“Saya Tak Berani Baca Takut Emosi Terganggu,” MAWAR KARIM Akui Elak Baca Komen Netizen!

Selepas mengharungi bermacam-macam dugaan sepanjang bergelar bekas isteri kepada selebriti, Mawar Abdul Karim akhirnya mengaku dia memilih untuk tidak membaca komen netizen di media sosial selepas rumah tangga yang dibina bersama Fizo Omar terputus di tengah jalan. Enggan menyalahkan mana-mana pihak dan menyedari kesilapan sendiri, Mawar lebih selesa mengambil pendekatan untuk move on dan kembali bangkit dengan caranya sendiri.

Berpeluang bertentang mata dengan usahawan Fareeda ini ketika sesi fotografi, Mawar dalam nada tenang menjelaskan apa yang dilaluinya hari ini adalah pengalaman hidup yang cukup berharga dan menjadikan dia seorang wanita yang lebih matang. “Setiap pasangan pun akan ada melalui fasa tertentu. Saya cakap random

. Tak ada niat jatuhkan sesiapa sebab baik saya mahupun Fizo tak pernah jaja cerita peribadi kami di media sosial.

Sejujurnya, saya tak berani baca komen-komen di media sosial sebab takut emosi terganggu… tak boleh kerja. Jadi untuk saya move on, saya pilih untuk jangan baca. Apa yang saya lalui, saya kena positif bahkan saya ada minta rujukan daripada Prof Muhaya, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Datuk Mashitah.”

Ditanya apa nasihat yang ingin disampaikan kepada wanita yang senasib dengannya, ujar Mawar… “Macam saya, kekuatan tu saya dapat melalui Allah. Saya kena minta dan mohon dengan Allah. Saya tahu saya ada kelemahan. Sebagai orang berniaga, saya tak boleh tunjuk wajah sedih. Kita kena pandang ke hadapan dan hadapi semua ini. Saya tak nak anak membesar dengan kasih sayang berkurang.

Perempuan kena sentiasa kuat. Tak dinafikan ada masanya pun kita lemah tapi jangan tunjuk dekat orang. Senyum sentiasa… senyumkan sedekah. Satu hari nanti saya kena cerita benda yang betul tentang apa yang berlaku kepada Maryam. Walau apa pun, saya akan pastikan kasih sayang kami sebagai bapa dan mak kepada Maryam tak berkurang.”

Tambahnya lagi, “Saya tak tunjuk (sedih) dekat orang. Family sendiri pun tidak. Maryamlah bahu untuk saya menangis. Memang dekat Maryam je. Sejak dalam perut hingga keluar. Kiranya dia ‘handbag’ saya. Sedih tu memang masih ada tapi kita tak boleh tunjuk dekat orang.

Ustaz Ebit Lew pun kata, menangislah kalau sedih sebab ia bagus. Hal yang berlaku buat kita mahu dekatkan diri dengan Tuhan. Iyalah, kalau kita diuji dengan kesenangan kadang-kadang kita ni pun lupa pada Dia. Jadi minta lah edkat dia, mengadu dan cakap dengan Dia.

Mengakui belum terfikir tentang pengganti… Mawar sambil tertawa berkata dia agak fobia untuk berkahwin buat masa ini. Melihat susuk tubuh Mawar dan raut wajah yang makin berseri, ibu muda ini tanpa berselindung berkongsi petua kecantikan yang diamalkan.

“Sebelum dan selepas mengandung serta setelah melahirkan… saya amalkan pengambilan vitamin C dan Omega 3. Dari dulu sampai sekarang, inilah yang saya ambil tak ada petua tradisi atau tip lain. Yang penting, walau apa pun kena sentiasa senyum. Senyum pun kena ikhlas. Begitu juga apa yang kita buat semuanya mesti ikhlas.”

 

Share
Published by
Suzi