“Sebagai Wanita Berbadan Besar, Kita Harus Bijak Bawa Diri”,- DOTTIE Tak Malu Dengan Diri Sendiri

Sedar atau tidak, wanita bernama Nur Syuhaida Abdul Razak atau lebih mesra disapa sebagai Dottie sudah 8 tahun bergelar seorang anak wayang. Anak jati Perak ini mula dikenali peminat tempatan selepas membintangi drama sulungnya berjudul Dottie yang telah ditayangkan di Astro Ria pada tahun 2010 bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad. Dalam perkembangan terkini, Dottie baru sahaja selesai penggambaran drama lakonannya yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Menyentuh mengenai isu plus size, pasti Dottie mempunyai tanggapan tersendiri. Bila sebut mengenai badan besar, pasti dikaitkan dengan penyakit seperti obesiti, kencing manis dan sebagainya. Memang ada kebenarannya namun bagi Dottie, tidak semua yang berbadan besar memunyai penyakit dan yang kurus bebas dari penyakit. Apa yang penting, pengambilan makanan yang seimbang perlu dititikberat agar kesihatan lebih terjamin.

   

“Sebenarnya ada betulnya orang yang berbadan besar mudah mendapat penyakit. Sebab itulah, kita harus menjaga pemakanan dan selalu melakukan senaman. Namun tidak semestinya mereka yang kurus dan ramping tidak mempunyai penyakit. Maksudnya disini, terpulang pada cara kita menjaga diri dan gaya hidup yang kita amalkan. Tetapi streotaip masyarakat kita, bila bercakap mengenai badan besar pasti akan dikaitkan dengan penyakit,” bicara Dottie.

Sesetengah wanita menganggap isu badan besar adalah perkara yang cukup sensitif. Namun bagi Dottie sendiri, beliau tidak pernah menghiraukan kata-kata orang disekelilingnya malah tidak menjadikan ia alasan untuk terus maju ke hadapan. Perpegang teguh dengan pendiriannya itu, tidak hairanlah beliau masih bertahan hingga ke hari ini. Menurut Dottie lagi, sebagai wanita berbadan besar, kita harus bijak membawa diri.

“Saya tidak kisah apa orang cakap mengenai diri saya. Apa yang saya tahu, saya hanya menjadi diri sendiri “and I just be myself”. Saya percaya, apa pun yang orang sekeliling cakap pada kita, di kemudian hari kita jugalah yang menentukan masa depan kita samada mahu happy, Berjaya dan sebagainya. Kita tak pelu mendengar pendapat orang lain mengenai diri kita. Paling penting, kita harus bijak membawa imej sebagai seorang plus size.

“Saya bangga dengan diri dan keadaan fizikal saya. Ia menjadi motivasi diri sendiri dan memberi inspirasi kepada mereka yang juga mempunyai bentuk badan yang besar. Sebagai seorang selebriti, ada pengikut yang suka melihat cara saya berpakaian dan cara saya membawa diri. Dari situ saya rasa boleh memberi sedikit sebanyak semangat dan keyakinan pada mereka yang juga mempunyai bentuk badan yang besar. Mungkin sesetengah orang yang berbadan besar malu dengan bentuk fizikal mereka, yes

! Malu perlu ada namun ia perlu bertempat. Tapi jangan sesekali malu untuk menjadi diri sendiri. Kita perlu sayang diri kita sebelum kita sayang orang lain,” ungkap Dottie yang memilih Adele dan Queen Latifah sebagai sumber inspirasi.
Share
Published by
Fadhli Ismail