Program realiti TV, Pencarian Nona Superwoman semakin hampir ke penghujungnya. Cabaran kian sengit menyaksikan enam lagi peserta yang terus ‘berjuang’ demi merebut tempat ke pentas akhir seterusnya bergelar juara.
Ads
Hotel terkemuka bertaraf dunia, Four Seasons Kuala Lumpur menjadi medan pertarungan para peserta Pencarian Nona Superwoman. Apa yang pasti keyakinan dan kemampuan diri setiap peserta masih kekal utuh di hujung perjuangan mereka. Masing-masing berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempamerkan hasil yang terbaik demi menambat hati juri.
Cabaran Episod 7 kali ini ialah ‘Business Strategy – Branding Plan’ yang menguji peserta dalam menghasilkan idea-idea luar biasa untuk pembinaan jenama atau brand identity.
Terdahulu hos Nadia Annuar memperkenalkan panel jemputan yang pakar dalam dunia perniagaan iaitu Sifu Jamal. Peserta diberikan ilmu dan perkongsian tentang penjenamaan produk oleh Sifu Jamal dalam satu sesi workshop.
Seterusnya, cabaran episod kali ini telah diumumkan oleh juri tetap iaitu Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan. Peserta diminta melakukan pembentangan pembinaan jenama dengan menggunakan perkhidmatan sektor-sektor yang diberikan. Awal Ashaari memaklumkan peserta diberikan masa selama satu jam setengah untuk menyiapkan tugasan tersebut manakala untuk sesi pembentangan mereka hanya diberikan masa selama 10 minit.
Hasil penilaian juri, Syu Ramli diumumkan sebagai pemenang dalam cabaran kali ini sekaligus melayakkan dirinya ke pentas akhir. Diikuti Linda Ross, Ayu Omar, Fazs Faozi dan Ana Najia yang turut mara ke peringkat akhir.
Manakala Fazlia Akma berada di kedudukan terendah sekaligus tersingkir.
Ads
“Saya memang dah jangkakan yang saya akan tersingkir kerana performance saya agak merosot. Tetapi alhamdulillah saya sampai ke semi-final. Perancangan selepas ini kembali kepada bisnes kerana saya bakal melancarkan sebuah akademi. Jadi saya akan kembali sibuk dengan bisnes.
Salah satu sebab saya sertai Pencarian Nona Superwoman untuk meningkatkan keyakinan diri. Sebelum ini saya mudah gugup bila bercakap depan orang. Dalam program ini saya banyak belajar tentang keyakinan diri, cara penyampaian, cara bercakap, cara bawa diri, body language dan sebagainya. Pesanan saya buat rakan-rakan yang berjaya ke final tunjukkan yang terbaik dan selamat maju jaya!” komen Fazlia.
Ads
Pencarian Nona Superwoman julung kali diadakan khusus buat usahawan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Matlamat program ini bagi menyuntik inspirasi dan memberi peluang baharu kepada para peserta agar bangkit memajukan empayar perniagaan memandangkan setiap daripada peserta ini memiliki latar belakang bisnes yang berbeza.
Terus setia mengikuti perjuangan peserta Pencarian Nona Superwoman dalam usaha mereka menjadi ahli perniagaan yang berwibawa serta berkarisma.
Pencarian Nona Superwoman bersiaran setiap hari Rabu jam 9 malam di Astro Prima yang dibawakan secara ekslusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta diperkasakan oleh USANITA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Joyah Vegas atau JV sememangnya popular untuk wanita ini. Rata-rata rakyat Malaysia yang ke Las Vegas, Amerika Syarikat pasti akan mengenali anak jati Malaysia asal Pagoh, Johor ini. Nama penuh beliau cukup mudah, Pon Jumat, kedengaran begitu klasik bukan? Namun nama ini ramai yang tidak tahu kerana beliau lebih mesra dengan panggilan Joyah. Mungkin kena dengan personaliti beliau yang gila-gila dan kelakar. Walaupun begitu wanita ini adalah seorang individu yang berwawasan tinggi dan punya pandangan jauh dalam soal mencari rezeki. Ketika pertemuan penulis dengannya tahun lalu di studio kami, saat disolekkan oleh makeup artist, dia seperti tidak biasa. Anak-anaknya yang turut berada di studio teruja melihat wajah ibu mereka setelah di solek. Memang Kak Joyah nampak lain setelah siap disolek! Cantik!
