Rasa rindu pada yang telah tiada sukar diungkap dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi rindu seorang ibu kepada anaknya. 7 tahun telah berlalu namun rindu Linda Rafar terhadap anak tersayangnya, Rezaimen Kiflin Kifli yang ‘pergi’ sekitar tahun 2014 akibat penyakit kanser perut terus mengalir.
“Ya Allah, saya menangis lagi ni,” tutur Linda Rafar saat ditanya tentang rasa rindu tehadap anak tersayangnya yang mesra disapa Memen itu. Walaupun penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan Elite ini reda dan positif apabila anaknya ‘dijemput’ lebih awal darinya tetapi kadang-kadang naluri keibuannya terusik.
Memen merupakan anak kedua Linda Rafar hasil perkahwinan pertama bersama bekas suaminya, Keifli Othman. “Sayangi Anak, Kita Tak Tahu Siapa Pergi Dulu,” kata Linda Rafar. Linda turut berkongsi bakal melancarkan novel keduanya, Menunggumu Di Pintu Syurga 2 dam tempoh dua minggu lagi.
Sebelum ini, novel hasil luahan perasaan tentang Memen, Menunggumu Di Pintu Syurga, telah mendapat sambutan dan terjual lebih 150,000 naskah. Bercerita tentang hasil tulisan keduanya, “Novel kedua ini lebih terperinci dan lebih banyak cerita dalam diari Memen yang saya jumpa serta berkisar tentang mimpi,” ulas Linda Rafar ringkas dan boleh menghubungi Linda Rafar
untuk mendapatkan naskhah tersebut.Bercerita tentang kelainan yang berlaku pada anaknya sebelum pemergiannya,”Ada sebuah charity yang sering memberi hadiah buat para pesakit. Setiap katil dia akan tanya nak apa. Mereka akan datang setiap Khamis untuk hiburkan kanak-kanak di wad.
Tapi Memen akan ambil present semua yang underage. Dia akan ambil playdoh, lego. Dia ambil dan simpan belakang katil dia. Saya hairan dan tanya kenapa, dia hanya jawab sebab nak lego dan simpan.
Hari dia nak ‘pergi’ tu, dia panggil adik-beradik dia datang, dia bagi wasiat dan serahkan barang-barang yang dia simpan kepada adik-adiknya,” cerita Linda lagi.
Membeli-belah di hujung jari.
This website uses cookies.