Gaya Hidup

“Saya Pun Tak Mampu Layan MAK AYAH Sebaik Dia,” Istimewanya DATUK SERI ALIFF Di Mata Isteri!

Saat ramai yang mencemuh sikap suami, Datin Seri Shahida tenang berdepan tohmahan masyarakat. Tiada apa mampu menghalang rasa cintanya terhadap Datuk Seri Aliff Syukri kerana sepanjang 12 tahun bergelar isteri kepada usahawan berjaya ini, Datin Seri Shahida sudah lali dengan perwatakan suami tercinta yang disifatkan sangat istimewa.

Mendirikan rumah tangga pada usia muda tatkala masing-masing baru meniti usia 20 tahun dan 22 tahun… pasangan romantis ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Ahmad Rayyan, Qadejah El Zahra, Ibrahim Adham dan Yusuf Al-Qardawi bersama seorang lagi anak angkat bernama Ameena. Sering diasak dengan pertanyaan berkaitan pilihan hidupnya itu, Datin Seri Shahida akhirnya membuka rahsia.

Tenang menjawab persoalan ramai, ini jawapan telus Datin Seri Shahida. “Orang selalu tanya macam-macam pada saya kenapa saya kahwin saya boleh hidup dengan Aliff Syukri walaupun dia menjadi kebencian pada masyarakat dan selalu menjadi cemuhan orang… tapi sisi baiknya dia adalah anak yang sangat baik kepada kedua ibu bapanya.

Orang tak faham apa yang Syukri dan Kak Yatie lalui zaman kecil mereka. Sesuatu yang kita sendiri sukar dan tak pernah lalui. Kita masih tinggal dengan mak ayah, walaupun tak senang mana tapi masih ada nikmat berkeluarga.

Mereka susah, dipandang rendah, tak rasa nikmat keluarga dari kecil. Bila dewasa mereka nikmati apa yang mereka tak rasa dulu. Cuba bahagiakan kedua mak ayah tapi dengan cara mereka sendiri. Saya sendiri pun tak mampu buat dan layan apa yang dia buat pada mak ayah dia. Itulah istimewanya dia.”

Bukan mudah bagi seorang anak untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain apabila terpaksa mengharungi fasa penceraian ibu bapa. Namun, sebagai anak… Datuk Seri Aliff Syukri tetap menjalankan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu bapa dengan sebaiknya. Hingga ke akhir hayat bapa tersayang pun, Datuk Seri Aliff tetap setia menemani bapanya, Haji Kamarzaman Haji Kamaludin yang kembali ke rahmatullah pada 26 Februari lalu.

Bercerita tentang perpisahan tersebut, selaku menantu… Datin Seri Shahida turut terkesan dengan kehilangan bapa mentua yang disifatkan seorang yang sangat penyayang. “Rezeki Kak Yatie dan Syukri menjadi orang yang terakhir berjumpa dengannya sebelum dia pergi. Datang sendiri ke sisi anak-anaknya tanpa diberitahu seperti kebiasaan yang dibuat (biasa nak datang akan call

). Seperti tahu dia akan pergi meninggalkan kami semua.”

Tiada seorang pun yang lebih memahami kelebihan dan kekurangan seseorang individu melainkan orang yang sangat rapat dengan mereka misalnya isteri. Nona percaya, sebagai isteri… Datin Seri Shahida lebih mengetahui karakter suami tersayang dan menjadi kewajipan baginya untuk menjaga maruah, nama dan harta Datuk Seri Aliff Syukri dengan sebaik mungkin. Moga bahtera perkahwinan yang dibina terus kekal utuh hingga ke syurga.

 

Kredit: Instagram Datin Seri Shahida

 

Share
Published by
Suzi