“Saya Pernah Terlalu Penat, Stres, Hinggakan Rambut Gugur Teruk!” Natasha Hudson

Perjalanan hidup selebriti ini begitu istimewa. Dia pernah mengutip banyak pengalaman rumah tangga dan melalui evolusi hijrah yang luar biasa. Tapi bagi yang mengenali Natasha Liana Hudson, ibu kepada tiga zuriat itu jujur amat cantik orangnya.

Tinggi lampai dengan seraut wajah kacukan Melayu-Australia, tahap kecantikan Natasha Hudson realitinya setaraf supermodel. Tidak hairanlah wanita berusia 39 tahun itu pernah bergelar model, pelakon dan pengacara yang diminati ramai.

“Walau bagaimanapun sebagai wanita, masalah hormon yang kerap turun naik boleh menjejaskan kecantikan. Saya rasa mungkin disebabkan tekanan, kepenatan dan faktor usia yang kian meningkat, menjadi punca rambut saya keguguran teruk tahun lepas.

Jadi saya buat rawatan PRP untuk melebatkan rambut dan alhamdulilah berkesan. Saya juga rajin amalkan suplemen seperti zink dan biotin untuk menguatkan semula rambut serta kuku. Kulit saya juga semakin sihat,” ujar Natasha yang gemarkan perawatan alternatif.

Semak lebih banyak perkongsian kecantikan Natasha dalam video Bual Cantik di bawah.

PERKEMBANGAN TERKINI

Sejak kebelakangan ini, Natasha Hudson dilihat kembali aktif setelah beberapa tahun menyepi. Akaun Instagramnya juga mula dikemas kini dengan pelbagai content gaya hidup, fesyen dan kecantikan yang bersebati dengan jiwa.

Selain dilantik sebagai duta Crystal C White milik Datin Reena Zach, dia juga banyak membuat review produk skincare dan hijab di media sosial. “To be honest, sebenarnya terlampau banyak yang nak dikongsi.

Saya masih menjalankan bisnes kecil-kecilan berkaitan holistik, seperti essential oils. Pada masa yang sama, kira-kira dua tahun lepas, saya menceburi bidang sukan pula iaitu sukan memanah berkuda.

Saya juga masih dalam fasa belajar tentang equine, tapi secara praktikalnya saya mengajar sebagai coach menunggang kuda di kalangan kanak-kanak dan wanita. Manakala memanah pula adalah sesuatu yang pernah saya lakukan dengan anak-anak dulu.

Semua ini ibarat satu terapi yang menenangkan. Ia banyak membantu memulihkan jiwa saya sebab dua tahun kebelakangan ini, saya menghadapi ujian besar dalam kehidupan,” akhiri Tasha sebak.

Foto: IG @natashahudsonofficial

Share
Published by
Norzalina