PERMULAAN & PENGAJARAN
Tidak belajar tinggi sehingga ke menara gading, wanita beranak dua ini banyak menjadikan pengalaman hidup sebagi guru utama dalam merencana agenda kehidupan beliau. Baik ketika tinggal di Malaysia mahupun setelah bermastautin ke Amerika Syarikat, beliau sentiasa bersikap positif dan mencuba untuk melakukan yang terbaik. Apabila berpindah ke negara orang pastinya sukar jika kita fikirkan untuk bercampur mesra dengan mereka yang terdiri dari komuniti berlainan. Namun bagi Joyah itu bukanlah halangan, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
“Perkenalan saya dengan suami cukup ringkas, ketika itu di menyewa salah satu apartment saya di Kuala Lumpur, dari hubungan sebagai tuan rumah dan penyewa akhirnya membawa kami ke alam perkahwinan. Ketika itu suami saya bertugas di salah sebuah syarikat di Malaysia. Tahun 1998 saya berpindah ke Delaware, Amerika Syarikat lantaran ekonomi ketika itu yang jatuh merudum. Ketika itu Aishah baru sahaja berusia setahun lebih. Kalau berkata soal kesusahan pula, ia tidak susah langsung. Suami ditempat kan sana kerana mendapat kerja baru, saya pula harus pandai-pandai untuk bergaul dengan jiran tetangga.
Kalau nak tahu orang Delaware bukanlah macam orang kita yang mudah bertegur sapa dan mengambil berat antara satu sama lain. Mereka lebih bersikap individual dan private. Saya mengambil inisiatif memperkenalkan diri kepada mereka, bayangkan dengan semangkuk mi goreng, saya ketuk pintu rumah dan memperkenalkan diri sebagai jiran baru mereka. Alhamdulillah, melalui cara itu saya mula mengumpul kawan dan tahu serba sedikit soal mana hendak membeli barangan murah untuk keperluan rumah dan sebagainya.
Bak kata orang, kalau kita nak tahu tempat terbaik harus rajin bergaul dengan masyarakat tempatan. Namun ada satu insiden yang benar-benar mengubah pendirian saya sebagai seorang yang peramah dengan jiran tetangga. Kalau nak tahu, di Delaware sedikit berbeza dengan Las Vegas kerana di sana mereka semua dari bangsa kulit putih, senang kata memang betul-betul mat salleh. Jadi rasa perkauman itu sedikit sebanyak sebati dalam hidup mereka. Satu ketika kalau tak silap pada tahun 2002 saya tidak dapat menghantar anak saya Aishah ke sekolah kerana tidak tahu memandu dan suami pula terpaksa ke luar kawasan untuk bekerja.
Saya meminta jiran saya untuk menumpangkan Aishah ke sekolah memandangkan anak mereka juga belajar di sekolah yang sama. Bayangkan apa yang dijawab, no! Itu katanya. Memang tersentak sekejap dan saya tersedar yang mereka bersikap perkauman. Apa yang membuatkan saya terasa hati adalah sebelum itu saya sangat bersikap baik kepada mereka. Apa sahaja aktiviti yang dilakukan pasti saya sertai dan menyumbang sedikit sebanyak. Boleh dikatakan apa sahaja yang dilakukan jiran tetangga pasti saya menyokong dengan membeli bagi memberi sumbangan.
Sejak itu saya lebih bersikap tegas dan jika mereka mahu datang menjual barangan ataupun mengutip sumbangan, akan saya tolak. I told them to stop knocking on my door, because you are not willing to help me when I am in need. Namun tidak semua bersikap begitu, ada juga beberapa keluarga yang baik dan hormat dengan saya. Apabila berpindah ke Las Vegas suasananya berbeza, komunitinya lebih rapat mungkin kerana di sini penduduknya banyak terdiri daripada kelompok imigran yang datang dari negara berbeza, jadi masing-masing faham dengan situasi dan banyak membantu antara satu sama lain.”
BISNES
“Selepas melahirkan anak kedua, Sofiah, saya memulakan bisnes pertama dengan menjual perkhidmatan kad telefon. Ketika itu saya diperkenalkan dengan bekas adik ipar suami yang bekerja dengan syarikat pengedar kad telefon. Kalau nak tahu, penggunaan kad telefon ini amat popular di kalangan warga asing kerana yang lebih murah daripada talian biasa. Syarikat itu memberikan keuntungan komisen sebanyak 25 peratus daripada hasil jualan, cukup lumayan bukan. Jadi dalam masa empat bulan saya menghubungi semua agensi Malaysia di Washington, New York, Chicago dan Los Angeles bagi mempromosikan produk ini.
