Melihat gambar-gambar percutian Syatilla Melvin bersama suami tercinta dan anak lelakinya mengundang rasa cemburu. Keindahan Santorini yang digembar-gemburkan rupanya tidak seperti yang dijangkakan oleh Syatilla apabila berpeluang menjejakkan kaki ke sana baru-baru ini.
“Santorini memang cantik tapi saya tak mungkin repeat ke sana lagi rasanya. Sebab bagi saya tidak ada apa yang best kat sana. Cuma bangunan yang putih itu sahaja yang cantik. Manakala laut di sana 10 kali lebih cantik laut kita. Tidak ada apa yang menarik pun di sana cuma view
dia memang cantik.Masa saya pergi ke sana memang cuaca tengah panas terik. Mungkin ini adalah salah satu faktor yang mengundang rasa tidak selesa. Ambil gambar sekali sudah memadai, saya tidak akan melancong ke sana lagi. Mungkin lepas ini saya pergi ke tempat lain pula.
Percutian impian saya selepas ini adalah Maldives. Maldives adalah pulau yang saya teringin sangat-sangat nak pergi buat masa ini. Kalau nak tahu, saya dengan Sam belum sempat honeymoon lagi. Lepas kahwin Sam sibuk shooting, sampai tidak ada masa untuk berbulan madu. Lepas itu mengandung pula, memang tak boleh pergi travel langsung. Mungkin kami akan berbulan madu ke Maldives, insyaallah,” tutur Syatilla yang ditemui ketika majlis pelancaran Jamu Mutyara milik Tya Ariffin.
Dalam kesibukan Syatilla membesarkan anaknya, Syeriv Shaheizy yang baru berusia setahun tiga bulan itu, rupanya dalam diam dia baharu sahaja mengalami keguguran. “Ketika bercuti di Santorini saya rasa macam ada isi dalam perut tapi sengaja tidak nak check, sebab kalau dah check badan secara automatik akan jadi lemah gemalai.
Nanti bila bercuti tak boleh angkat beg lar tak boleh angkat anak lar, semua benda tak boleh buat nanti. Bila balik Malaysia saya terus check dan memang sah mengandung. Jadi, saya macam biasa buat kerja-kerja rumah dan jaga anak. Syeriv pula sekarang ini tengah ligat. Rumah saya pula dua tingkat dan boleh dikatakan kerja saya kejar dia semata-mata.
Dan mungkin sebab saya penat juga yang menjadi punca saya mengalami keguguran. Setelah usia kandungan berusia 6 minggu saya merasai sakit contraction yang teramat diikuti dengan bleeding. Mungkin ada hikmah, mungkin Syeriv kecil lagi dan perlukan perhatian saya. Memang saya dan Sam nak tambah anak tetapi belum ada rezeki kami,” bicara Syatilla yang sudah mengalami dua kali keguguran. Yang pertama sebelum mengandungkan Syeriv dahulu.
foto kredit: Instagram @samtilla
This website uses cookies.