Gaya Hidup

“Saya Suka Yang Berusaha Lebih,” Raline Shah Terpikat Dengan Lelaki Aktif & Kelakar!

Raline Shah bukan hanya terkenal dan berjaya malah cantik orangnya. Melihat selebriti Indonesia ini masih bujang pada usia meniti 39 tahun membuatkan peminat setia tertanya-tanya mengapa figura ini masih belum berkahwin. Sedangkan dia mempunyai pakej lengkap dan menjadi dambaan golongan lelaki.

Enggan terburu-buru mencari jejaka yang terbaik buat dirinya, Raline dalam temu bual bersama Nona mengakui sudah lali apabila sering diaju pertanyaan mengenai perkahwinan.

“Kenapa belum kahwin? Itu soalan paling panas. Macam mereka jealous. Macam tak boleh tengok orang senang. Let me be! Ramai bernikah itu merana. Ia bukan wedding ring tapi sufferring,” selorohnya.

Kredit Instagram @ralineshah
Koleksi Foto Majalah Nona

Tambah anak kepada diplomat Indonesia ini lagi, “Banyak harus difikirkan dan dipersiap secara mental serta harus ada education

sebelum bernikah. Supaya sebelum apa yang terjadi kita ada pegangan.”

Artikel berkaitan https://www.nona.my/pernah-tinggal-di-johor-datuk-lahir-di-malaysia-raline-shah-bangga-ada-keturunan-melayu/

Ditanya adakah dia sudah mempunyai kekasih hati, ini jawapan jujur Raline. “Ada. Saya selalu suka dengan pengusaha, yang berusaha lebih. Antara ciri-cirinya ialah yang boleh buat saya gelak dan ketawa, orang yang ada integriti, jujur, tulus, tinggi, kacak dan aktif.

Kalau di pasar, kita cari sayur paling fresh kan? Takkan bila cari suami, tak cari yang paling fresh dan paling kita suka. Jangan pilih yang layu, tidak bersemangat,” dedahnya dengan tawa berderai.

Barangkali status Raline yang memiliki latar belakang keluarga kaya-raya membuatkan ada di antara lelaki yang tidak berani mendekati jelitawan ini. Mengulas perihal keluarga, Raline bersyukur dikurniakan rezeki daripada Yang Maha Esa.

Kredit Instagram @ralineshah
Kredit Instagram @ralineshah
Kredit Instagram @ralineshah

“Alhamdulillah, selalu ada rezeki dan bila ada yang cakap di rumah saya macam zoo ini sebab ayah saya ‘kepala’ zoo di Indonesia. It’s a kind of association. Saya juga berpeluang jumpa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Zoo Negara pada 27 Januari lalu.”

Di sebalik keayuan wajah Raline, siapa sangka wanita ini seorang yang aktif dan gemar dengan aktiviti lasak. Pada Mac 2020 Raline berjaya menawan puncak Gunung Kilimanjaro.

Dalam nada teruja, dia berkongsi kenangan indah mendaki puncak gunung tersebut kira-kira empat tahun lalu. “Training tak banyak sangat tapi saya lebih fokus kepada kekuatan mental. Saya seorang yang sangat curios dan suka adventure.

Kredit Instagram @ralineshah
Kredit Instagram @ralineshah
Kredit Instagram @ralineshah

Saya faham yang hidup ni hanya sekali dan kita berakhir di tempat yang sama. Jadi kenapa tidak kita mengembangkan kesempatan yang kita boleh lakukan sekarang ke arah yang baik dan menggembirakan. Bila kita bahagia, kita boleh mengerjakan apa saja dengan mudah.”

Bercerita tentang rejim kecantikan, ini petua amalan Raline. “Kalau kita sihat dan bahagia, cantik itu bonus datang semula jadi. Tapi kenalah tidur dan makan dengan teratur. Makan banyak buah dan sayur, positif dan ada good friend.

Di Bali ada 3 centre detox dengan infusion clinic. Detox menggunakan jamu dan ubatan herba dari Indonesia dan juga tanaman buah-buahan Yayasan Bali Sihat International (BSI).

Kredit Instagram @ralineshah
Kredit Instagram @ralineshah

Itu antara my biggest passion kalau saya tak berlakon lagi, saya nak teruskan usaha ini dan bangunkan serta belajar lagi tentang healing. Ia tak perlukan banyak ubat tapi tahu punca penyakit kita.

Saya minum jamu quite regularly, jus sayur setiap hari dan jamu kunyit. Di Indonesia kita ada banyak jamu dikenali sebagai Pharmacopeia ia ibarat farmasi yang kita dapat dari hutan atau yang ditanam.

Itu yang saya ingin hidupkan Pharmacopeia ini supaya manusia lebih sihat dan murah nak jadi sihat. Tak perlukan banyak wang sebaliknya dispilin dan ada pengetahuan malah ia juga available for all.”

 

 

Share
Published by
Suzi