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat mendaftar lebih 2’000 rakyat Malaysia yang menetap di sana sebagai pelanggan. Pada tahun 2004 selepas berpindah ke Las Vegas saya pula bermula dengan perniagaan ‘ticketing & travel agency’. Pada mula-mulanya saya hanya menolong pelajar-pelajar Malaysia di sana. Dari situ mereka mula mencadangkan kepada saya, kenapa saya tidak melakukan kerja ini sendiri daripada menjadi orang tengah. Jadi itulah bermulanya perniagaan ini sehingga kini, mereka semua lebih senang berhubung dengan saya. It is a very straight forward business and I do not required to have a staff.
Kemudiannya pada tahun 2008, harga rumah di Amerika Syarikat mula jatuh dengan teruk dan mengambil kesempatan dari krisis sub prime ini saya memulakan perniagaan bidang hartanah. Bayangkan ketika itu ramai orang hanya meninggalkan rumah mereka begitu sahaja. Dengan menggunakan wang simapanan yang ada, saya mengambil kesempatan dengan membeli rumah-rumah terpakai dan mengubahsuainya dengan baik dan mula menyewakannya.”
TUAH NEGARA ORANG
Kita selalu menyangkakan yang jika bekerja di negara lain seperti Amerika Syarikat ataupun negara-negara maju yang lain pasti memberikan hasil yang lumayan dan juga masa hadapan yang lebih menjamin. Namun wanita berkulit hitam manis ini punya pendapat yang berbeza. “Saya langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Apa yang membuatkan anda boleh berjaya di negara asing kalau di negara sendiri pun tak berjaya nak memajukan diri? Malaysia adalah sebuah negara yang cukup bagus baik dari segi ekonomi ataupun keamanan. Kalau sekadar suka-suka hendak berhijrah baik lupakan sahaja niat itu.
Fokuskan kepada apa yang boleh dilakukan di dalam negara kita sendiri. Namun berbeza pula kalau anda macam saya, ikut suami ataupun tuntutan kerja yang membawa anda ke luar negara. Di Amerika Syarikat contohnya, ramai rakyatnya yang tidak mempunyai pekerjaan bahkan orang gelandangan sangat banyak. Lainlah kalau anda memang orang yang kaya dan punya kapital yang besar, memang mereka alu-alukan untuk anda mulakan perniagaan di sini. Kalau tidak, janganlah berharap besar, seeloknya carilah peluang di negara kita sendiri,” ujar beliau panjang lebar.
Kejayaan wanita ini mencari rezeki dibumi Amerika Syarikat tidak membuatkan dia bongkak mahupun mendabik dada. Sebaliknya ia mengajarnya untuk lebih bersyukur dan selalu membantu orang lain bahkan dia sentiasa membuka ruang rumahnya untuk tetamu.
“Kalau ada orang kita yang datang ke Las Vegas, saya sangat mengalu-alukan kedatangan mereka ke rumah saya. Bahkan ramai juga pelancong tempatan yang memilih untuk menetap di rumah-rumah sewa jangka pendek milik saya kalau mereka ke sana. Maklumlah harga lebih berpatutan berbanding dengan hotel yang mahal. Kalau nak tahu, banyak juga rakyat Malaysia yang ke sana untuk bekerja, saya tidak marah bahkan saya mengalu-alukan mereka di rumah saya. Namun saya memberikan mereka syarat iaitu kalau dalam masa dua bulan mereka tidak mampu memperoleh kerja tetap, saya sarankan untuk mereka pulang semula ke Malaysia.
Takkanlah kita nak halang impian orang, apa yang boleh saya lakukan adalah dengan membantu mereka dari segi tempat tinggal. Orang yang boleh berjaya di negara asing adalah orang yang benar-benar rajin bekerja dan tidak kisah untuk hidup susah, jangan pernah ingat yang lebih senang hendak kaya di negara orang. Pemikiran ini harus dibuang jauh, sebaliknya di negara oranglah kita harus berusaha berlipat kali ganda,” ujar beliau mengakhiri perbualan kami.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Azrinaz Mazhar Hakim merupakan antara personaliti televisyen yang ada aura tersendiri dan mampu tambat hati penonton. Mendengar intonasi suaranya saja boleh membuatkan orang leka dengan penyampaian ibu kepada empat cahaya mata ini.
