
Majlis Anugerah Sukan Negara 2022 berlangsung dalam suasana meriah pada malam tadi bertempat di Dorsett Grand Hotel Subang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abduah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan berangkat ke majlis berprestij itu.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Adam Adli.
Memetik laporan Bernama, atlet yang baru dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2022 Ng Joe Ee percaya pengiktrafan diterimanya dapat membantu melonjakkan semangatnya untuk bekerja lebih keras bagi melayakkan diri untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Atlet gimrama ini terus bertekad untuk gigih berusaha bagi menjadikan impiannya bersaing di pentas dunia menjadi kenyataan.
“Anugerah ini benar-benar memberi motivasi kepada saya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024,” katanya kepada pemberita ketika ditemui usai majlis Anugerah Sukan Negara 202 (ASN 2022).

Menurut pemenang pingat emas Sukan Komanwel ini, beliau memberi fokus kepada usahaa untuk menyesuaikan diri dengan rutin baharu yang memerlukan beliau meningkatkan tempo pergerakan di lantai.
“Rutin baharu ini berbeza sama sekali dengan tahun lepas. Ia lebih pantas, terutama sekali dalam disiplin reben,” katanya.

Bagaimanapun, atlet berusia 17 tahun ini berkata perubahan berkenaan memberi kesan terhadap prestasinya apabila beliau hanya menduduki tempat ke-12 dalam final keseluruhan pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2023 di Manila baru-baru ini.
Sementara itu, Joe Ee mengaku beliau amat terkejut selepas diumumkan sebagai penerima anugerah Olahragawati Kebangsaan.

“Saya amat terperanjat apabila nama diumumkan sebagai Olahragawati dan terus peluk ibu sebelum naik ke pentas. Pada mulanya saya jangka atlet terjun, Datuk Pandelela Rinong atau Nur Dhabitah Sabri yang akan menerima anugerah ini,” katanya.
Menjengah ke Instagram peribadinya, Ng Joe Ee turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak-pihak yang banyak membantu dan menyokongnya selama ini.

“I would like to give special thanks to MSN, my coach ms Yulia Ivanova, my Ballet coach Mr Ildar, ms Lana and ms low.
“I believe without their teaching and help, I would not have been able to get this ANUGERAH OLAHRAGAWATI.
“Also want to thank the people around me who have always supported me. BLESSED”

Tahniah buat semua penerima anugerah. Semoga terus sukses dan mengharumkan Malaysia pada masa akan datang.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



Jadi prinsip utamanya ialah homework. Seterusnya, jaga kewangan betul-betul. Jangan berniaga syok sendiri. Orang lain buat marketing besar-besaran mungkin dia ada duit. Mungkin juga dia dapat support dari keluarga. Namun, saya selalu tegaskan kalau boleh jangan berhutang untuk buat bisnes.
Bila tiada keberkatan dalam mencari rezeki susah hendak berjaya tidak kiralah bisnes atau kehidupan. Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Usaha itu yang penting walau berapa pun jumlah yang hendak dibayar.
Ketika hendak memulakan bisnes Leesa Formula, saya memerlukan RM200 ribu. Apa yang saya buat ialah menjual 2 buah kereta milik saya. Lepas jual kereta saya dapat kumpul RM150 ribu. Lagi RM50 ribu daripada simpanan sendiri. Jadi saya memulakan bisnes tanpa sebarang hutang.

Apa yang nak saya tekankan ialah keberkatan dalam bisnes terutama menggunakan wang daripada hak orang lain saya melihat keberkatan itu sampai ke hari ini. Sampailah saya nak bersara sebab bisnes saya dah banyak cabaran. Ketika itu saya agak risau kerana ada komitmen anak sedang belajar di luar negara, hartanah yang perlu dibayar tetapi bila bersara sejak 6 tahun lalu Allah SWT mengatur hidup saya sangat baik.
Tapi bila saya kaji semula rupanya tanah di situ ada masalah dari segi struktur dan saya rasa dah terlalu banyak melabur di situ akhirnya saya membatalnya. Kemudian Allah SWT beri saya tanah di Janda Baik, Pahang sebanyak 2 ekar. Kebetulan masa tu saya patut beli satu lagi tanah di Batang Kali. Saya ajak seorang kawan yang merupakan rakan sekolah saya memandangkan saya tak mampu dari segi harga dan satu lagi kawasan tu besar.
Maka prinsip saya, selain jangan ambil hak orang kita juga mesti jujur dan ikhlas. Kita jangan tamak bila Allah SWT berikan sesuatu. Jangan pentingkan diri sendiri. Sebagai menghargai saya sanggup bersusah payah dengan kawan yang sentiasa bersama di kala saya susah mahupun senang. Bila Allah SWT memberikan sesuatu yang sangat baik saya tak mahu lupakan dia.










