The most fashionable couple! Itulah gelaran paling tepat yang dapat diberikan buat pasangan serasi, Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Setiap kali tampil di khalayak, penampilan pasangan selebriti popular ini tak pernah mengecewakan sekaligus menyerlahkan fashion statement mereka yang tersendiri.
“Sudah 16 tahun saya berada dalam industri seni. Karier bermula sebagai seorang model selepas saya memenangi sebuah rancangan model search sekitar tahun 2004. Kemudian saya aktif sebagai model komersil termasuk untuk catwalk.
“Setelah itu barulah saya berjinak-jinak dengan audition antaranya Akademi Fantasia dan Malaysian Idol. Bila makin dikenali itulah stepping stone dalam karier saya. Mulanya hajat hendak jadi penyanyi tetapi bidang pengacaraan nampaknya menjadi sumber rezeki saya sekarang, alhamdulillah.”
BAPA SUPERHERO SEBENAR
“Lelaki yang menjadi superhero dalam hidup saya ialah bapa, Ashaari Haji Ahmad. Beliau seorang yang tegas. Walau seorang pesara askar tetapi bapa tidak pernah angkat tangan mahupun tengking anak-anak.
“Itu yang membuatkan kami lebih hormat, taat dan takut dengannya. Beliau tidak pernah menggunakan kuasa sebagai ketua keluarga dengan cara kekerasan,” ungkap penerima Nona Men’s Style Icon Award ini.”
“Ketika baru-baru dikenali dan kebetulan baru juga mengenali Scha kami pernah melalui pengalaman pahit yang menjadi liputan meluas media ketika dulu. Dunia jadi gelap seketika kerana semua orang bercakap tentang itu walaupun tuduhan diberikan tidak berasas.
“Apa yang saya belajar dari pengalaman itu, bila kita di atas ramai yang akan suka dan sanjung. Tetapi bila kita buat silap sikit atau the moment kita nak jatuh tiada seorang pun yang nak tolong kita.
“Ia satu pengajaran yang sangat besar yang menjadi turning point bagi saya. Saya bangkit semula, bina kembali nama dan lebih berwaspada. Ini juga menjadikan saya lebih matang.
Scha seorang yang sangat penting dalam hidup saya. Dialah isteri, ibu, sahabat, pengkritik dan penasihat fesyen saya. Scha adalah cermin bagi diri saya. Dia ibarat cermin kedua saya. Kadangkala apa yang kita nampak tidak sama seperti orang lain nampak. Scha juga pengkritik saya yang paling jujur. Walaupun kata-katanya ringkas tapi amat memberi kesan.
“Kami juga saling meraikan pendapat masing-masing. Contohnya, saya akan tanya pendapat Scha kalau pakai barang lelaki selalunya apa yang perempuan suka lihat. Begitu juga Scha yang akan tanya pendapat saya dari segi penampilannya.”
PANDANGAN TENTANG FESYEN
“Kadangkala padanan T-shirt dengan seluar pendek dan selipar pun boleh nampak fashionable kalau kita pandai gayakan. Bagi saya dalam fesyen tidak ada yang salah atau betul. Bila ada stigma negatif dalam fesyen ia memberikan sedikit limitasi kepada seseorang.
“Istilah ‘mangsa fesyen’ pula sangat subjektif. Bila seseorang itu over the top atau terlalu bersiap ada yang anggap dia mangsa fesyen. It goes back to apa yang membuatkan kita selesa.
“Ada yang selesa bergaya dengan color blocking, baju berlapis-lapis, merelip dan sebagainya. Ada orang yang sangat minimal, less is more. Jadi istilah mangsa fesyen bergantung kepada keselesaan. Itu adalah diri dia, menjadi diri sendiri.
“So, if you feel you are awesome in it, why not? Ia sangat subjektif dan tidak adil bagi saya untuk labelkan seseorang itu sebagai mangsa fesyen.”
NILAI EKSKLUSIF
“Untuk menjaga nilai exclusivity pula seorang selebriti juga perlu ada standard SOP masing-masing. Ilmu ini saya belajar dari pengalaman pernah bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Branding
atau identiti perlu kuat. Kalau ke mana-mana orang kenal kita.“Kalau ada produk pun sama, perlu ada standard tersendiri. Itulah formula yang saya bawa dalam karier. Bukan saja berjaya cipta branding untuk diri sendiri bahkan untuk Scha, anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah sampai sekarang kami diberi kepercayaan menjadi wajah utama untuk produk-produk besar.
“Bila kita jaga branding kita ia akan berada di satu tahap yang selesa dan berbeza dengan selebriti-selebriti lain. Bagi saya percaturan ini betul dan pada masa sama masih ada rezeki kami walau banyak persaingan.”
Kredit Foto: Instagram Awal Ashaari
This website uses cookies.