“Saya Minum Jus Hijau Setiap Pagi Sebelum Sarapan” Cecah Usia 50an, ARZU DAUD Dedah Rahsia Awet Muda

Selain aktif dengan aktiviti kecergasan, pengasas tudung premium Arzuscraf, Arzu Daud turut mengamalkan jus sayuran sebagai rahsia awet mudanya. Dalam usia 50-an, Arzu bukan sahaja berjaya mengekalkan kulit yang anjal bahkan kekal kurus persis anak dara.

Arzu juga kelihatan cukup bertenaga dan sihat dengan senyuman yang sentiasa terpamer di bibir. Oleh itu, untuk kelihatan awet muda seperti Arzu, apa kata kita praktikkan amalan jus sayuran ini.

Usah bimbang jika anda tidak berpeluang untuk ke pusat kecantikan atau spa buat masa ini. Masih belum terlambat untuk mencuba cara semula jadi ini. Lebih jimat, selamat dan menyihatkan. Amalkan meminum jus ini pada setiap pagi sebelum sarapan.

JUS SAYUR & BUAH BANTU BERSIHKAN KULIT MATI

Bahan-bahan:
Segenggam bayam hijau
1 batang seleri
2 potong mentimun
2 biji epal hijau
¼ biji nanas
1/3 biji limau nipis

Cara Membuat:
Cuci semua bahan dan dipotong kecil-kecil agar mudah hancur semasa dikisar. Perah limau nipis dan ambil airnya. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus serta sebati. Agar lebih segar, tambahkan ais ke dalamnya.

Info Jus
Olahan jus sihat untuk kulit daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar ini mengandungi Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang berperanan penting dalam proses pembersihan sel kulit mati sehingga jerawat pun tidak ‘berani’ tumbuh pada wajah.

JUS KOBIS BANTU ANTI PENUAAN

Bahan-bahan:
4 helai daun kobis saiz sederhana
6 biji lobak merah saiz sederhana

Cara Membuat:
Bersihkan semua bahan kemudian tambahkan sedikit air. Kisar sehingga halus, hidangkan segar.

Info Jus
Kobis mengandungi beta karoten, vitamin C dan selenium yang bermanfaat untuk memperlambatkan proses penuaan serta menjadikan kulit lebih sihat.

JUS LOBAK MERAH BANTU HILANGKAN JERAWAT


Bahan-bahan:
3 biji lobak merah segar
1 biji aprikot
¼ biji tembikai susu

Cara Membuat:
Cuci lobak merah kemudian dipotong kecil. Aprikot dibelah menjadi dua bahagian dan dibuang bijinya. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus dan sebati. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan segera.

Info Jus
Beta karotena pada lobak merah dan tembikai susu akan diubah menjadi vitamin A dalam badan seterusnya bermanfaat bagi menghilangkan sel kulit mati yang boleh menyumbat pori-pori kulit dan menyebabkan noda hitam. Jerawat pun tidak akan tumbuh jika jus ini diamalkan secara rutin.

 

Share
Published by
Amy Mohd