Baik Dayana mahupun Sakinah kedua-duanya kini melalui fasa kehidupan yang cukup membahagiakan biarpun harus berkongsi kasih seorang suami. Kepahitan permulaan hidup berpoligami yang dirasai sebelum ini akhirnya memancarkan hikmahnya yang membawa seribu satu kemanisan buat keluarga sempurna milik penerbit dan aktor kacak Ashraf Muslim bersama Dr Noor Dayana Lokman serta isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Ads

Kehadiran pengikat kasih iaitu Sarah Ashraf (4 tahun), Adam Ashraf (3 tahun) dan Anas Ashraf (2 tahun) mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga lebih-lebih lagi antara Dayana dan Sakinah yang dilihat sangat akrab umpama adik-beradik. Ternyata, mereka cukup bahagia bersuamikan Ashraf sekali gus menerima kehidupan bermadu dengan penuh berlapang dada.

AMANAH

“Dayana dan Sakinah adalah amanah Allah SWT buat saya agar dapat mendidik mereka sebaik mungkin untuk menjadi isteri yang solehah. Sebagai hamba-Nya yang terpilih saya perlu memikul amanah ini sebaik mungkin hingga dipandang tinggi oleh Allah.

Salah satu detik paling bermakna buat saya ialah dapat membawa Dayana, Sakinah serta anak-anak yang masih kecil ketika itu menunaikan umrah bersama di tanah suci Mekah. Selain itu, dapat pergi bercuti satu keluarga antaranya ke Korea. Saya percaya Allah SWT masih sayangkan keluarga saya, ini adalah ukhwah terhebat dalam hidup saya.

“Sebagai Isteri Pertama, Saya Harus Belajar Memberi & Menerima” Kisah Isteri ASHRAF MUSLIM, DR DAYANA Ini Bukti Indahnya Poligami!
Dari kiri: Dr Dayana, Ashraf dan Sakinah

Selain itu, tercetusnya Ashrafs Legacy juga salah satu cara Allah SWT menyatukan Dayana dan Sakinah. Mereka kini bekerjasama menguruskan perniagaan homemade lasagna yang dilakukan secara online.   Idea tersebut datangnya daripada mereka berdua dan sebagai suami saya memberikan sokongan sepenuhnya terhadap apa yang mereka suka buat. Alhamdulillah bisnes ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Paling saya rasa syukur ialah Dayana dan Sakinah terus akrab hari demi hari,” kongsi Ashraf yang kian matang sebagai seorang suami, bapa serta figura umum.

BISNES

Dayana dan Sakinah turut tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman mereka sepanjang menguruskan perniagaan tersebut yang disifatkan cukup menyeronokkan. “Sebenarnya idea bisnes ini datang secara spontan. Kami terfikir-fikir apa yang kami boleh buat sama-sama. Kebetulan Dayana memang pandai membuat lasagna lantas mengajak saya untuk mencuba bisnes ini. Suami pula menyokong dan minta kami cuba buat sama-sama.

“Sebagai Isteri Pertama, Saya Harus Belajar Memberi & Menerima” Kisah Isteri ASHRAF MUSLIM, DR DAYANA Ini Bukti Indahnya Poligami!
Bisnes Lasagna Dr Dayana & Sakinah
“Sebagai Isteri Pertama, Saya Harus Belajar Memberi & Menerima” Kisah Isteri ASHRAF MUSLIM, DR DAYANA Ini Bukti Indahnya Poligami!
Keakraban Sakinah & Dr Dayana

Buat online business ni memang banyak cabarannya seperti masa. Kami hanya fokuskan bisnes ini pada hujung minggu sahaja memandangkan Dayana bertugas di Klinik Kesihatan pada hari biasa. Setelah mengambil pesanan, kami sendiri yang akan melakukan cash on delivery (COD) kepada pelanggan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Banting.

Ads

Kami turut dibantu oleh adik kepada suami yang baru sahaja tamat pengajiannya dalam bidang kulinari. Maka kami serahkan kepadanya untuk ubah suai mana yang perlu mengikut kepakarannya” ujar Sakinah. Bagi memudahkan bakal pelanggan membuat tempahan, satu-satunya akaun Instagram yang diuruskan oleh Sakinah dan Dayana ialah @ashraflegacy dengan hashtag #projekmamaibu

KONTRA

“Bergelar isteri pertama saya harus belajar untuk memberi dan menerima. Kebahagiaan suami adalah kebahagiaan kami juga sebagai isteri. Berpaksikan kepada matlamat untuk menjadi isteri yang solehah saya cuba lakukan yang terbaik buat suami.

Ads

“Sebagai Isteri Pertama, Saya Harus Belajar Memberi & Menerima” Kisah Isteri ASHRAF MUSLIM, DR DAYANA Ini Bukti Indahnya Poligami!

Saya dan Sakinah mengambil masa lebih kurang setahun untuk rapat seperti hari ini. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya. Kami tidak boleh mementingkan diri apatah lagi terlalu mengikut emosi. Sabar itu paling penting yang seringkali suami ingatkan kepada kami berdua,” bual Dayana yang berkahwin dengan Ashraf pada Ogos 2011 dan kini berusia 31 tahun.

Sakinah turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Dayana. Sejujurnya menggalas gelaran isteri kedua bukan mudah kerana ia sering dipandang serong oleh segelintir masyarakat. Bagi Sakinah bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

“Saya lebih fokus terhadap kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Alhamdulillah perjalanan hidup bermadu semakin membahagiakan kami. Biarpun usia saya lebih tua daripada Dayana namun saya menghormatinya sebagai isteri pertama. Saya kagum dengan sikap Dayana yang tenang serta tidak mudah melatah. Apabila bermadu masing-masing perlu faham peranan termasuklah berkaitan dengan giliran. Saya dan Dayana tidak akan mengganggu privasi masing-masing terutama ketika giliran,” kongsi Sakinah, ibu kepada dua anak berusia 34 tahun ini. Sakinah berkahwin dengan Ashraf pada Julai 2013. AMY MOHD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI