Siapa yang tidak kenal dengan Bella Astillah, isteri tercinta kepada Juara Gegar Vaganza musum ke-8 Aliff Aziz. Kecil molek je orangnya dan yang pastik sangat ramah. Ibu anak 2 ini bertuah kerana dikurniakan fizikal yang kecil molek persis anak dara.
Pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah atau mesra disapa sebagai Bella kini berusia 28 tahun. Bella aktif sebagai pelakon, penyanyi dan usahawan. Bella dan Aliff berkahwin pada tahun 2016 dan mereka dikurniakan sepasang anak iaitu Ayden Adrean (4 tahun) dan Ara Adreanna (2 tahun).
Bella yang ditemui di malam perlancaran De’xandra Celebrity Collections bertemakan ‘Heals the World’ baru-baru ini tampil anggun dalam rona merah lengkap bertudung. Ketika ditanya, adakah Bella sudah bertudung penuh? Ini komen Bella:
“Sebenarnya bila Saya berkolaborasi dengan De’xandra, mereka minta untuk saya pakai selama dalam kerjasama antaranya ketika perlancaran dan promosi. Buat masa ini saya masih belum bertudung sepenuhnya tapi Insha-Allah saya harap sangat dengan doa semua, saya pun selesa berhijab jadi doakan saya bertudung dalam masa terdekat.
Sekarang ini pun saya masih terikat dengan beberapa kontrak termasuk jenama antarabangsa maka ia memakan masa untuk kami berbincang. Apa pun, Insha-Allah mudah mudahan saya bertudung dalam masa yang terdekat. Doakan yang terbaik,” kongsi Bella yang selesa tampil dengan gaya sederhana dan ringkas.
Tampil dengan imej bertudung juga menjadikan wanita kelahiran Sabah ini kelihatan sangat cantik dan manis. Tak nampak seperti ibu anak dua! Rupa-rupanya ini rahsia kekal langsing dan cantik Bella selama ini. Mudah saja dan Bella tak lokek untuk berkongsi.
“Alhamdulillah saya anggap kelebihan itu sebagai satu compliment. Tip tu tiadalah banyak sangat. Apa yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri ialah pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan stress. Kena jaga diri kita sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama.
Seterusnya ialah sentiasa menjaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala sahaja. Kemudian, sebolehnya rancang masa berkualiti kita bersama keluarga.
Boleh lakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama. Amalkan juga banyak minum air kosong kerana ia satu-satunya air yang menyihatkan untuk diminum. Kurangkan air yang bergula atau bersoda. Paling mustahak ialah jangan stres-stres.
SUMBER KEKUATAN
Pemilihan Bella sebagai wajah De’xandra Celebrity Collections adalah sangat tepat bersesuaian dengan kisah inspirasinya sebagai seorang wanita cekal. Merah adalah lambang kekuatan dan keberanian.
“Saya nak tekankan di sini, kalau kita berdiri seorang diri I don’t think we cant make it
. Saya bersyukur kerana di sekeliling saya ramai hadir orang-orang yang baik terutana Mama dan Ayah.
Tak lupa suami tersayang dan rakan-rakan terdekat yang sentiasa memberi sokongan moral kepada saya. Penting dengan adanya orang-orang penting ini untuk memberikan kita semangat untuk buat sesuatu yang lebih baik.
Buat mereka di luar sana, sibuk macam mana pun try to call. Kalau tak dapat berjumpa pun sekurang-kurangnya call tanya khabar. Tak susah pun. Ia membuatkan kita atau mereka dihargai dan dalam ingatan mereka. Kita juga akan merasa gembira. Jadi sama-samalah kita praktikkannya sama-sama.”
Kredit Foto: Instagram Bella Astillah