Inspirasi

“Sebagai Wanita Islam Kita Punya Hak Jadi Lebih Baik,” – Hajah Nelydia Senrose Manfaat Pengalaman Tunai Haji!

Siapa tidak kenal dengan pelakon dan juga usahawan jelita, Nelydia Senrose yang dahulu wajahnya sering membintangi kaca tv dengan pelbagai drama, antara yang berjaya melonjakkan namanya sehingga mulai dikenali adalah drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

NONA sempat menemubual aktres jelita ini ketika menemuinya pada sebuah majlis di ibu kota. Ketika ditanya adakah beliau sudah mahu memperlahankan kerjaya seni miliknya kini ekoran sudah tidak lagi kelihatan menghiasi kaca TV? Ini respon yang diberikan oleh pemilik nama penuh Nik Zaris Nik Sen itu.

Sejak Bergelar Hajah, Nel Azam Mahu Jadi Yang Terbaik Di Mata Allah!

“Kita sebagai wanita, sebagai umat Islam kita dah tentu dari hari ke hari nak menjadi lebih baik. Tak kisah dari segi apa sekalipun.

“Maknanya dari segi perangai, daripada segi pemakaian, daripada segi percakapan, daripada segi sikap dan segalanya. Sudah pasti kita sentiasa ada keinginan untuk menjadi lebih baik. Sentiasa ada dalam fikiran tetang menjadi lebih baik tu.

Jelasnya, dia tidak memperlahankan kerjaya seninya. Cuma kini fokusnya lebih tertumpu untuk lebih mendekatkan diri kepada yang maha pencipta.

Tambahan Nelydia lagi, hatinya seakan dijentik setelah diberi nikmat untuk menjadi tetamu Allah ditanah suci bagi menunaikan ibadah haji di usia muda.

“Jadi bila dah pergi menunaikan haji, bila dah merasai sendiri suasana di sana. Kita banyak tone down. Sebab kita dah tahu apa yang perlu dikejar dan apa yang tak perlu dikejar.

“Dan kita tahu benda tu macam ni, okay sebenarnya dalam dunia ni, tiada apa yang perlu di kejar pun. Sebab kita dah di beri peluang dari Allah untuk merasai banyak benda.

Sehubungan itu, Nelydia berkata sedar dengan sifat dunia yang hanya sementara dan tiada apa yang perlu dikejar dan dibanggakan di dunia yang sementara ini. Jelasnya, kini dia hanya mahu menjalani kehidupan dengan tenang dan berusaha menjadi lebih baik di mata Allah.

“So right now, I just want to try my best to submit myself to Allah,” ujar Nel.

NONA mendoakan agar Nelydia kekal istiqamah dan segala urusan dan harapan nelydia dipermudahkan.

Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABSTA!

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Share
Published by
Haifa Nasir