Pelakon dan penyanyi, Elyana berkongsi rahsia tentang kisah perkahwinannya bersama suami, Khairul Anuar Husin di laman Instagramnya.
Baru-baru ini, sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12, Elyana mengakui bahawa dia memang sudah lama menyimpan hasrat untuk memasuki alam rumah tangga di usia yang muda. Oleh kerana itu, dia mengikat tali perkahwinan bersama suaminya ketika dia berumur 23 tahun.
Tidak memandang usia sebagai penghalang untuk diri penyanyi Kalis Rindu ini membina mahligai cinta, Elyana turut menyatakan bahawa dia yang melamar suaminya dahulu. Tolak ketepi soal ‘perigi cari timba’, Elyana yakin dengan pendiriannya untuk berkahwin di usia yang muda.
View this post on Instagram
Saya kahwin umur 23 tahun. Memang dari dulu nak kahwin awal..siap pasang niat, siapa je jadi ‘boyfriend’ saya, saya nak kahwin. Sebab tu saya yang melamar ‘boyfriend’ masa tu! Lantak la orang kata perigi cari timba ke..janji nak kahwin! Hidup kita, kita yang corak.
Hantaran yang mendapat lebih 18 ribu tanda suka itu mencuri tumpuan netizen dan ramai yang memberi maklum balas positif mengenai perkongsian itu. Ada yang menyifatkan bahawa ia berkaitan dengan hal rezeki dan jodoh dapat berkahwin awal malah ada juga yang berkongsi kisah percintaan yang sama dan menolak istilah ‘perigi cari timba’.
View this post on Instagram
Pelakon yang popular dengan drama bersiri Dunia Baru ini turut memuat naik beberapa foto momen perkahwinannya bersama suami yang selamat diijabkabulkan pada 19 November 2020.
Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 35, pernah menghidapi kanser limfoma. Selepas 11 tahun bertahan dan terus berjuang, akhirnya pada Disember 2021, Elyana berkongsi berita gembira dimana kansernya sudah hilang dan dirinya kembali sembuh. Bagi Elyana sendiri, biarpun ia merupakan titik hitam dalam hidupnya, namun pengalaman memberikannya semangat untuk menjadi versi dirinya yang lebih kuat.
Sumber gambar: Instagram Elyana