. Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) khususnya mengesahkan 14 selebriti bakal mewakili parti politik itu pada PEMILU 2024.
Aurel dan Atta dikurniakan anak pertama iaitu Ameena Hanna Nur Atta yang lahir pada 22 Februari 2022. Sebelum itu, Aurel juga pernah dilaporkan mengalami keguguran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita pemergian Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad sabtu lalu bukan sahaja dirasai oleh golongan selebriti di tanahair, malah turut mendapat perhatian dari beberapa selebriti di negara jiran, Indonesia. Mana tidaknya, Dnars Skincare baharu sahaja bertapak di Indonesia sejak beberapa bulan yang lalu dan mula mendapat tempat di hati wanita di Indonesia. Empat tahun jangkamasa yang diambil oleh Allahyarhamah Faziani dan pengrusan DNras Skincare untuk memenuhi segala peraturan pentadbiran Indonesia untuk membawa jenama Dnars Skincare ke Indonesia. Awal tahun lalu produk Dnars Indonesia telah mula berada di pasaran di negara jiran itu.
Malah, melalui posting yang dimuat naik oleh pelakon popular Indonesia, Shireen Sungkar yang juga merupakan duta produk Dnars di Indonesia melahirkan rasa terkejut menerima berita kematian Allahyarhamah Faziani Rohban sabtu lalu.
“Kenal ibu owner yang baik MasyaAllah, dia bercerita bagaimana jualan dari tiada apa-apa sampai boleh kaya sekarang.
“Baru berjumpa beberapa hari lalu, beliau menyokong program kita dan beri iftar untuk 2500 peserta dan sepanjang majlis dia beritahu suka program pengajian (agama) begini dan mahu diteruskan.
“Umur tak menjamin sihat kerana Allah yang menentukan ajal. MasyaAllah diambil pun ketika perjalanan menghantar dana untuk tahfiz,” tulisnya di Instagram.
Menurut Shireen lagi, pertemuan dengan Allahyarhamah Faziani ketika keduanya mengikuti sebuah program agama diberi nama Ngariung Yuk yang diadakan di Indonesia ketika Allahyarhamah berkunjung ke sana ditemani suaminya.
Tambah Shireen lagi, Allahyarhamah juga turut menaja iftar untuk 2,500 peserta program keagamaan tersebut dan sempat berbisik padanya perasaan suka dan gembira dapat menghadiri majlis seperti itu. Malah, Allahyarhamah turut melahirkan sokongan terhadap Shireen meneruskan program keagamaan seperti itu.
Pada Sabtu lalu, pengasas Dnars itu meninggal dunia selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand. Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberi sumbangan zakat bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim. Al Fatihah,
Credit: Instagram @shireensungkar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.