“Saya Tak Pernah Minta Itu & Ini,” NEELOFA Terharu Suami Hadiahkan Gelang Tangan Sempena Birthday!

10 Februari merupakan ulang tahun kelahiran selebriti dan juga usahawan, Noor Neelofa Mohd Nor. Dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Kelantan, nama Neelofa cukup gah bukan hanya dalam industri perniagaan dan seni. Bahkan dia juga menjadi ikon fesyen.

Walau kini tampil dengan berniqab, aura dan gaya Neelofa masih menjadi ikutan. Lebih istimewa, dia tetap menjadi pilihan jenama-jenama mewah untuk menggayakan koleksi terkini.

Baca https://www.nona.my/she-another-level-tetap-diundang-walau-berniqab-bertudung-litup-penampilan-neelofa-di-majlis-fesyen-raih-perhatian-ramai/

Kredit Instagram @neelofa
Kredit Instagram @neelofa
Kredit Instagram @neelofa

Bersempena ulang tahun kelahiran ke-34, Neelofa yang merupakan isteri kepada Haris Ismail menitipkan rasa syukur atas perkahwinannya bersama lelaki pilihan tersebut.

Kongsi Neelofa, “Jazakallah Khair buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.

Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dgn izin Allah.

Baca https://www.nona.my/baru-7-syawal-neelofa-terkejut-rezeki-muhammad-bilal-dapat-duit-raya-rm14020/

Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku.

Kredit Instagram @neelofa
Kredit Instagram @neelofa
Kredit Instagram @neelofa
Kredit Instagram @neelofa

Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita.”

Neelofa sah bergelar isteri Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal.

Share
Published by
Suzi