Memuat naik video ketika menghadiri dialog pada tahun 2016 dan berpeluang mengutarakan pertanyaan kepada bekas pemimpin waktu itu, ternyata perkongsian berkenaan meraih perhatian ramai khususnya followers Azrinaz di media sosial.
Daripada video itu, jelas kedengaran suara Azrinaz yang terang dan tegas tatkala bertanya. Malah wanita berusia 43 tahun ini juga disifatkan seorang yang bijak dan berpengetahuan luas serta berjaya melaksanakan tugas sebagai wartawan penyiaran dengan baik.
“In 2016 I attended a dialogue and given a chance to have a direct question and answer with our prominent leader Tun Daim Zainuddin, our ex finance minister organized by Malaysian Reserve.
When you were a journalist mostly involved with current issues and political assignments, you must be able to know how to feed brilliant answer to the press if you were happen to be approached by the media.”
Meskipun sudah meninggalkan dunia penyiaran dan kewartawanan namun jiwa Azrinaz untuk menyampaikan infomasi kepada umum masih menebal hingga ke hari ini.
Buktinya, menerusi salah satu hantaran yang dibuat sekitar tahun 2018 ketika berkunjung ke Jerusalem. Butiran kisah para anbia dan tempat bersejarah di sana yang disampaikan Azrinaz dalam beberapa video pendek cukup memberi kesan kepada yang menonton.
Tak hairanlah, ramai yang merindui pesona dan intonasi suara Azrinaz menyampaikan berita. Rata-rata peminat turut senada mahu melihat personaliti ini kembali di kaca TV dan mengagumi bakat yang dimiliki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak kacukan Malaysia-Rusia, Dhuhaa Sophea Stumbrys atau nama manjanya Sophea yang pernah tular sekitar beberapa tahun lalu sebagai bayi tercantik di dunia.
Kini, Sophea telah pun berusia enam tahun. Makin cantik dan bijak!
Manakala adiknya, Amiraa Al Imaan Stumbrys yang berusia empat tahun mewarisi kecantikan dan kebijaksanaan kakaknya itu.
Sophea dan Amiraa merupakan anak kepada pasangan, Siti Safuraa Hamzah dan Asadullah Stumbrys.
Ibu mereka berasal dari Besut, Terengganu manakala bapa pula dari Rusia. Mereka sekeluarga kini menetap di Stockholm, Sweden.
Menurut Safuraa, 38, sudah enam tahun mereka sekeluarga menetap di perantauan.
Walau bergelar suri rumah, Safuraa tetap merasa bahagia kerana dapat menguruskan keluarga termasuk melihat dua puteri comelnya itu membesarkan depan mata.
CABARAN MENDIDIK DI PERANTAUAN “Didikan diberikan sepenuhnya buat Sophea dan Amiraa.
“Pada masa sama, kami terapkan ilmu agama di rumah biar seimbang dunia akhirat memandangkan kami menetap di negara yang majoritinya bukan Muslim.
Pastinya ia sangat mencabar,” kongsi Safura kepada Nona.
Pun begitu, Safuraa menjadikan ibu bapanya sebagai inspirasi yang berjaya mendidik anak-anak seramai 9 orang.
“Mereka mengutamakan tanggungjawab dan nilai kekeluargaan agar kami tak berpecah belah.
“Mereka juga mendidik kami saling menghormati dan tak mudah lupa diri. InshaAllah saya juga impikan perkara sama terhadap anak-anak.
“Di sini, kanak-kanak ibarat raja. Ibu bapa tidak boleh terlalu tegas dalam mendidik. Tiada istilah ‘jentik’ untuk mengajar.
“Silap haribulan, pihak jabatan kebajikan kanak-kanak akan masuk campur,” jelasnya.
Namun menurut Safuraa, Sophea dan Amiraa membesar dengan baik selain makin bijak dan cergas.
RANCANG MENETAP DI MALAYSIA Safuraa dan suami sememangnya ada perancangan untuk pulang menetap di Malaysia namun masih lagi dalam perbincangan.
“InsyaAllah suatu hari nanti kami akan pulang menetap di Malaysia pula.”
Kredit Foto: Instagram @ctsafuraa_
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...