Luar biasa semangat ibu muda bernama Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee ini. Selain terkenal di media sosial, Farah juga merupakan seorang usahawan. Mac lalu, genap usia Farah yang ke-33 dan difahamkan wanita cekal ini menyambut ulang tahun kelahiran di tanah suci Mekah sebelum ‘terbang’ ke United Kingdom untuk majlis graduasi pada 22 Mac lepas. Tahniah!
Sekian lama tertangguh untuk majlis graduasi, akhirnya Farah berjaya menggenggam Master dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom.
Lebih bermakna, ramai insan tersayang hadir meraikan kejayaan Farah. Bukan hanya ibu dan adik-beradik malah kenalan rapat turut meluangkan masa bersama-sama wanita hebat berkenaan.
Tidak hanya berstatus ibu kepada seorang anak perempuan comel, Farah Lee sebenarnya ibu tunggal. Sering berkongsi aktiviti harian dan kata-kata motivasi yang menyuntik semangat buat kaum wanita sepertinya agar kuat menjalani liku kehidupan, Farah juga pengasas perniagaan busana Omma & Esabel.
Dalam kesibukan ‘berperang’ dengan pengajian dan perniagaan, graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Inha, Korea Selatan ini juga tidak alpa terhadap tanggungjawabnya sebagai ibu.
Kecekalan Farah tinggal bersama permata hati, Maream Esabel di bumi UK sepanjang pengajian nyata bukan satu tugas mudah. Satu perkara yang berjaya menguatkan semangatnya untuk terus tabah adalah kerana sikap dan pemikiran anak kelahiran Terengganu ini sendiri yang cukup optimis.
Baginya, walau apa yang berlaku sekalipun hidup tetap diteruskan!
Menzahirkan rasa syukur atas kurniaan rezeki dan rahmat dari Yang Maha Esa, kongsi Farah di Instagram miliknya, “September 2018 – March 2020. Living abroad, single parenting, studying for masters with no scholarships, managing few businesses in Malaysia, personal-shopping in the UK, doing online product endorsements, performing hajj once and umrah twice, travelling to almost 20 countries, involving in humanitarian works.
Yet, it wasn’t me, it wasn’t me at all. It was Him. With God by our side, nothing is impossible. Without God by our side, we are nothing. Alhamdulillah ala kulli hal.”
MashaAllah, sesungguhnya Farah seorang wanita yang berani, sangat berdedikasi dan memiliki personaliti yang menyenangkan. Pada 22 Februari 2013 dia berjaya menamatkan pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Inha University, Korea Selatan dan 22 Mac lepas, dia akhirnya menggenggam Master di University of Leeds, UK.
Di samping memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, Farah sangat berterima kasih kepada ibu tersayang yang tidak jemu-jemu menyokong dirinya untuk menuntut ilmu.
“Yang sentiasa encourage anak-anak untuk hidup berdikari dan kutip pengalaman. Yang sentiasa percaya anak-anak boleh bawa diri dan merantau ke negara orang. Yang sentiasa offer diri untuk bantu ringankan beban anak-anak cucu.
“Buat je Kakcik. Mama tahu Kakcik boleh jaga diri. Pergi lah Kakcik. Mama percaya Kakcik boleh. Allah jaga Kakcik. Jangan risau Mama boleh jaga Maream. Pergi je ambil pengalaman.”
Dari zaman sekolah, walaupun kami susah, Mama siap buat bisnes kecil-kecilan sebab nak support Farah yang suka pergi tuition. In between buat donut apa semua, hantar ambik Farah untuk kelas tambahan.
Musim exam, Mama mesti nonstop solat hajat solat dhuha sepanjang tempoh exam tu. After result SPM, Mama yang encourage untuk further study overseas. Dapat scholarship study Korea, cuma ralat tak dapat bawa Mama datang untuk convo sana sebab masa tu banyak kekangan.
Masa Farah kat UK, Mama sempat datang duduk tiga bulan. Tolong jagakan Maream hantar ambik sekolah semua sebab Farah busy siapkan masters thesis keluar awal pagi, balik lewat malam stay dekat library.
Mama encourage Farah pergi Malawi seminggu lebih untuk my NGO project dekat sana, offer untuk jagakan Maream although Mama pun seorang-seorang kat UK ni. Haritu Mama travel seorang-seorang dengan Maream datang Europe untuk attend convo Farah sebab Farah datang sini terus dari Saudi after my Umrah.
Itulah Mama saya, Shikin Abdullah. Yang disayangi ramai sangat orang, sama ada keluarga mahupun orang luar. Yang sentiasa letakkan kebajikan orang lain dulu, baru dirinya.
I strongly believe, kemudahan dan keberkatan hidup Farah sekarang ni adalah dari doa Mama. Cuma Farah jenis tough buat hal sendiri je jarang sangat nak call even text sembang dengan Mama. Doakan Farah lagi dimurahkan rezeki duit, masa dan ruang untuk pay back what she had sacrificed.”
Biarpun sibuk dengan pengajian, bisnes dan tanggungjawab terhadap anak namun Farah tetap aktif menyertai aktiviti kemanusiaan dan kebajikan.
Semoga segala usaha murni dan kegigihan Farah terus dipermudahkan sekaligus menjadi sumber inspirasi kepada semua wanita.
Kredit: Instagram Farah Lee
This website uses cookies.