Ingat lagi dengan penyanyi cantik bersuara lunak era 90an, Azie Mustapha? Suatu ketika dulu terkenal dengan lagu Pelamin Anganku Musnah dan Kau Tetap Dalam Anganku.
Baru-baru ini, genaplah usia penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini yang ke-46 tahun. Walaupun dah mencecah pertengahan 40an tetapi ibu kepada tiga orang anak ini masih kekal menawan dan awet muda!
Tak nampak langsung kedutan, flawless je. Patutlah wanita Sarawak cantik-cantik, kan?
Tiga anak-anak Azie berusia antara 22, 19 dan 13 tahun.
Tulis Azie atau nama sebenarnya Roeziah Mustapha di ruangan kapsyen Instagramnya: –
“Alhamdulilah… Di hari baik bulan baik..semoga Allah ampunkan dosaku, jika diizinkan panjangkan umurku untuk bersama-sama suami dan anak-anakku serta keluargaku tercinta.”
Azie turut berterima kasih kepada ibu tercinta yang telah melahirkannya.
“Terima kasih Mak yang dah melahirkan ku…”
Tidak dilupakan ucapan terima kasih Azie buat semua yang mendoakan dan memberi ucapan hari lahir buatnya di Facebook.
“Hati sebak terima kasih juak… kepada semua, adik kakak, ipar biras, sanak saudara dan teman-teman di fb atas doa-doa dan ucapan hari lahirku.
“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT, aamin.
“Sekali lagi, buat suami dan anak-anak terima kasih kerana telah merancang makan malam ini. Really appreciate.. Love you all”.
Memetik perkongsian Azie kepada Majalah Nona tentang rahsia kecantikannya: –
“Saya mengamalkan suplemen dan vitamin, serta minum air kosong secukupnya. Tidur kena cukup, makan minum kena jaga lebih-lebih lagi kalau dah berusia 35 tahun ke atas. Penyakit mudah nak ‘datang’.
“Saya juga jaga waktu makan. Paling penting sarapan jangan skip. Kalau tak makan tengah hari sekalipun sekurang-kurangnya dah bersarapan kerana ia membekalkan tenaga.
“Sebagai suri rumah nak kena bekerja sepanjang hari. Kerja mesti selesai semuanya. Saya pula berbisnes jadi perlukan tenaga yang cukup.
Saya sentiasa berdoa agar diberi kesihatan yang baik,” kongsi Azie yang kini rancak mengusahakan bisnes makanannya sendiri.Semoga Azie kekal sukses, cantik, sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Azie Mustapha
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.