Hampir dua minggu di hospital akhirnya pelakon Zara Zya membuat pendedahan mengenai kesihatan dirinya yang didiagnosis fibroid dan ada cyst atau ketumbuhan. Perkongsian Zara tersebut nyata mengejutkan ramai pihak termasuk rakan artis dan peminat.
Biarpun sedang sakit namun pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin 2019 ini tetap tersenyum manis. Bahkan dia turut berkongsi keadaan dirinya sepanjang berada di hospital menerusi media sosial. Kuat semangat Zara!
Khabarnya Zara Zya yang didiagnosis fibroid dan cyst dijadual menjalani pembedahan pada Jumaat, 31 Mei ini.
Ujarnya, “Dengan rendah diri, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi. Sama ada kenal ataupun tidak. Jikalau saya ada menyakiti anda, maafkanlah saya.
Hari Jumaat yang mulia, saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk buang cyst, fibroid dan facet joint injection.
Dah lama saya berkampung di hospital ni hampir dua minggu. Pada awalnya hanya ingin buat check-up
sahaja untuk sakit Arthritis. Tetapi bersangkutan pula dengan masalah Cervical Facet & Lumbar Facet Syndrome.Bukan itu sahaja, saya juga menghidapi Cyst (Bosniak IV) di kidney kiri dan saya juga ada fibroid.
Terima kasih pada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk maafkan saya ye. Ujian ini dari Allah S.W.T dan saya reda dengan semuanya.”
Artikel https://www.nona.my/sembunyi-sakit-sedih-fizikal-dikutuk-jasmin-hamid-dedah-ada-cyst-dibedah/
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin seorang selebriti yang versatil. Bakat lakonannya bukan hanya mendapat perhatian peminat seni malah meraih pengiktirafan dalam industri seni tanah air.
Selain berlakon, Zara juga antara selebriti yang aktif berniaga dan menyertai misi kebajikan dalam usaha meringankan beban masyarakat yang kurang bernasib baik.
Sebelum ini, Zara pernah mengusahakan sebuah restoran iaitu Zara Zya Cooks namun terpaksa ditutup akibat Covid-19.
Semoga Zara Zya diberi kesembuhan segera dan dapat kembali meneruskan kerjaya seni seperti sediakala.
This website uses cookies.